Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata sejumlah besar wang pelaburan untuk pembangunan tapak Stesen Jana Kuasa Battersea di sini diperoleh daripada institusi kewangan.
Untuk itu, tidak ada sebab rakyat perlu bimbang mengenai pengaliran wang negara untuk membiayai projek pembangunan bersepadu itu, yang akan dibangunkan oleh konsortium terdiri daripada SP Setia Bhd, Sime Darby Bhd dan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), kata beliau pada sidang akhbar kepada wartawan Malaysia sebelum mengakhiri lawatan kerja selama empat hari ke United Kingdom di sini Khamis.
Konsortium itu telah membeli harta tanah seluas 15.6 hektar (39 ekar) pada Julai 2012 dengan harga 400 juta pound sterling bagi pembangunan lapan fasa dalam tempoh 10 tahun dengan nilai pembangunan kasar sebanyak lapan bilion pound sterling, termasuk membina 3,500 rumah, pejabat, kedai dan sebuah taman di barat daya London.
Najib berkata rakyat perlu melihat projek ini dari segi jangka panjang yang akan mendatangkan pulangan yang tinggi, termasuk kepada pihak individu yang membeli aset di projek ini.
Menyentuh mengenai penglibatan KWSP dalam projek ini, beliau berkata ianya akan memberi pulangan yang lebih tinggi kepada badan kewangan itu, berbanding jika tumpuan pelaburan hanya diberi kepada pasaran domestik sahaja.
Najib berkata projek Battersea itu, turut menarik minat kerajaan United Kingdom dan pasaran di sini, malah ianya juga turut memberi nafas baharu dalam hubungan Malaysia dan UK di bawah pimpinan David Cameron.
"Hubungan Malaysia dan UK kini berubah kepada "partnership of prosperity" dan bermakna," katanya.
Najib turut melahirkan penghargaannya kepada Cameron dan juga Datuk Bandar Kota London Boris Johnson yang telah dapat menyelesaikan segala proses mengenai pembangunan projek Battersea dalam masa yang singkat, termasuk keputusan pembangunan sambungan "northern line tube" ke Battersea dengan jaminan kewangan dari kerajaan untuk projek itu.
"Ini semua dianggap satu projek yang melambangkan hubungan tradisional Malaysia dan UK, yang diberikan nafas baru," katanya.
Najib berkata ini adalah antara isu yang dibincangkan dalam mesyuarat dua hala antaranya dengan Cameron di Battersea (pada Khamis) sebelum bersama-sama merasmikan upacara pecah tanah projek terbesar yang membabitkan syarikat Malaysia di negara itu.
Beliau yang bangga dengan kemampuan konsortium Malaysia membangunkan projek Battersea berkata, "tentunya ia akan menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara yang ke hadapan dalam aspek pembangunan tanah, terutama di UK."
Najib juga berkata Forum Ekonomi Islam Dunia (WIEF) ke-9 yang akan diadakan daripada 29-31 Okt ini turut merapatkan hubungan antara Malaysia dan UK, dan memperluas hubungan perdagangan dan pelaburan antara dunia Islam Islam dan negara Eropah, khususnya bandar raya London.
Najib berkata perbincangan hari ini turut menyentuh mengenai pendidikan hubungan antara manusia, serta mengenai bidang pertahanan.
Najib berkata beliau dan Cameron bersetuju mempertingkatkan kerjasama secara menyeluruh dalam bidang pertahanan, terutama dalam pertukaran maklumat dan juga soal peralatan ketenteraan, termasuk pembelian peralatan terkini.
Bernama
Fri Jul 05 2013
![Pelaburan di Battersea tidak wujudkan pengaliran keluar wang negara - Najib Pelaburan di Battersea tidak wujudkan pengaliran keluar wang negara - Najib](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2013-07/61373011197_295x200.jpg)
#Ringkas 5 Februari 2025 | 9 PM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 malam, 5 Februari 2025
1️⃣ Pendirian Malaysia sama dengan negara Islam lain
2️⃣ AGC fail notis, rayu ke Mahkamah Persekutuan
3️⃣ Projek LPT 3 belum dimuktamadkan
#awaniringkas
1️⃣ Pendirian Malaysia sama dengan negara Islam lain
2️⃣ AGC fail notis, rayu ke Mahkamah Persekutuan
3️⃣ Projek LPT 3 belum dimuktamadkan
#awaniringkas
![Samsung Galaxy S25 dilancar, tetap piawaian baharu teknologi AI Samsung Galaxy S25 dilancar, tetap piawaian baharu teknologi AI](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81738740708_SAMSUNGS.jpg)
Samsung Galaxy S25 dilancar, tetap piawaian baharu teknologi AI
Samsung Malaysia mengumumkan pelancaran siri Galaxy S25, menampilkan model Galaxy S25 Ultra, Galaxy S25, dan Galaxy S25, yang direka untuk mendefinisikan semula pengalaman mudah alih.
AWANI Borneo [5/2/2025] – Elak renjatan| Tidak termasuk LNG| Tuntutan palsu RM20,000
AWANI Borneo Rabu, 5 Februari 2025 bersama Assim Hassan
1. Fasiliti elektrik kawasan terjejas banjir ditutup bagi elak risiko renjatan
2. Petronas iktiraf Petros sebagai agregator gas tunggal Sarawak
3. Akauntan didakwa buat tuntutan palsu berjumlah RM20,000
1. Fasiliti elektrik kawasan terjejas banjir ditutup bagi elak risiko renjatan
2. Petronas iktiraf Petros sebagai agregator gas tunggal Sarawak
3. Akauntan didakwa buat tuntutan palsu berjumlah RM20,000
![Malaysia kekal bebas dari sekatan visa MEV, tanda kepercayaan Arab Saudi terhadap Tabung Haji - Mohd Na'im Malaysia kekal bebas dari sekatan visa MEV, tanda kepercayaan Arab Saudi terhadap Tabung Haji - Mohd Na'im](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/61718840477_Hajj.jpg)
Malaysia kekal bebas dari sekatan visa MEV, tanda kepercayaan Arab Saudi terhadap Tabung Haji - Mohd Na'im
Malaysia kekal tidak terjejas oleh sekatan pengeluaran visa berbilang kemasukan (MEV) yang dikenakan ke atas 14 negara.
Monopoli projek: Tiga ahli perniagaan, wanita Vietnam direman lima hari
Tiga ahli perniagaan dan seorang wanita warganegara Vietnam ditahan reman lima hari kerana disyaki terlibat dalam kes rasuah bagi memonopoli kesemua projek yang ditawarkan oleh dua jabatan kerajaan di dua daerah di Sarawak.
Akauntan didakwa buat tuntutan palsu RM20,000
Sharin Lusiyau, 35 tahun bertugas di Jabatan Bendahari Negeri Sabah didakwa melakukan kesalahan itu sebanyak 16 kali pada tahun 2023 dengan mengemukakan resit penginapan hotel yang tidak pernah didiami, menggunakan nama sendiri dan beberapa individu lain.
RM1.085 Bilion untuk projek naik taraf paip lama di Sarawak
Menteri Utiliti dan Telekomunikasi Sarawak, Datuk Seri Julaihi Narawi berkata, kerajaan telah meluluskan peruntukan sebanyak RM1.085 bilion untuk melaksanakan projek penggantian dan naik taraf paip lama di seluruh negeri.
Alliance Bank tawar program bantuan banjir kepada pelanggan terjejas
Alliance Bank dalam kenyataannya bantuan tersebut merangkumi pilihan moratorium pinjaman sehingga enam bulan, pengubahsuaian pembayaran pinjaman serta pengecualian caj dan bayaran tertentu bagi pelanggan dan perniagaan yang terkesan oleh bencana banjir.
Mangsa banjir di PPS Sarawak terus menurun
Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Sarawak melaporkan jumlah mangsa menurun kepada 5,281 orang berbanding 5,747 pada sebelah pagi.
![Kes Paul Yong: Pembantu rumah mengaku beri keterangan palsu - Saksi Kes Paul Yong: Pembantu rumah mengaku beri keterangan palsu - Saksi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61738753006_TronohPaulYongCho.jpg)
Kes Paul Yong: Pembantu rumah mengaku beri keterangan palsu - Saksi
Seorang peguam memberitahu mahkamah bahawa pembantu rumah yang menjadi mangsa rogol bekas ADUN Tronoh Paul Yong Choo Kiong mengaku memberi keterangan palsu.
![KWSP, PNB rancang beli aset Fasa 2 Battersea dengan harga RM8.8 bilion KWSP, PNB rancang beli aset Fasa 2 Battersea dengan harga RM8.8 bilion](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-01/71516311427_BatterseaPowerStatio.jpg)
KWSP, PNB rancang beli aset Fasa 2 Battersea dengan harga RM8.8 bilion
Kedua-dua dana itu memeterai Perjanjian Dasar Induk dengan Battersea Phase 2 Holding Company untuk menimbang dengan teliti terma-terma jualan berpotensi.
![Pelaburan di Battersea tidak wujudkan pengaliran keluar wang negara - Najib Pelaburan di Battersea tidak wujudkan pengaliran keluar wang negara - Najib](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2013-07/61373011197_295x200.jpg)
Pelaburan di Battersea tidak wujudkan pengaliran keluar wang negara - Najib
Rakyat tidak perlu bimbang mengenai pengaliran wang negara untuk membiayai projek pembangunan bersepadu Jana Kuasa Battersea London.