KUALA LUMPUR: Peladang sawit Malaysia meraih manfaat daripada dasar eksport baharu Indonesia menerusi harga minyak sawit mentah (MSM) yang lebih tinggi, menurut Maybank Investment Bank (Maybank IB).
Ia menjelaskan, peraturan eksport baharu Indonesia yang berkuat kuasa pada 27 Januari 2022, telah melebarkan jurang harga MSM domestik antara Malaysia dan Indonesia sebanyak RM246 satu tan kepada RM1,378 satu tan pada 3 Februari, berbanding RM1,132 satu tan pada 27 Januari.
"Sejak pengumuman dasar baharu Indonesia itu, niaga hadapan MSM (FCPO) satu bulan di Bursa Malaysia Derivatives meningkat 1.8 peratus minggu ke minggu (WoW) kepada RM5,714 satu tan pada 3 Feb dan mencatatkan harga tertingginya RM5,803 satu tan pada 28 Jan berikutan kebimbangan terhadap kekurangan ketersediaan minyak sawit dalam pasaran eksport.
"Walaupun harga MSM meningkat di Malaysia, harga MSM domestik di Indonesia turun 2.8 peratus WoW kepada IDR14,930 sekilogram pada 3 Februari," jelasnya dalam nota penyelidikan pada Isnin.
Pada 27 Januari, Menteri Perdagangan Indonesia, Muhammad Lutfi berkata pengeksport mesti mengetepikan 20 peratus daripada penghantaran mereka untuk obligasi pasaran domestik (DMO) bagi memastikan bekalan minyak masak mencukupi di pasaran tempatan pada harga berpatutan.
Menurut bank pelaburan itu, ini menunjukkan peladang Indonesia berkongsi beban subsidi harga minyak masak domestik.
"Kesan keseluruhan dianggap lebih kecil berbanding unjuran Maybank IBG kerana kami menjangkakan harga MSM Indonesia secara teorinya akan melaras turun kepada IDR14,000 sekilogram minggu lepas.
"Kami menjangkakan kalangan penapis Indonesia turut mengorbankan sebahagian daripada margin penapisan mereka," tambahnya.
Maybank IB turut menjelas, secara relatifnya lebih ramai peladang bertumpuan Malaysia seperti IOI Corp, Sarawak Oil Palm (SOP), Boustead Plantations (BLANT), Ta Ann, TH Plantation, Hap Seng Plantations dan FGV meraih manfaat daripada dasar tersebut.
Justeru, ia kekal positif terhadap sektor itu di samping mengekalkan saranan 'beli' ke atas Kuala Lumpur Kepong (KLK), SOP dan BPLANT dengan harga sasaran masing-masing RM30.70, RM5.60 dan RM0.93 seunit.
Maybank IB menambah, bagaimanapun beberapa faktor risiko boleh menjejaskan pandangannya terhadap sektor itu termasuk unjuran pendapatan, sasaran harga dan penarafan saham yang diteliti oleh penganalisis yang bertujuan memberi saranan.
"Risiko positif adalah pemulihan pengeluaran minyak sawit dan minyak sayuran lain yang lebih lemah berbanding jangkaan pada 2022; harga minyak mentah Brent semakin hampir kepada AS$100 setong dan cuaca luar biasa di wilayah pengeluar minyak sawit dan minyak bijian utama.
"Sementara itu, risiko penurunan adalah harga minyak mentah Brent susut mendadak kepada bawah AS$60 setong; dasar negatif yang dikenakan oleh negara pengimport; dasar kerajaan yang tidak mesra di negara pengeluar atau pengeksport; pengeluaran yang lebih kukuh pada 2022; serta permintaan global yang lemah dan harga minyak pesaing yang lebih rendah," menurutnya.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Feb 07 2022
Peraturan eksport baharu Indonesia yang berkuat kuasa pada 27 Januari 2022, telah melebarkan jurang harga MSM domestik antara Malaysia dan Indonesia. - Gambar fail
JDT ke final Piala Malaysia, singkir Terengganu FC dengan agregat 6-1
Skuad bimbingan Hector Bidoglio membawa bekalan selesa 4-0 daripada aksi separuh akhir pertama pada 17 Jan lepas.
10 Berita Pilihan - (1 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
AWANI Ringkas 1 Februari 2025 | 9 PM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 malam, 1 Februari 2025
1️⃣ Amaran ribut petir, hujan lebat
2️⃣ NADMA diminta terus pantau kesiapsiagaan
3️⃣ Tiga warga Israel, 183 Palestin dibebaskan
#awaniringkas
1️⃣ Amaran ribut petir, hujan lebat
2️⃣ NADMA diminta terus pantau kesiapsiagaan
3️⃣ Tiga warga Israel, 183 Palestin dibebaskan
#awaniringkas
AWANI Ringkas: pembelian 30 pesawat pejuang dari Kuwait dimuktamad tahun ini
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
AWANI Ringkas: Amaran ribut petir, hujan lebat
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Remaja ditemukan lemas di Lata Tebing Tinggi
Setibanya anggota pasukan daripada BBP Selama di lokasi kejadian, didapati mangsa telah dijumpai orang awam.
Polis giat buru tiga suspek kes langgar lari di Jalan Klang Lama
Orang ramai yang mempunyai maklumat berkenaan kejadian itu diminta supaya tampil menghubungi pihak polis.
Venezuela dijangka benarkan AS hantar pulang rakyatnya yang merupakan pendatang tanpa izin
Pada Jumaat, Presiden Venezuela Nicolas Maduro bertemu dengan utusan khas Presiden AS Donald Trump, Richard Grenell di Caracas.
Wakil Malaysia menang dua anugerah pada pertandingan Mrs World 2024
Dr Shalini Devi merangkul gelaran Best Costume Award dan Mrs World Ambassador Award pada pertandingan itu.
2,800 anggota TDM siap siaga bantu mangsa banjir di Sarawak dan Sabah
Ketika ini, formasi 1 Divisyen di Sarawak dan 5 Divisyen di Sabah telah digerakkan untuk memberi bantuan kepada mangsa banjir.
Malaysia perlu guna FTA untuk promosi minyak sawit di global -- MPOB
Malaysia perlu menggunakan FTA yang ada dalam kalangan negara ASEAN termasuk RCEP untuk mempromosikan minyak sawit di peringkat global.
Minyak sawit Malaysia pertingkat industri minyak makan Pakistan - Johari
Johari berkata Pakistan menggunakan lebih lima juta tan minyak dan lemak setiap tahun.
Eksport minyak sawit Malaysia susut 9.97 peratus kepada 1.34 juta tan pada Disember - MPOB
Eksport minyak sawit Malaysia pada Disember 2024 menyusut 9.97 peratus kepada 1.34 juta tan daripada 1.49 juta tan pada bulan sebelumnya, kata Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB).
Malaysia sokong komitmen Indonesia teruskan mandat biodiesel B40 - Johari
Datuk Seri Johari Abdul Ghani berkata, langkah dibuat Indonesia itu membantu industri minyak sawit secara keseluruhannya.
Pekebun kecil disaran tingkat hasil sawit hingga 10 tan setahun untuk perkukuh industri - Johari
Golongan pekebun kecil kelapa sawit disaran untuk meningkatkan kadar pengeluaran hasil antara lima hingga 10 tan metrik setahun.
Tiga kenderaan termasuk lori tangki muatan minyak sawit terbakar dalam kemalangan
Sebuah lori tangki membawa minyak sawit dan dua kenderaan lain terbakar selepas terlibat dalam kemalangan di Pasir Penambang, Kuala Selangor hari ini.
Polis tahan dua lelaki, rampas ekstasi bernilai lebih RM1 juta
Polis menumpaskan kegiatan pengedaran dadah yang dipercayai beroperasi dari rumah selepas menahan dua lelaki dan merampas serbuk ekstasi bernilai RM1.1 juta di Taman Permata di sini pada Selasa lepas.
Kesan kenaikan cukai import minyak sawit oleh India bersifat sementara - KPK
Kenaikan itu sebahagian daripada usaha India melindungi harga minyak tempatan dan menyokong industri pertanian domestiknya.
Peranan minyak sawit seperti wira, kata ahli akademik AS
Kemajuan yang beterusan dalam amalan kemampanan membolehkan minyak sawit memberi sumbangan bermakna kepada matlamat kesihatan global.
MPOC jangka cadangan tangguh pelaksanaan EUDR akan diluluskan Parlimen EU
Majlis Minyak Sawit Malaysia jangka Parlimen EU akan luluskan cadangan menangguhkan pelaksanaan Peraturan Produk Bebas Penebangan Hutan Kesatuan Eropah (EUDR).