KUALA LUMPUR: Sistem percukaian Malaysia memerlukan pembaharuan berikutan pengagihan hasil bukan cukai yang tidak seimbang dan cenderung mengecilkan asas cukai, kata seorang pakar ekonomi.
Dr Nungsari Ahmad Radhi yang merupakan ahli lembaga pengarah Bank Negara Malaysia (BNM) berkata sistem percukaian negara mesti melalui pembaharuan untuk memberikan daya apungan yang lebih besar kepada hasil kerajaan dan meluaskan asas cukai.
"Masalah asas cukai kita ialah ia tidak memberangsangkan untuk menunjukkan satu peratus pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) menghasilkan lebih daripada satu peratus hasil cukai," katanya pada Simposium Sasana 2024 anjuran BNM semalam.
Nungsari merupakan salah seorang ahli panel dalam sesi bertemakan "Navigating Economic Cycles: Interactions Between Monetary and Fiscal Policies".
Beliau menegaskan bahawa sistem percukaian semasa bergantung kepada cukai langsung, seperti cukai pendapatan dan korporat dan pembayar cukai akan memantau perbelanjaan kerajaan.
Nungsari berkata pergantungan kepada hasil bukan cukai dalam bentuk dividen daripada Petroliam Nasional Bhd (Petronas) adalah tidak mampan dalam jangka masa panjang.
"Kita telah mengambil begitu banyak daripada Petronas, mereka tidak berupaya membuat pelaburan yang mencukupi untuk meneroka lebih banyak telaga bagi membayar dividen yang telah mereka salurkan sebelum ini.
"Kita perlu bersedia untuk senario pascakarbon, pascaminyak (mentah) yang mana hasil berasaskan petroleum tidak lagi sebanyak seperti pada masa lalu," katanya.
Nungsari, yang dilantik sebagai ahli Jawatankuasa Penasihat Dasar kepada Perdana Menteri pada April tahun ini berkata bahawa dari segi jangka panjang, isu struktur yang diketengahkan dalam rangka kerja Ekonomi MADANI memerlukan pemerhatian yang teliti.
Jawatankuasa Penasihat Dasar kepada Perdana Menteri ditubuhkan untuk memberi khidmat nasihat terkait soal pembangunan negara dan daya tahan ekonomi sejajar dengan Ekonomi MADANI.
Simposium Sasana 2024 berlangsung selama dua hari dari 12-13 Jun, 2024 yang bertemakan "Structural Reforms: Making it a Reality for Malaysia".
-- BERNAMA
Bernama
Wed Jun 12 2024

Nungsari menegaskan, sistem percukaian semasa bergantung kepada cukai langsung, seperti cukai pendapatan dan korporat dan pembayar cukai akan memantau perbelanjaan kerajaan. - Gambar fail/Astro AWANI

Bekas jurulatih MMA warga Iran dipenjara sembilan tahun, 20 sebatan miliki kanabis
Seorang bekas jurulatih MMA warga Iran dijatuhi hukuman penjara sembilan tahun dan 20 sebatan kerana memiliki 1,858.3 gram kanabis.

BAS.MY Ipoh dilancar, tambahan laluan ke Kuala Kangsar, Kampar - Loke
Kemudahan bas henti-henti BAS.MY Ipoh dilancar hari ini di bawah Program Transformasi Bas Berhenti-henti (SBST).
AWANI Ringkas: Salah guna teknologi | Sistem keselamatan LRT berfungsi
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Sistem keselamatan hentian kecemasan berfungsi - Anthony
Kementerian Pengangkutan menolak tanggapan insiden di LRT Titiwangsa yang menyebabkan kematian seorang lelaki OKU penglihatan berpunca kegagalan sistem keselamatan hentian kecemasan pencerobohan penumpang.
Menteri Luar Thailand bertemu pemerintah Myanmar
Menteri Luar Thailand, Maris Sangiampongsa mengadakan pertemuan bersama pemerintah Myanmar, Jeneral Min Aung Hlaing baru-baru ini.
Kes penculikan jejas sentimen warga China terhadap Thailand
Thailand berdepan tekanan untuk mencapai sasaran kemasukan 9 juta pelancong dari China tahun ini.

Malaysia sasar capai sifar eksport MSM, tingkat keluaran produk hiliran - Johari Ghani
Daripada 19.3 juta tan MSM dihasilkan pada 2024, hanya 3 juta tan dieksport manakala selebihnya diproses menjadi produk hiliran.

Bayaran tunggakan pencen RM1.7 bilion kiraan kasar, bukan ancaman - KPPA
Ia pengiraan kasar dibuat berdasarkan data-data sedia ada yang kini perlu dirujuk silang dengan rekod perkhidmatan dan dibuat secara bona fide.

Timor-Leste mungkin jadi anggota ke-11 ASEAN pada Oktober ini - Mohamad Hasan
Timor-Leste berkemungkinan besar menyertai ASEAN sebagai anggota tetap pada Sidang Kemuncak ke-47 ASEAN di Kuala Lumpur Oktober ini.
Penagih tegar Bukit Malut kena cekup
AADK Kedah menyerbu lokasi pengedaran dan pengambilan dadah di Bukit Malut, dalam operasi Op Perdana.

e-PCB Plus ganti sistem perkhidmatan potongan cukai sedia ada - LHDN
LHDN memperkenalkan sistem perkhidmatan Potongan Cukai Bulanan (PCB) baharu, e-PCB Plus, bagi menggantikan sistem sedia ada.

LHDN lancar MyInvois untuk kukuhkan sistem percukaian negara
LHDN hari ini melancarkan MyInvois melalui pelaksanaan e-Invois untuk memperkukuhkan sistem percukaian negara, meningkatkan ketelusan, dan membuat penilaian risiko pematuhan lebih tepat.

Pakar ekonomi gesa laksanakan pembaharuan sistem percukaian Malaysia
Nungsari berkata, sistem percukaian negara mesti melalui pembaharuan untuk memberikan daya apungan yang lebih besar kepada hasil kerajaan.

Malaysia perlu kaji semula sistem cukai sedia ada - Bekas Gabenor
Malaysia perlu meneliti semula semua sistem percukaian sedia ada bagi membolehkan pelaksanaan sistem yang lebih komprehensif serta saksama, kata bekas Gabenor BNM Malaysia Tan Sri Muhammad Ibrahim.

Malaysia setuju laksana cukai minimum global untuk syarikat multinasional
Malaysia adalah antara 136 negara yang sudah bersedia melakukan reformasi sistem percukaian antarabangsa itu.

GST1.0: Harga naik kerana peniaga lambat terima bayaran balik - Industries Unite
Peniaga terpaksa menanggung kos kerugian yang tidak sepatutnya berlaku jika pembayaran semula dibuat dengan cekap.

Kerajaan masih kaji semua sistem percukaian termasuk GST
Kerajaan masih mengkaji semua sistem percukaian termasuk Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) jika ia wajar dilaksanakan semula, kata Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz.

Tiada perubahan sistem cukai ketika ekonomi negara dalam fasa pemulihan - Tengku Zafrul
Apabila ekonomi baru saja hendak pulih, bukan masanya untuk memperkenalkan cukai baharu, kata Tengku Zafrul.

Langkah ketat untuk syarikat dalam Belanjawan 2019 - PWC
Ketua Cukai PricewaterhouseCoopers Malaysia Jagdev Singh berkata kerajaan mendengar permintaan menjadikan sistem percukaian lebih mesra perniagaan.

Kerajaan cadang perkenal sistem percukaian baharu - Tun Mahathir
Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata sistem cukai itu juga akan membantu kerajaan dalam melunaskan hutang sedia ada yang berjumlah lebih RM1 trilion.