KUALA LUMPUR: MIDF Research melihat pengambilalihan loji janakuasa gabungan turbin gas berkapasiti 396 megawatt (MW) milik Tuaspring Pte Ltd di Singapura oleh YTL Power International Bhd adalah positif kepada prospek kumpulan.
Tambahan pula, menurut penganalisisnya, Hafriz Hezry, pengambilalihan itu dilaksanakan pada kos yang lebih rendah kira-kira 19% berbanding pertimbangan tunai pada peringkat awal sebanyak S$331.45 juta.
"Pertimbangan pembelian yang lebih rendah mengurangkan kos pemerolehan kepada anggaran nilai perusahaan (EV) sebanyak RM2.2 juta/MW (S$700,000/MW) daripada S$800,000/MW (RM2.7 juta/MW) pada asalnya.
"Pada pandangan kami, ini agak menarik berbanding anggaran kos penggantian sebanyak RM3 hingga RM4 juta/MW untuk loji CCGT biasa," katanya dalam nota kajian hari ini.
Langkah pengambilalihan itu telah dilaksanakan menerusi anak syarikat milik penuhnya, YTL PowerSeraya Pte Ltd.
Pertimbangan asal pembelian berkenaan adalah pada S$331.45 juta yang akan diselesaikan menerusi gabungan tunai berserta saham dan pinjaman pemegang saham dalam YTL PowerSeraya yang telah dikurangkan kepada hanya pertimbangan tunai S$270 juta (anggaran RM861 juta) apabila selesai.
Pengarah Urusan YTL Power, Datuk Yeoh Seok Hong semalam, berkata, loji tenaga Tuaspring dengan kapasiti gabungan itu hanya melengkapkan lagi aset penjanaan tenaga kumpulan berkenaan di Singapura selain turut membentuk sinergi penting merentasi portfolio perniagaan utiliti kumpulan.
Stesen tenaga itu telah beroperasi pada 2016 dan menjadi sebahagian daripada projek penyahgaraman di bawah projek kerjasama swasta-awam dengan pihak Lembaga Utiliti Awam Singapura.
Penambahan Tuaspring dianggarkan mengembangkan kapasiti penjanaan YTL Power di Singapura sebanyak 16.5% kepada kira-kira 2.8GW memberikannya anggaran sebanyak 22%.
Hafriz berkata, dalam tinjauan pasaran tenaga elektrik Singapura yang diterbitkan pada November 2021, Penguasa Pasaran Tenaga (EMA) mengunjurkan permintaan sistem tahunan dan puncak akan berkembang dengan kadar pertumbuhan tahunan dikompaun (CAGR) antara 2.8 hingga 3.2% dalam dekad akan datang (2022-2032), yang mengambil kira unjuran permintaan daripada pertumbuhan tinggi baharu sektor seperti pusat data.
Berdasarkan pelan penjanaan indikatif yang dikemukakan oleh pemegang lesen penjanaan, EMA mengunjurkan jumlah bekalan elektrik meningkat sedikit kepada 11.8GW pada 2022 tetapi ini dijangka berkurangan dengan ketara kepada 11.1GW pada 2023.
"Akibatnya, margin rizab sempadan atas-bawah Singapura diunjurkan pada 53%-46% pada 2022, berkurangan dengan ketara kepada 34%-29% pada 2023 dan stabil pada sekitar kadar ini selepas itu," jelasnya.
Sehubungan itu, secara keseluruhan, beliau positif terhadap pengambilalihan Tuaspring memandangkan kemasukan yang agak murah dan kapasiti tambahan datang pada masa sesuai untuk memanfaatkan harga elektrik borong yang jauh lebih tinggi ketika ini.
"Ini secara tidak langsung mengukuhkan saranan 'beli' terhadap YTL Power dengan harga sasaran tidak berubah pada 92 sen.
"Kami menjangkakan pemulihan yang kukuh dalam tahun kewangan berakhir 30 Jun 2023 (FY23) berikutan pemerolehan yang pulih dengan kukuh di Power Seraya, sumbangan daripada loji Tuaspring yang baru diperoleh daripada suku pertama FY23 dan normalisasi pendapatan di Wessex Water," katanya. -DagangNews
Dagang News
Thu Jun 02 2022

Langkah pengambilalihan itu telah dilaksanakan menerusi anak syarikat milik penuhnya, YTL PowerSeraya Pte Ltd. - Fail DagangNews
Angka korban di Gaza melebihi 48,300, lebih banyak mayat ditemukan
Pasukan perubatan dan penyelamat Palestin menemukan 22 lagi mayat daripada runtuhan di Semenanjung Gaza, menjadikan jumlah keseluruhan korban akibat serangan genosid Israel sejak Oktober 2023 meningkat kepada 48,319 orang.
Situasi di Gaza: Kehancuran Gaza dasyat, bantuan perlu ditingkat segera
Pengarah Jeneral Pertubuhan Antarabangsa bagi Migrasi (IOM), Amy Pope bersama Penyelarasan Kemanusiaan bagi Wilayah Palestin yang Diduduki (OPT), Muhannad Hadi, telah melawat selatan Gaza, pada Khamis.

ACLE: Kemenangan JDT bantu Malaysia huni tangga kelima Asia Timur, ke-10 seluruh Asia
Kemenangan tempoh hari membenarkan mereka menjadi tunjang buat negara Malaysia untuk mempamerkan peningkatan di pentas Asia.

Warga asing ditahan jual tisu di lampu isyarat
Penahanan dilakukan sepasukan anggota dari Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik IPD Serdang selepas menerima aduan orang awam.

Pelajar Tingkatan Satu maut dirempuh lori selepas turun bas
Supt Mohammad Shofee Tayib berkata, laporan mengenai kejadian itu diterima daripada orang awam pada jam 7.45 petang.

Nurfakhira ditemui selamat di rumah nenek rakan lelaki
ACP Bahrin berkata, remaja berkenaan ditemui dalam keadaan baik di rumah nenek rakan lelakinya.

3 bas meletup di Tel Aviv, polis Israel tuduh pengganas
Dua butir bom turut ditemukan dalam bas yang berasingan berjarak kira-kira 500 meter antara satu sama lain.

‘Palestin bukan untuk dijual’: Presiden Abbas tegaskan tolak rancangan pemindahan paksa
Presiden Palestin tegaskan negaranya "bukan untuk dijual" dan menolak sebarang usaha pemindahan penduduk Palestin secara paksa.

Kanak-kanak dilanggar depan sekolah, terperosok bawah MPV
Pihak JBPM Putrajaya menerima laporan berhubung kejadian pada 4.55 petang, melibatkan sebuah MPV jenis Perodua Alza.

Malaysia komited pimpin ASEAN tangani jenayah rentas sempadan - Ahmad Zahid
Malaysia komited untuk memimpin ASEAN dalam menangani pelbagai bentuk jenayah rentas sempadan termasuk penipuan dalam talian.

Pengambilalihan Tuaspring bantu YTL Power berkembang kukuh di Singapura
MIDF Research melihat pengambilalihan loji janakuasa gabungan turbin gas berkapasiti 396 megawatt (MW) milik Tuaspring Pte Ltd di Singapura oleh YTL Power International Bhd. adalah positif

Kesederhanaan Islam lengkapi keperluan keamanan bersama - Prof Mohammad Hashim
Ancaman terhadap keamanan akan sentiasa wujud dan semakin meningkat memandangkan golongan pelampau sentiasa ada di mana-mana.

16 pasukan lengkap buruan kejohanan dunia Mobile Legends M3
Kejohanan Dunia Mobile Legends M3 pastinya akan menjanjikan kelainan buat para penonton dari seantero dunia.

PPV PICK Remaja KL sasar selesai vaksinasi remaja menjelang awal November
Ketika ini proses suntikan dos kedua berjalan dengan sangat lancar bagi Kuala Lumpur dengan jumlah penerimanya sudah melepasi 40 peratus.

"Tidak perlu buat perbandingan, semua vaksin terbaik untuk anda" - Penyelidik Universiti Oxford
Rakyat Malaysia tidak wajar timbukan sebarang keraguan terhadap hasil penyelidikan yang telah diluluskan oleh badan dunia, kata Prof Teresa Lambe.

TI-M perjuang lindungi keselamatan pengamal media
Demi memerangi gejala rasuah yang masih berleluasa, TI-M mengambil inisiatif menganjurkan Bengkel Kewartawanan Penyiasatan.

WTCKL diiktiraf International Business Review ASEAN Awards
Irmohizam menzahirkan ucapan jutaan terima kasih kepada The International Business Review atas pengiktirafan berkenaan.

Medicago bakal bekalkan 76 juta dos vaksin COVID-19 berasaskan tumbuh-tumbuhan - PMI
Philip Morris International (PMI) mengumumkan anak syarikatnya, Medicago mencapai persetujuan dengan kerajaan Kanada untuk mempercepatkan usaha penghasilan vaksin COVID-19.

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Amazon berkata, sejak Mac hampir 20,000 pekerjanya dijangkiti COVID-19, lapor Agensi Anadolu.

TNB kuasai saham majoriti firma tenaga solar terbesar di UK
Pemerolehan tersebut merupakan satu pencapaian penting terhadap komitmen TNB untuk mengurangkan jejak karbon syarikat itu.