KUALA LUMPUR: Masyarakat Bumiputera perlu memupuk tabiat menyimpan dan melabur untuk melindungi diri mereka, terutamanya sekiranya berlaku kecemasan kewangan, kata sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO).
Setiausaha Agung Majlis Perundingan Melayu Datuk Dr Hasan Mad berkata menyimpan dan melabur adalah tabiat yang tidak popular dalam kalangan Bumiputera berikutan hanya sebilangan kecil isi rumah daripada masyarakat yang mengamalkan budaya tersebut.
"Dalam erti kata lain, majoriti Bumiputera mempunyai isu yang serius mengenai tabiat yang baik atau budaya yang baik.
"Susulan kurangnya tabiat atau budaya ini, sukar bagi generasi Bumiputera yang akan datang untuk memulakan perniagaan berikutan mereka tidak akan mempunyai modal awal mereka sendiri yang diperlukan untuk memulakan usaha," katanya kepada Bernama.
Oleh itu, katanya tabiat ini mempunyai impak langsung kepada usaha untuk menggalakkan generasi Bumiputera yang akan datang menjadi usahawan, berikutan mereka hanya dapat memulakan perniagaan dengan wang pinjaman atau geran kerajaan.
Pada masa ini, peruncit Bumiputera membentuk 0.3 peratus di Bursa Malaysia, kata Hasan, sambil menambah ini mencerminkan kurangnya minat untuk melabur walaupun untuk diri mereka sendiri, apatah lagi untuk generasi akan datang.
"Malah, pelaburan dalam Amanah Saham Bumiputera agak rendah, termasuk dalam kalangan segmen M40, jauh sekali pasaran saham.
"Ini hanya kerana walaupun dalam kalangan mereka mempunyai cara-cara untuk melabur, mereka tidak mempunyai tabiat atau keinginan untuk mengkaji prestasi harian pasaran saham," katanya.
Jika mereka ingin melakukan pelaburan, terutamanya dalam pasaran saham, mereka perlu mempunyai minat untuk mempelajari cara-cara pasaran beroperasi, katanya.
"Ini adalah satu lagi bentuk isu budaya atau cabaran budaya yang dihadapi oleh Bumiputera.
"Kebanyakan mereka terperangkap dengan alasan, terutamanya dengan alasan simpanan yang agak kecil bagi setiap isi rumah, selain jumlah kaunter patuh Syariah yang terhad untuk mereka pilih," katanya.
Menurut laporan Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Ke-11 (2016-2020) yang dikeluarkan pada Oktober 2018, kerajaan akan terus memberi penekanan kepada penyertaan Bumiputera dalam pelaburan strategik ke arah mencapai sasaran sekurang-kurangnya 30 peratus pemilikan ekuiti korporat.
Laporan itu menyatakan institusi yang berkaitan dengan Bumiputera, terutamanya syarikat milik negara (SOC), akan terus melabur dalam syarikat dengan pertumbuhan tinggi dan syarikat yang disenaraikan di Bursa Malaysia, serta menceburi dalam syarikat yang berpotensi sebagai pemegang saham minoriti.
Hasan berkata sejak wujudnya Dasar Ekonomi Baru (DEB), 30 peratus penguasaan ekuiti sentiasa menjadi sasaran sebagai sebahagian daripada tiga teras utama, selain daripada mewujudkan pekerjaan dan perniagaan, merapatkan jurang ekonomi dan membasmi kemiskinan.
DEB, yang bermula dengan Rancangan Malaysia Kedua (1971-1975) hingga Rancangan Malaysia Kelima (1986-1990), mempunyai tiga matlamat utama, iaitu mencapai perpaduan negara, keharmonian dan integriti melalui penyusunan semula sosio-ekonomi masyarakat.
"Bagaimanapun, kita masih bergelut walaupun terdapat banyak usaha. Pada akhirnya, Program Penciptaan Ekuiti Bumiputera hanya hilang begitu saja," katanya.
Mengenai langkah lain yang dapat dilakukan untuk meningkatkan penyertaan Bumiputera dalam pemilikan ekuiti korporat, beliau berkata kerajaan telah mewujudkan ratusan SOC dalam banyak kategori, termasuk agensi perusahaan awam dan agensi persekutuan yang mempunyai kepentingan Bumiputera, terutamanya Majlis Amanah Rakyat (Mara).
Oleh itu, katanya, ini bukan isu yang tidak mempunyai idea tentang apa yang perlu dilakukan.
Hasan berkata ia mengenai sama ada terdapat mereka yang berkebolehan, kompeten dan berminat untuk memberikan kepimpinan yang baik dan/atau pengurusan yang baik kepada institusi yang mempunyai kepentingan Bumiputera, terutamanya syarikat berkaitan kerajaan, syarikat pelaburan berkaitan kerajaan dan syarikat Islam milik negara.
Mengenai isu yang dihadapi oleh Serba Dinamik Holdings Bhd milik Bumiputera, katanya syarikat perkhidmatan minyak dan gas itu perlu bertindak segera untuk membetulkan persepsi masyarakat berikutan pasaran modal terdedah kepada pendapat, persepsi dan spekulasi.
Beliau menegaskan respons yang lebih baik kepada kebimbangan yang menyelubungi Serba Dinamik, yang telah menjadi perhatian berikutan isu berkaitan audit berkanun, perlu dibangkitkan kerana ia akan membawa kepada penyelesaian yang lebih baik.
"Ia berlaku kepada Serba Dinamik semasa negara bukan berada dalam krisis kewangan, justeru, ia adalah insiden terpencil. Oleh itu, ia menarik perhatian orang ramai.
"Malang bagi Serba Dinamik, pelanggan institusi di kaunter terlalu cepat panik dan tiada agensi keselamatan ekuiti Bumiputera yang masuk untuk membeli dan menyimpan saham yang dijual," katanya.
Hasan berkata jika terdapat pilihan, kerosakan dapat diatasi dengan ketara.
"Ingatlah bahawa Serba Dinamik adalah syarikat yang agak baharu dengan pengalaman kurang daripada lima tahun berbanding syarikat besar dalam pasaran modal.
"Lambat laun mereka perlu menghadapi cabaran pasaran," katanya, sambil menambah, malang bagi Serba Dinamik, ia berlaku terlalu awal dan syarikat itu tidak menjangkanya.
"Saya percaya mereka mempunyai kekuatan untuk bangkit semula dan menjadi penggiat yang lebih baik dalam dunia pasaran sebenar," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Jun 07 2021

Hasan berkata, sukar bagi generasi Bumiputera akan datang untuk memulakan perniagaan berikutan mereka tidak akan mempunyai modal awal sendiri yang diperlukan untuk memulakan usaha itu.

Presiden DR Congo Tshisekedi tolak dialog dengan pemberontak M23
Felix Tshisekedi berkata, gabungan kerajaannya tidak seharusnya terpengaruh oleh ketegangan dalaman dan manipulasi dari luar.

Konflik Rusia-Ukraine boleh berakhir 'minggu ini' - Jurucakap Rumah Putih
Donald Trump yakin dengan keupayaannya untuk merundingkan perjanjian dengan Rusia bagi menamatkan konflik Ukraine.
Tumpuan Isnin – 24 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
10 Berita Pilihan - (23 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tentera Israel luaskan serangan di utara Tebing Barat
Rejim Zionis memperhebat serangan di utara Tebing Barat dengan mengerahkan kereta kebal di sekitar bandar Jenin buat kali pertama sejak serangan mereka di wilayah itu pada 2002.
Pendekatan berpasukan cerminan dasar-dasar negara dilaksanakan berkesan
Penganalisis politik berpandangan penekanan terhadap pendekatan berpasukan dalam menangani cabaran utama termasuk hubungan luar negara dan perubahan kedudukan geoplitik mencerminkan keperluan untuk memastikan dasar-dasar negara dilaksanakan dengan lebih berkesan.
Dakwaan wujud kem dalam DAP perkara biasa - Loke
Setiausaha Agung DAP Anthony Loke menyifatkan dakwaan wujudnya kem tertentu dalam parti itu menjelang pemilihan Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) sebagai perkara biasa yang ditimbulkan pihak luar bagi mengganggu-gugat ketenteraman parti.
Jawatankuasa ditubuhkan kaji beban tugas pensyarah
Sebuah jawatankuasa ditubuhkan bagi meneliti dan mengkaji beban kerja yag ditanggung tenaga akademik di universiti awam.
Tidak perlu kategori sekolah, tumpu naik taraf sekolah daif
Pendekatan Kementerian Pendidikan membahagikan sekolah kepada tiga kategori iaitu sekolah fokus, sekolah aspirasi dan sekolah inspirasi hanya akan mencetus jurang perbezaan antara sekolah di negara ini.
Dua platform jualan 'online' diarah turunkan iklan gula-gula kenyal
Kementerian Kesihatan (KKM) mengarahkan dua platform jualan dalam talian untuk menurunkan iklan penjualan gula-gula kenyal atau 'gummy' berbentuk mata yang sebelum ini dikatakan meragut nyawa seorang kanak-kanak di Pulau Pinang.

WEF 2025: Konglomerat global nyata hasrat melabur di Malaysia - PM
Hasrat itu dinyatakan oleh peneraju MNC dalam beberapa siri mesyuarat perniagaan di luar Forum Ekonomi Dunia (WEF) 2025.

Banyak syarikat China minat melabur di Pulau Pinang - Chow
Pulau Pinang menerima peningkatan pertanyaan daripada syarikat China yang memburu peluang pelaburan sejak lebih setahun ini, kata Ketua Menteri Chow Kon Yeow.

Lebih banyak syarikat Jerman akan melabur di Malaysia - Chang
Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) yakin lebih banyak syarikat Jerman akan memasuki Malaysia untuk melabur susulan pelaburan besar oleh Infineon Technologies AG baru-baru ini.

Ahli perniagaan, pakar teknologi Islam di San Francisco berminat melabur di Malaysia - PM
Beberapa ahli perniagaan dan pakar teknologi dalam kalangan komuniti Islam yang berpusat di San Francisco, Amerika Syarikat telah menyatakan minat untuk melabur di Malaysia.

PM Anwar minta Saudi Aramco melabur di Kemaman
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata beliau telah meminta syarikat minyak dan gas terbesar di dunia, Saudi Aramco untuk melabur di Kemaman, Terengganu.

Petronas rancang labur AS$4.1 bilion di negeri Tamil Nadu - Media India
Petronas sasar tubuh loji hidrogen serta ammonia hijau dan projek itu telah mendapat kelulusan kerajaan negeri.

Sri Lanka minta bantuan Saudi atasi krisis ekonomi
Perdana Menteri Sri Lanka meminta Saudi melabur dalam sektor tenaga, perikanan dan pertanian.

Ibu tunggal rugi hampir setengah juta akibat African Scam
Lelaki yang dikenali sebagai Li Wei itu dikatakan telah mempelawa mangsa melabur dalam satu projek minyak dan gas di Itali.

Lelaki mengaku tidak bersalah tawar skim pelaburan tidak wujud
Iskandar Isahak mengaku tidak bersalah atas pertuduhan tersebut yang dibacakan di hadapan Hakim Mahkamah Sesyen Ayer Keroh hari ini.

Media Prima akan beli Balai Berita Bangsar pada RM156.4 juta
Pihaknya telah memulakan langkah bagi memperoleh ibu pejabat tersebut sebagai sebahagian pelan pengukuhan jangka panjang bagi operasi perniagaan kumpulan.