Kejayaan ini menunjukkan ketahanan pasaran hartanah, disokong oleh beberapa faktor utama.
Berikut adalah empat pendorong utama di sebalik lonjakan ini seperti yang digariskan Pengarah Penyelidikan Rahim & Co International Sdn Bhd, Sr Sulaiman Saheh.
1️⃣ Situasi ekonomi yang lebih kukuh
Malaysia kini menikmati kestabilan politik dan prospek ekonomi yang lebih baik, yang meningkatkan keyakinan pengguna. Dengan populasi yang masih muda dan berkembang, permintaan terhadap hartanah kediaman kekal tinggi, menyumbang lebih 60% daripada jumlah transaksi hartanah.
2️⃣ Kadar faedah stabil
Kadar Dasar Semalaman (OPR) kekal pada 3.0% sejak awal 2023, memberi keyakinan kepada pembeli untuk memiliki hartanah tanpa kebimbangan kenaikan kadar faedah. Keadaan ini memacu lebih banyak transaksi dalam pasaran.
3️⃣ Polisi kerajaan yang menyokong
Kerajaan terus memberikan insentif termasuk pengecualian duti setem untuk pembeli rumah pertama, selain mengekalkan kadar OPR yang stabil. Walaupun terdapat ruang untuk lebih banyak insentif dalam belanjawan akan datang, langkah-langkah sedia ada telah membantu menggalakkan pertumbuhan pasaran.
4️⃣ Perubahan demografi dan keyakinan pembeli
Golongan pendapatan matang dan pembeli rumah pertama yang menangguhkan pembelian semasa pandemik kini kembali dengan keyakinan lebih tinggi.
Dengan simpanan yang mencukupi, mereka bersedia untuk memasuki pasaran, menyumbang kepada peningkatan transaksi.
Walaupun pertumbuhan pasaran hartanah dijangka lebih sederhana pada kadar sekitar 5 peratus tahun ini, ia mencerminkan perkembangan yang lebih sihat dan stabil, sejajar dengan asas pasaran.
Namun, cabaran seperti pertumbuhan pendapatan masih menjadi perhatian utama dalam memastikan pasaran terus berkembang secara mampan.
Beliau berkata demikian ketika ditemu bual dalam program Niaga AWANI pada Khamis.
