KUALA LUMPUR:Pakej bantuan Perlindungan Ekonomi dan Rakyat Malaysia (PERMAI) bernilai RM15 bilion yang diumumkan pada Isnin akan membantu mengurangkan kesan lonjakan semula kes COVID-19 dan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP 2.0) ke atas pertumbuhan Keluaran Dalam negara Kasar (KDNK) suku pertama selain menyokong pemulihan ekonomi, kata ahli-ahli ekonomi.
Ahli Ekonomi Kajian Perniagaan Universiti Sunway Prof Dr Yeah Kim Leng berkata pakej PERMAI adalah bantuan yang amat dialu-alukan terutamanya bagi isi rumah berpendapatan rendah dan perniagaan yang terkesan khususnya perusahaan kecil dan sederhana (PKS).
Senada dengan beliau ialah Datuk Michael Kang, Presiden Kebangsaan Persatuan PKS Malaysia, yang mengatakan bahawa pengumuman itu tepat pada masanya kerana bantuan tersebut boleh membantu perniagaan sekurang-kurangnya bagi tempoh jangka pendek.
"Lanjutan moratorium (pinjaman) yang diumumkan hari akan dapat membantu Perusahaan Kecil dan Sederhana. Sekurang-kurangnya kurang la sikit kebimbangan mereka.
"Bagaimanapun, kami bimbang jika PKP 2.0 dilanjutkan kerana kita masih lagi mencatatkan kes harian empat angka," katanya kepada Bernama apabila diminta mengulas mengenai pakej bantuan tersebut yang diumumkan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin semalam.
Pakej tersebut yang terdiri daripada 22 inisiatif berteraskan tiga matlamat utama iaitu memerangi pandemik, memelihara kebajikan rakyat dan menyokong kesinambungan perniagaan.
Antara bantuan yang diumumkan ialah moratorium pembayaran pinjaman bersasar dan pengurangan ansuran pembayaran balik akan terus ditawarkan oleh bank semasa pelaksanaan PKP 2.0.
Bagaimanapun, Kang berharap agar semua perniagaan dapat beroperasi semula pada 1 Feb ini dengan mematuhi prosedur operasi standard yang ketat.
"Jika (PKP) dilanjutkan, kita sememangnya memerlukan lebih banyak bantuan, terutamanya bagi mereka yang akan kehilangan pekerjaan dan perniagaan yang terjejas.
"Bantuan itu seharusnya mencukupi buat masa ini tetapi kerajaan tidak seharusnya melanjutkan (PKP) lagi selepas akhir bulan," katanya lagi.
Mengulas mengenai kadar pengangguran negara, Ketua Ahli Ekonomi dan Ketua Penyelidikan AmBank Group Dr Anthony Dass berkata pakej bantuan PERMAI sudah pastinya akan dapat membantu menangani isu berkenaan.
Beliau juga percaya bantuan bagi bencana alam dan syarikat pelaburan berkaitan kerajaan serta syarikat berkaitan kerajaan (GLC) menerusi Jaringan Bantuan Bencana diumumkan segera kerana ia boleh memberi impak terhadap pandemik secara langsung akibat daripada gangguan perkhidmatan kesihatan dan prasarananya serta kesukaran menjaga penjarakan fizikal dalam kalangan mangsa banjir di pusat penempatan sementara.
Kerajaan memperuntukkan RM25 juta di bawah program jaringan sebagai geran padanan bersama GLC bagi inisiatif sosial, termasuk peruntukan bantuan komuniti untuk warga tua, orang kurang upaya, kehilangan tempat tinggal, dan mangsa banjir.
"Sebaik sahaja ekonomi pulih dan berada di landasan yang sewajarnya, hutang tinggi (negara) perlu diselesaikan dan barulah kita mula menumpukan pada penarafan," katanya, dan menambah kerajaan serta pakar ekonomi tidak harus terlalu memikirkan mengenai penarafan buat masa ini.
Sementara itu, Yeah tidak menolak kemungkinan peningkatan defisit fiskal dan nisbah hutang berbanding KDNK sebanyak setengah mata peratusan, walaupun beliau mengatakan kedua-dua metrik hutang masih terkawal meskipun meningkat.
Pakar Ekonomi Bank Islam Malaysia Bhd Adam Mohamed Rahim yang sependapat dengan Yeah berkata had hutang berkanun mungkin dinaikkan lagi, kemungkinan pada 65 peratus.
"Kita fikir dengan mengambil kira kesan jangka panjang pandemik terhadap ekonomi dan langkah fiskal yang belum pernah terjadi sebelumnya diperlukan untuk mengurangkan kesan daripada PKP yang terbaharu, had hutang berkanun dapat dinaikkan lagi, mungkin kepada 65 peratus.
"Dan ya, Malaysia memang memiliki ruang untuk menaikkannya kepada 65 peratus, susulan jangkaan peningkatan (hutang negara) dengan langkah rangsangan yang diumumkan hari ini (semalam)," katanya kepada Bernama.
Adam turut memetik Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz yang menjangka kemungkinan kerajaan menaikkan siling hutang kepada lebih 60 peratus daripada KDNK selepas 2021.
Dalam pengumumannya, Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin memberi jaminan bahawa impak daripada PKP 2.0 ke atas ekonomi dijangka terkawal dan pertumbuhan akan terus disokong oleh sektor eksport yang memberangsangkan dengan pemulihan perdagangan dunia,
"Kita telah menyaksikan kesan pelaksanaan PKP ke atas pertumbuhan ekonomi, apabila KDNK suku kedua 2020 mencatatkan kemerosotan yang ketara dan kadar pengangguran juga telah meningkat.
"Alhamdulillah, dengan pelaksanaan pakej rangsangan ekonomi, kita berjaya mencapai kadar penguncupan KDNK yang lebih kecil, iaitu daripada 17.1 kepada 2.7 peratus, dan penurunan kadar pengangguran daripada 5.1 kepada 4.7 peratus, daripada suku kedua kepada suku ketiga 2020," katanya semasa mengumumkan pakej itu semalam.
Kerajaan telah melaksanakan empat pakej rangsangan ekonomi sejak penularan pandemik pada awal tahun 2020 bernilai RM305 bilion, atau lebih 20 peratus daripada KDNK untuk membantu rakyat dan perniagaan, serta melindungi ekonomi.
Dass mengunjurkan keseluruhan ekonomi akan meningkat kepada 70-80 peratus pada suku kedua 2021 dengan kelonggaran langkah-langkah sekatan secara berperingkat berbanding operasi semasa kira-kira 50-60 peratus pada suku pertama 2021 semasa PKP 2.0, dan ekonomi dijangka beroperasi seperti biasa pada separuh kedua tahun ini.
"Pengurangan dalam KDNK domestik akan menjadi antara 0.6 peratus dan 1.3 peratus pada suku pertama, yang bermakna unjuran KDNK 2021 sebanyak 6.5 peratus kini berada antara 5.2 peratus dan 5.9 peratus.
"Peningkatan pertumbuhan tetap ada, (tetapi ini) bergantung kepada (perkembangan) luaran dan domestik," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Jan 18 2021

Pakej yang terdiri daripada 22 inisiatif berteraskan tiga matlamat utama iaitu memerangi pandemik, memelihara kebajikan rakyat dan menyokong kesinambungan perniagaan.

Kanak-kanak OKU didera: Taska didapati beroperasi tidak ikut peraturan
Pemeriksaan awal mendapati premis terbabit didaftarkan sebagai tadika dan tidak dibenarkan beroperasi sebagai taska serta menerima kanak-kanak berumur empat tahun ke bawah.
Bazar Ramadan MPAJ bermula 27 Februari
Bazar Ramadan Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) akan beroperasi lebih awal iaitu bermula 27 Februari ini.
Ismail Sabri dalam keadaan stabil
Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ismail Sabri Yaakob dikejarkan ke pusat perubatan swasta pada tengah malam tadi.
Perkara ini disahkan oleh anak beliau, Nina Sabrina Ismail Sabri yang memaklumkan, bapanya kini berada dalam keadaan stabil.
Perkara ini disahkan oleh anak beliau, Nina Sabrina Ismail Sabri yang memaklumkan, bapanya kini berada dalam keadaan stabil.

Aspek keselamatan stesen tren untuk OKU dikaji semula - Loke
Loke memaklumkan antara langkah diambil Prasarana bagi mengelakkan kejadian sebegini berulang.

Aksi final Piala Malaysia pada 12 April di SNBJ - MFL
Tarikh ini dipilih selepas mengambil kira kesesuaian kalendar Liga Malaysia dan penglibatan JDT dalam Liga Juara-Juara Asia Elit (ACLE), serta ketersediaan venue SNBJ.
AWANI Ringkas: Barangan basah hadapi masalah
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Provokasi AS semakin serius di bawah kepimpinan Trump - Pyongyang
Kementerian Pertahanan Korea Utara mendakwa provokasi ketenteraan oleh Amerika Syarikat dan sekutunya semakin serius di bawah pentadbiran Donald Trump.
Dua kanak-kanak Palestin maut ditembak di belakang
Defense for Children menjelaskan kedua-dua kanak-kanak itu disasarkan secara tiba-tiba dan tanpa amaran dari arah belakang oleh tentera zionis yang berada dalam kenderaan berperisai.
90 peratus kediaman Gaza musnah
90 peratus kediaman di Semenanjung Gaza musnah, menyebabkan ratusan ribu penduduk hilang tempat tinggal.
Pentagon umum pengurangan kakitangan awam
Jabatan Pertahanan Amerika Syarikat (AS) akan mengurangkan sekurang-kurangnya lima peratus tenaga kerja awamnya, bermula minggu depan.

Pakej bantuan PERMAI boleh rangsang pertumbuhan KDNK, kekalkan PKS - Ahli ekonomi
Pakej bantuan PERMAI bernilai RM15 bilion yang diumumkan hari ini akan membantu mengurangkan kesan lonjakan semula kes COVID-19 dan pelaksanaan PKP 2.0 ke atas KDNK suku pertama.