KUALA LUMPUR: Pasaran modal Malaysia perlu bersedia untuk memudahkan pengumpulan dana serta pelaburan bagi menyokong usaha kerajaan dalam mencapai matlamat kemampanan dan iklim, dengan mengambil kira keperluan pembiayaannya yang agak besar, kata Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC).
Pengerusi SC, Datuk Mohammad Faiz Azmi berkata bagi mencapai matlamat peralihan tenaga, Malaysia memerlukan RM1.3 trilion sehingga 2050, yang merangkumi pelaburan dalam tenaga boleh baharu, kecekapan tenaga dan mobiliti hijau.
"Banyak yang perlu dilaksanakan untuk memastikan pelaburan mencapai tempat yang betul dengan kesan maksimum terhadap kemampanan. Kita juga perlu merancang bagaimana hendak membiayai keperluan penyesuaian iklim bagi menangani peningkatan suhu dan kenaikan paras laut," katanya semasa berucap dalam perasmian Persidangan Pelaburan Mampan dan Bertanggungjawab (SRI) Perbadanan Pembangunan Industri Sekuriti (SIDC) 2024 di sini pada Khamis.
SC komited untuk mengawal selia termasuk membangunkan pasaran modal Malaysia ke arah matlamat ini dengan mempromosikan serta mengekalkan persekitaran pasaran yang saksama, cekap, selamat dan telus, selain, pada masa yang sama menggalakkan pembangunan pasaran yang inovatif dan berdaya saing.
Beliau menambah SC telah menuju ke arah kemampanan sejak 2011 apabila SRI disimpulkan dalam Pelan Induk Pasaran Modal 2 (CMP2) sebagai strategi pertumbuhan utama.
"Di bawah CMP3 dan Pelan Hala Tuju SRI, SC terus membangunkan ekosistem SRI yang teguh di Malaysia. Ini termasuk memperkenalkan produk pasaran modal yang inovatif bagi memenuhi pelbagai keperluan perniagaan serta pelabur.
"Susulan itu, kita sudah pun melihat kejayaan awal termasuk pembiayaan matlamat pembangunan mampan dan iklim Malaysia. Sejak pengumuman rangka kerja sukuk SRI, RM27.61 bilion sukuk SRI telah diterbitkan di Malaysia yang merangkumi terbitan sukuk hijau pertama di dunia untuk pembiayaan projek tenaga boleh baharu," katanya.
Mohammad Faiz menambah selama ini, pelbagai projek termasuk tenaga boleh baharu, pertanian lestari, pengurusan sisa, pengurusan air, rumah mampu milik, bangunan hijau, pendidikan dan banyak lagi, telah dibiayai melalui sukuk SRI.
Di samping itu, Pasaran Modal Islam Berpandukan Maqasid al-Shariah turut diperkenalkan pada November lepas, sebagai piawaian tambahan syariah bagi mengelak kemudaratan selain untuk mengukuhkan impak dan sumbangan positifnya kepada masyarakat dan manusia.
"Malaysia juga telah menyaksikan lonjakan ketara dalam pelaburan mampan. Sehingga Disember 2023, terdapat 68 dana SRI dengan nilai aset bersih RM7.7 bilion berbanding hanya tujuh dana SRI pada 2020 sebanyak RM1.46 bilion," katanya.
Untuk meningkatkan pemahaman serta pengetahuan dalam kelestarian, SC telah mengambil bahagian dalam acara tempatan dan antarabangsa sebagai sebahagian daripada perkongsian pengetahuan termasuk untuk mendedahkan lagi profil SRInya.
Beliau berkata inisiatif ini adalah penting untuk mempercepatkan pertumbuhan dan pembangunan ekosistem SRI yang memudahkan di Malaysia.
"SIDC, cabang pembinaan kapasiti SC, berada di barisan hadapan dalam pasaran modal untuk menyokong pertumbuhan dalam pelaburan yang mampan dan bertanggungjawab dengan penyelesaian pembelajaran serta pembangunan, pensijilan dan kelayakan profesional, pendidikan berterusan dan program pembinaan kapasiti.
"Sekarang ini, SIDC mempunyai 47 tajuk program mengenai kemampanan dan SRI, memenuhi keperluan organisasi yang pelbagai dalam pasaran modal," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Jun 20 2024

Mohammad Faiz berkata bagi mencapai matlamat peralihan tenaga, Malaysia memerlukan RM1.3 trilion sehingga 2050, yang merangkumi pelaburan dalam tenaga boleh baharu, kecekapan tenaga dan mobiliti hijau. - Foto BERNAMA

Tentera Israel luaskan serangan di utara Tebing Barat
Pasukan pendudukan Israel telah memperhebat serangan di utara Tebing Barat dengan mengerahkan kereta kebal di sekitar bandar Jenin buat kali pertama sejak serangan mereka di wilayah itu pada 2002.

KPKT bentang 12 komitmen untuk kesejahteraan rakyat
Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) telah membentangkan 12 komitmen untuk meningkatkan kesejahteraan rakyat sempena Permukiman Jemaah Menteri Kerajaan MADANI yang berlangsung semalam.
AWANI Ringkas: Dua platform jualan dalam talian diarah turunkan iklan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

PRK DUN Ayer Kuning: Ahmad Zahid harap SPR ambil kira Ramadan
Ahmad Zahid berkata pihaknya berpendapat tidak perlu tergesa-gesa mengadakan pilihan raya kecil itu memandangkan ketibaan Ramadan.

Turkiye di kedudukan ke-11 dunia dalam eksport industri pertahanan - Erdogan
Erdogan berkata negara itu berada di ambang transformasi besar dan kejayaan ekonomi yang memberangsangkan.

Polis Perak berkas 15 ahli sindiket tawar pekerjaan tidak wujud
Polis menahan 13 warga China terdiri daripada 12 lelaki dan seorang wanita berusia antara 26 hingga 41 tahun.

Laluan udara baharu hubungkan Xi'an dengan Malaysia
Perkhidmatan penerbangan harian baharu yang menghubungkan Xi'an, China dengan Kuala Lumpur dibuka secara rasmi pada Ahad.
AWANI 7:45 [23/2/2025] – Reman Tiga Dan Lima Hari | Tekanan Darah Turun Dan Naik | SPRM Bebas Ambil Tindakan | 48,329 Kematian
Laporan berita padat dan ringkas #AWANI745 bersama Irfan Faruqi
Tumpuan #AWANI745 malam ini
- SPRM tahan empat pegawai Ismail Sabri, termasuk dua bergelar Datuk
- Ismail Sabri masih dalam pemantauan rapi.
- PM nafi dakwaan dendam, tidak campur urusan SPRM
- Kematian penduduk Palestin meningkat walaupun tempoh gencatan senjata
Saksikan #AWANI745 di saluran 501 Astro AWANI, Astro AWANI apps dan astroawani.com/live-tv
#AWANInews
Tumpuan #AWANI745 malam ini
- SPRM tahan empat pegawai Ismail Sabri, termasuk dua bergelar Datuk
- Ismail Sabri masih dalam pemantauan rapi.
- PM nafi dakwaan dendam, tidak campur urusan SPRM
- Kematian penduduk Palestin meningkat walaupun tempoh gencatan senjata
Saksikan #AWANI745 di saluran 501 Astro AWANI, Astro AWANI apps dan astroawani.com/live-tv
#AWANInews

Letusan Gunung Lewotobi: Indonesia pindahkan 250 keluarga ke rumah sementara
Kerajaan Indonesia telah menempatkan semula 250 keluarga yang terjejas akibat letusan Gunung Lewotobi Laki-Laki di Nusa Tenggara Timur dari pusat perlindungan pelarian ke rumah sementara.

Mobile Legend Bang Bang diperkenal di Sukan Asia 2026
Sukan Asia bakal berlangsung di Nachi-Nagoya, Jepun dari 19 September hingga 4 Oktober 2026.

Dividen KWSP dijangka lebih baik bagi tahun 2024 - Amir Hamzah
Berdasarkan prestasi kukuh KWSP pada suku ketiga 2024, pencarum boleh mengharapkan berita gembira berkaitan agihan dividen yang lebih baik bagi tahun 2024 berbanding tahun sebelumnya.

KWSP perjelas pendapatan pelaburan dan agihan dividen 2023
Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) menegaskan bahawa angka bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember, 2023 adalah tepat dan mematuhi sepenuhnya piawaian pelaporan kewangan yang ketat.

Johor tidak benarkan pelaburan berkaitan pengimportan e-waste
Kerajaan negeri tidak akan membenarkan sebarang pelaburan membabitkan pengimportan sisa elektrik dan elektronik (e-waste) ke negeri ini.

FGV sasar pasaran eksport China menerusi PIP
FGV menyasarkan untuk mengeksport hasil pertanian ke China menerusi projek perladangan bersepadu bernilai tinggi berskala besar Lembah Agro Chuping FGV (FCAV).

Malaysia sasar sekurang-kurangnya 3,000 kilang pintar menjelang 2030 - MITI
Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) menyasar untuk mewujudkan sekurang-kurangnya 3,000 kilang pintar menjelang 2030.

Beberapa kerjasama baharu Malaysia-Bahrain dijangka dimeterai sebelum Mei - PM Anwar
Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata beberapa kerjasama yang dibincangkan dalam lawatan rasmi pertamanya ke Bahrain termasuk berkaitan teknologi kewangan dijangka dimeterai sebelum Mei ini.

Bursa Malaysia ditutup rendah ketika sentimen serantau berhati-hati
Bursa Malaysia ditutup rendah untuk hari kedua berturut-turut pada Khamis, dipengaruhi oleh penyusutan beberapa saham wajaran tinggi.

Malaysia di trajektori tepat jadi pusat teknologi serantau - MCCA
Sektor teknologi digital menerima pelaburan RM163.6 bilion, mengatasi nilai pelaburan digital diluluskan pada 2023 sebanyak 250 peratus.

Apa peluang dagangan baharu untuk Thailand dan Malaysia?
Malaysia dan Thailand memiliki kelebihan tersendiri dalam sektor tertentu yang boleh saling melengkapi.

ASEAN perlu utama kepentingan serantau di sebalik perubahan geopolitik global - Tengku Zafrul
ASEAN perlu mengutamakan kepentingan kolektif blok itu berbanding hubungan mana-mana anggotanya dengan kuasa besar atau kumpulan alternatif lain.