KUALA LUMPUR: Nilai eksport sektor agrikomoditi negara tahun ini diunjur meningkat sebanyak 34% kepada RM204 bilion berbanding RM152 bilion pada tahun lalu seiring dengan peningkatan harga sawit di pasaran, kata Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Datuk Zuraida Kamaruddin.
Sehingga Ogos lalu katanya, nilai eksport sektor agrikomoditi mencapai RM137.4 bilion dan subsektor sawit pula mencatatkan nilai eksport tertinggi iaitu sebanyak RM63.7 bilion.
“Dalam keadaan pandemik COVID-19, komoditi dalam negara menunjukkan peningkatan dari segi hasil walaupun keadaan ekonomi dalam negara serta seluruh dunia terhalang.
"Fokus sekarang tertumpu kepada komoditi sawit," katanya selepas melancarkan Keluarga Malaysia: Minggu Agrikomoditi 2021, pada Rabu.
Zuraida berkata, sawit merupakan penyumbang terbesar kepada Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi (KPPK) daripada segi pendapatan kepada negara dan menunjukkan trend yang baik dengan harganya ketika ini mencapai tahap paling tinggi dalam sejarah iaitu mencecah RM5,000 satu tan.
Katanya, seramai 32,000 pekerja asing dari Indonesia akan dibawa masuk ke negara ini khusus untuk bekerja di sektor perladangan sawit dengan kumpulan pertama pekerja dijangka tiba pada pertengahan bulan depan.
“Kemasukan pekerja asing ini adalah khusus untuk kerja-kerja penuaian.
"Jika tiada pekerja asing bekerja di ladang, ia akan jadi kerugian kepada negara dengan anggaran kerugian adalah dalam RM30 bilion,” katanya.
Semalam, Zuraida dilaporkan berkata prosedur operasi standard (SOP) yang ketat akan disediakan kerajaan sebelum Malaysia menerima 32,000 pekerja asing dalam sektor perladangan sawit.
Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob pada 22 Okt lepas berkata Jawatankuasa Khas Pengurusan Pandemik COVID-19 telah meluluskan SOP kemasukan pekerja asing.
“Sekarang SOP pekerja ini sedang diselaraskan dan kos-kos seperti penginapan, pengangkutan dan kuarantin untuk pekerja warga asing ini adalah sepenuhnya ditanggung oleh majikan," kata Zuraida.
Sempena Minggu Agrikomoditi 2021 selama lima hari bermula hari ini, Zuraida melancarkan sebuah bas milik Lembaga Kenaf dan Tembakau Negara yang komponennya diperbuat daripada gentian kenaf.
Turut dilancarkan adalah produk single-origin coklat berkhasiat oleh Lembaga Koko Malaysia dan program secara maya iaitu MySawit Day oleh Majlis Minyak Sawit Malaysia (MPOC) dan TimberReality oleh Majlis Kayu-Kayan Malaysia (MTC).
*Berita asal di DagangNews.com
Dagang News
Thu Oct 28 2021
![Nilai eksport agrikomoditi diunjur naik 34% kepada RM204 bilion - Zuraida Nilai eksport agrikomoditi diunjur naik 34% kepada RM204 bilion - Zuraida](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-10/71635382393_zuraidakamaruddin.jpg)
Zuraida berkata, sawit merupakan penyumbang terbesar kepada KPPK daripada segi pendapatan kepada negara dan menunjukkan trend yang baik. -Dagang News
![Penipuan dalam talian, dua wanita rugi RM565,200 Penipuan dalam talian, dua wanita rugi RM565,200](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/71714977625_YahayaOthmanjpg.jpg)
Penipuan dalam talian, dua wanita rugi RM565,200
Dua wanita mengalami kerugian keseluruhan RM565,200 selepas masing-masing terpedaya dengan skim pelaburan, dan sindiket penipuan dalam talian di Pahang.
AWANI Ringkas: Proses pembersihan SK Nanga Selangau disertai tentera
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
#AWANIRingkas 11 Februari 2025 | 9 PM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 malam, 11 Februari 2025
1️⃣ Kes strok haba dilapor, petugas kesihatan titip nasihat
2️⃣ Proses pembersihan SK Nanga Selangau disertai tentera
3️⃣ Pegawai institusi kewangan antara enam ditahan
#awaniringkas
1️⃣ Kes strok haba dilapor, petugas kesihatan titip nasihat
2️⃣ Proses pembersihan SK Nanga Selangau disertai tentera
3️⃣ Pegawai institusi kewangan antara enam ditahan
#awaniringkas
![Harimau kumbang jantan mati dilanggar di Kuala Pilah Harimau kumbang jantan mati dilanggar di Kuala Pilah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739265191_harimaukumbangmati.jpg)
Harimau kumbang jantan mati dilanggar di Kuala Pilah
Seekor harimau kumbang jantan seberat 40 hingga 50 kilogram mati dipercayai akibat dilanggar kenderaan di Kampung Orang Asli Tering, Jalan Tampin-Kuala Pilah, dekat sini, malam tadi.
Agenda AWANI: The world changing is the definition of property still the same
As the world evolves with technological advancements, economic shifts, and global crises, has our understanding of poverty kept up? Tonight at 9pm on #AgendaAWANI.
![Dua wanita rugi RM50,000 disamun dengan parang Dua wanita rugi RM50,000 disamun dengan parang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/51736658985_parang.jpg)
Dua wanita rugi RM50,000 disamun dengan parang
Seorang lelaki mengugut mahu memotong rantai dipakai wanita itu jika enggan bekerjasama, selain menendang mangsa.
Siasatan masih berjalan - Saifuddin
Siasatan kes kematian seorang tahanan Penjara Taiping dipercayai akibat dipukul bulan lepas masih berjalan.
![Kementerian Digital giat jadikan Malaysia peneraju serantau ekonomi digital - Gobind Kementerian Digital giat jadikan Malaysia peneraju serantau ekonomi digital - Gobind](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739278343_TBGobind.jpg)
Kementerian Digital giat jadikan Malaysia peneraju serantau ekonomi digital - Gobind
Hal itu merangkumi meningkatkan liputan jalur lebar, memperkasakan kemahiran digital dan menggalakkan inovasi dalam sektor teknologi.
![Op Sky: Selebriti tidak terlibat urus kegiatan syarikat - SPRM Op Sky: Selebriti tidak terlibat urus kegiatan syarikat - SPRM](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51738902590_AzamBaki.jpg)
Op Sky: Selebriti tidak terlibat urus kegiatan syarikat - SPRM
Tiga selebriti yang disiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) didapati tidak terlibat menguruskan sebarang kegiatan milik syarikat perunding kewangan yang terbabit dalam kes rasuah.
Projek jajaran jalan Malaysia-Thailand hampir siap, perkukuh hubungan dua hala
Konsul Jeneral Malaysia di Songkhla Ahmad Fahmi Ahmad Sarkawi berkata pembinaan kompleks CIQ baharu di pihak Thailand telah pun disiapkan beberapa tahun lalu.
![Caruman KWSP pekerja asing: Empat pandangan Ameer Ali Mydin Caruman KWSP pekerja asing: Empat pandangan Ameer Ali Mydin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/51718461852_AmeerAliMydin.jpg)
Caruman KWSP pekerja asing: Empat pandangan Ameer Ali Mydin
Walaupun kadar caruman KWSP sebanyak du peratus kelihatan kecil, kesan jangka panjang terhadap ekonomi negara tidak boleh dipandang ringan.
![Cadangan caruman KWSP pekerja asing kekal sehingga kajian lanjut - Sim Cadangan caruman KWSP pekerja asing kekal sehingga kajian lanjut - Sim](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-09/81725442313_StevenSimCheeKeon.jpg)
Cadangan caruman KWSP pekerja asing kekal sehingga kajian lanjut - Sim
Kerajaan akan mengekalkan cadangan kadar caruman mandatori KWSP untuk pekerja asing, masing-masing dua peratus buat pekerja dan majikan.
![Imigresen serbu penempatan pekerja asing, tahan 76 pendatang tanpa izin Imigresen serbu penempatan pekerja asing, tahan 76 pendatang tanpa izin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/81737174858_TBIMEGRESEN.jpg)
Imigresen serbu penempatan pekerja asing, tahan 76 pendatang tanpa izin
Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) menahan 76 pendatang tanpa izin dalam serbuan di penempatan pekerja asing di Shah Alam dan Kajang.
![MPIC beri tumpuan kepada penjenteraan, automasi untuk atasi kekurangan tenaga kerja MPIC beri tumpuan kepada penjenteraan, automasi untuk atasi kekurangan tenaga kerja](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/41736853947_TBMPIC.jpg)
MPIC beri tumpuan kepada penjenteraan, automasi untuk atasi kekurangan tenaga kerja
Kementerian Perladangan dan Komoditi (MPIC) menyasarkan untuk memberi tumpuan kepada penjenteraan dan automasi bagi mengatasi kekurangan tenaga kerja untuk industri minyak sawit.
![Dua bot nelayan ditahan langgar syarat lesen, gajikan pekerja asing Dua bot nelayan ditahan langgar syarat lesen, gajikan pekerja asing](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/51736601256_VeselNelayanTempat.jpg)
Dua bot nelayan ditahan langgar syarat lesen, gajikan pekerja asing
APMM Selangor menahan dua bot nelayan tempatan kerana disyaki melanggar syarat sah lesen dengan menggajikan kru warga asing tanpa kebenaran.
![AmInvestment unjur RM1.7 bilion caruman KWSP bukan warganegara pacu pasaran ekuiti AmInvestment unjur RM1.7 bilion caruman KWSP bukan warganegara pacu pasaran ekuiti](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/61713358759_AmInvestment.jpg)
AmInvestment unjur RM1.7 bilion caruman KWSP bukan warganegara pacu pasaran ekuiti
AmInvestment Bank Bhd mengunjurkan sumbangan mandatori Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) boleh menyalurkan sehingga RM1.7 bilion dalam aliran masuk tahunan pasaran ekuiti domestik Malaysia.
![65 peratus syarikat di Jepun gaji pekerja asing, atasi kekurangan buruh 65 peratus syarikat di Jepun gaji pekerja asing, atasi kekurangan buruh](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-08/71692247847_TBJAPANSUMMER.jpg)
65 peratus syarikat di Jepun gaji pekerja asing, atasi kekurangan buruh
Pekerja asing diambil bekerja dengan jangkaan mereka akan menunjukkan prestasi yang baik atau lebih baik berbanding kakitangan Jepun.
![Caruman KWSP pekerja asing dapat kurangkan kebergantungan kepada tenaga kerja luar Caruman KWSP pekerja asing dapat kurangkan kebergantungan kepada tenaga kerja luar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-12/81734757671_Migrantworkers.jpg)
Caruman KWSP pekerja asing dapat kurangkan kebergantungan kepada tenaga kerja luar
Beralih kepada mesin dan manfaatkan automasi sekali gus dapat mengurangkan kos operasi, pada masa sama memperkasa keupayaan tenaga kerja warganegara.
![Korea Selatan putuskan terima 207,000 pekerja asing bukan profesional pada 2025 Korea Selatan putuskan terima 207,000 pekerja asing bukan profesional pada 2025](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-12/61734702879_PETANI.jpg)
Korea Selatan putuskan terima 207,000 pekerja asing bukan profesional pada 2025
Penerimaan itu adalah di bawah program yang bertujuan menangani kekurangan tenaga kerja dalam sektor seperti pertanian dan perikanan.
![Kerajaan kaji mekanisme terbaik pelaksanaan caruman KWSP pekerja asing Kerajaan kaji mekanisme terbaik pelaksanaan caruman KWSP pekerja asing](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-12/41733370166_KeselamatanBUDGET.jpg)
Kerajaan kaji mekanisme terbaik pelaksanaan caruman KWSP pekerja asing
Kerajaan sedang menjalankan kajian terperinci bagi mengkaji mekanisme pelaksanaan terbaik caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) terhadap pekerja asing, kata Kementerian Kewangan (MoF).