KUALA LUMPUR: Putrajaya akan terus melaksanakan inisiatif pembaharuan cukai yang dicadangkan oleh Jawatankuasa Pembaharuan Cukai yang memfokuskan kepada langkah untuk meluaskan asas cukai termasuk menyemak semula insentif, pelepasan dan potongan.
Dalam Kenyataan Pra-Bajet 2023, Kementerian Kewangan (MOF) menyatakan bahawa pentadbiran cukai akan dipertingkatkan lagi melalui pendaftaran pembayar cukai yang komprehensif, latihan lebih baik kepada kakitangan yang menguruskan cukai dan pendaftaran perdagangan rentas sempadan yang lebih baik.
Inisiatif itu juga termasuk pengukuhan audit dan penyiasatan serta menambahbaik kepastian dalam undang-undang untuk pembayar cukai.
Di bawah Bajet 2022, anggaran sasaran kutipan hasil cukai adalah RM171.4 bilion atau 10.5 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) termasuk kutipan cukai langsung sebanyak RM127.3 bilion dan cukai tidak langsung berjumlah RM44.1 bilion.
Setakat April 2022, kutipan cukai langsung berjumlah RM45.6 bilion atau 35.8 peratus daripada sasaran itu manakala kutipan cukai tidak langsung ialah RM17.3 bilion atau 39.4 peratus daripada sasaran.
"Kutipan hasil sehingga April 2022 adalah lebih tinggi daripada jangkaan dan kutipan berikutnya dijangka lebih baik daripada anggaran Bajet 2022 sejajar dengan pemulihan ekonomi yang bertambah baik dan peningkatan aktiviti perniagaan dan masa lapang," kata MOF.
Sementara itu, MOF berkata bagi menyokong pertumbuhan ekonomi digital, kerajaan berhasrat untuk melaksanakan e-Invois secara berperingkat bagi meningkatkan kecekapan pengurusan pentadbiran cukai negara.
Ia berkata e-Invois akan meningkatkan kualiti perkhidmatan, mengurangkan kos pematuhan kepada pembayar cukai serta meningkatkan kecekapan operasi perniagaan.
Ia juga akan memperkemaskan dan mengukuhkan sistem cukai negara, meningkatkan ketelusan cukai dan menyediakan penilaian risiko pematuhan yang lebih tepat.
Ini selaras dengan Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK-12), di mana tumpuan diberikan kepada pengukuhan infrastruktur perkhidmatan digital dan pendigitalan pentadbiran cukai.
"Inisiatif e-Invois ini juga akan menyokong penggunaan Nombor Pengenalan Cukai (TIN) yang akan dilaksanakan di Malaysia mulai tahun ini sebagai langkah untuk mengembangkan cukai pendapatan," kata Kementerian Kewangan.
MOF berkata Malaysia sentiasa responsif terhadap perubahan semasa dalam piawaian cukai yang dipersetujui di peringkat antarabangsa untuk memastikan persekitaran yang kompetitif, ia akan menarik pelaburan langsung asing dan domestik serta mencegah aktiviti pengelakan cukai rentas sempadan.
Memandangkan perusahaan multinasional banyak bergantung pada pendigitalan, dasar cukai sedia ada perlu dikaji semula untuk mengelakkan ketirisan hasil dan peralihan keuntungan, katanya,
"Dalam menangani cabaran ini, kerajaan dan Organisasi untuk Kerjasama dan Pembangunan Ekonomi (OECD) sedang membincangkan pelaksanaan percukaian terhadap ekonomi digital di bawah Pelan Tindakan Penghakisan Asas Cukai dan Pemindahan Keuntungan (BEPS)
"Kami bersetuju untuk melaksanakan pendekatan dua tonggak yang dijangka akan dilaksanakan mulai tahun depan," katanya.
Tonggak Pertama menekankan peruntukan hak percukaian dan menyemak peruntukan keuntungan serta peraturan perhubungan kepada negara yang sebelum ini tertakluk kepada penggunaan konsep penubuhan tetap, sama ada melalui perundangan domestik atau dipersetujui melalui perjanjian percukaian dua hala.
Sementara itu, Tonggak Kedua memperkenalkan kadar cukai efektif minimum pada peringkat global sebanyak 15 peratus untuk memastikan ia mengimbangi antara negara dalam menarik pelaburan langsung asing bertujuan untuk menghalang perancangan cukai yang berbahaya yang boleh menyebabkan kebocoran asas cukai dan pemindahan keuntungan ke negara yang mempunyai kadar cukai yang rendah.
"Kerajaan sedang mengkaji butiran teknikal dua tonggak itu, berkemungkinan memperkenalkan Cukai Tambah Nilai Minimum Domestik yang Layak (QDMTT) di bawah Tonggak Kedua," kata MoF.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Jun 03 2022

Inisiatif itu juga termasuk pengukuhan audit dan penyiasatan serta menambahbaik kepastian dalam undang-undang untuk pembayar cukai. - Gambar hiasan

Mangsa banjir di Pahang meningkat tengah hari ini
Kesemua mangsa ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Semantan, Temerloh sejak Khamis.
AWANI Ringkas: Meninggal dunia serta merta
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Astro Shaw perkenal filem 'survival thriller' pertama Malaysia 'Wantugo'
Filem Wantugo dijangka menemui peminat filem tempatan pada penghujung tahun 2025.

RUU PSB pastikan pembangunan semula yang adil, beri manfaat kepada pemilik hartanah
RUU ini turut memperkenalkan mekanisme bagi pemilik yang tidak bersetuju dengan pembangunan semula.

Dua kapal tentera laut Iran tiba di Malaysia untuk lawatan operasi
Dua kapal berkenaan ialah jenis Auxiliary, iaitu Ocean Liner-110-3 Shahid Mahdavi dan kapal kelas frigate IRINS Dena.
Pengerusi Ketua Turus bersama Amerika Syarikat ditamatkan perkhidmatan
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump menamatkan perkhidmatan Pengerusi Ketua Turus Bersama Jeneral Charles Brown
Mayat didakwa Shiri Bibas tiba di institut forensik Tel Aviv
Mayat tebusan Israel yang didakwa sebagai Shiri Bibas tiba di Institut Forensik Abu Kabir di Tel Aviv pada awal pagi Sabtu untuk proses pengecaman rasmi.
Arab Saudi larang rekod siaran langsung solat Tarawih
Kerajaan Arab Saudi telah mengeluarkan larangan penggunaan kamera untuk merekod jemaah yang menunaikan solat Tarawih, termasuk siaran langsung sepanjang ibadah tersebut dijalankan.

Remaja maut, motosikal terbakar selepas bertembung kereta
Dalam kejadian jam 11.10 malam itu mangsa berusia 18 tahun meninggal dunia di lokasi akibat kecederaan parah.
[TERKINI] Suspek cabul kanak-kanak di masjid direman tujuh hari
Lelaki berusia 19 tahun yang ditahan berhubung kes cabul kanak-kanak di sebuah masjid di Batang Kali, Hulu Selangor direman tujuh hari.

Pembaharuan cukai Malaysia bantu pacu inovasi, teknologi maju - BMI
Pembaharuan cukai menyeluruh itu bertujuan merangsang industri tempatan dan menyalurkan pelaburan ke dalam sektor utama, termasuk pembuatan maju.

Kerajaan perlu laksana pembaharuan cukai lebih berani untuk capai sasaran defisit
Katanya, ruang fiskal yang terhad jadi penghalang utama untuk capai sasaran defisit antara 3.0 peratus dan 3.5 peratus menjelang akhir 2025.

Pembaharuan cukai kunci utama kepada daya tahan sosioekonomi - MOF
Inisiatif itu juga termasuk pengukuhan audit dan penyiasatan serta menambahbaik kepastian dalam undang-undang untuk pembayar cukai.