KUALA LUMPUR: Sebilangan besar rakyat Malaysia masih bersikap "jangka pendek" dalam pengurusan kewangan, kata Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM) Datuk Abdul Rasheed Ghaffour.
Beliau berkata ramai rakyat Malaysia juga bersikap kurang endah dalam menguruskan risiko kewangan masing- masing, termasuk dalam menghadapi situasi yang tidak dijangka.
"Hampir separuh rakyat Malaysia sukar menyediakan RM1,000 bagi tujuan kecemasan dan satu daripada tiga rakyat kita tidak berminat untuk ambil tahu mengenai insurans dan takaful," katanya dalam ucapan perasmian Karnival Celik Kewangan (KCK) Johor hari ini.
Abdul Rasheed berkata apa yang membimbangkan ialah peningkatan pengetahuan dalam kalangan rakyat Malaysia masih tidak seiring dengan sikap dan amalan pengurusan kewangan mereka.
Beliau berkata statistik Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK) menunjukkan ramai yang terpaksa berhutang apabila memerlukan wang di waktu menghadapi kecemasan.
Manakala satu daripada tiga rakyat Malaysia merasa terbeban dengan hutang walaupun kebanyakan daripada mereka tergolong dalam kalangan yang mempunyai pendapatan yang berpatutan, katanya.
"Kaji selidik yang dijalankan juga menunjukkan 37 peratus daripada rakyat Malaysia berkongsi kata laluan dan nombor pin mereka kepada keluarga dan rakan," tambah Abdul Rasheed.
Justeru, beliau berkata pengetahuan tentang pelbagai produk kewangan dan kesesuaiannya seperti memahami cara mengurus hutang, memahami risiko dan pulangan sesuatu pelaburan serta langkah-langkah untuk melindungi diri daripada menjadi mangsa scam atau penipuan kewangan, merupakan kemahiran yang harus ada pada semua.
"Masyarakat celik kewangan bukan sahaja berpeluang untuk meningkatkan taraf hidup masing-masing, malah berupaya menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi negara," katanya.
BNM, dengan kerjasama ahli dan rakan kerjasama Jaringan Pendidikan Kewangan, serta industri kewangan kini sedang menganjurkan Karnival Celik Kewangan (KCK), dengan KCK Johor berlangsung mulai 27 hingga 29 Okt, 2023.
Matlamat KCK adalah untuk meningkatkan kesedaran tentang kepentingan celik kewangan dan menggalakkan rangkuman kewangan dalam kalangan rakyat Malaysia.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Oct 28 2023

Abdul Rasheed (tiga, kiri) beramah mesra dengan Ketua Pegawai Eksekutif Persatuan Takaful Malaysia (MTA), Mohd Radzuan Mohamed semasa menghadiri Karnival Celik Kewangan Bank Negara Malaysia hari ini. - Foto Bernama

BN atur gerak kerja awal hadapi PRK
Saarani berkata jentera parti tidak akan menunggu pengumuman tarikh SPR dan akan segera memulakan aktiviti ke arah memenangi PRK tersebut.
Jenazah ADUN Ayer Kuning selamat dikebumikan
Jenazah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ayer Kuning Ishsam Shahruddin, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Rapat Setia, Ipoh pada 10.40 pagi ini
[TERKINI] SPRM tahan empat pegawai ada kaitan PM ke-9
SPRM menahan empat pegawai yang mempunyai kaitan dengan Perdana Menteri ke-9 dan mendapatkan perintah reman di Mahkamah Putrajaya.

SPRM tahan 4 pegawai ada kaitan Perdana Menteri ke-9
Sumber rapat SPRM memaklumkan keempat-empat mereka telah mendapat perintah reman di Mahkamah Putrajaya.
Dividen KWSP dijangka lebih baik bagi tahun 2024 - Amir Hamzah
Prestasi memberangsangkan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) pada suku ketiga tahun lepas dijangka memberi pulangan yang baik dari segi dividen kepada pencarumnya
Guru tuisyen ditemukan maut dengan kesan kelar di leher, lengan
Pemangku Ketua Polis Daerah Ipoh Supt Mohamad Sajidan Abdul Sukor berkata pengadu yang merupakan suami kepada wanita itu, membuat laporan polis berkenaan kejadian itu kira-kira 5.30 petang.
Notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning dihantar seawal Selasa - Speaker
Speaker DUN Perak akan menghantar pemakluman notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning seawal Selasa
Yellow House rasmi pembukaan premis baharu
Pertubuhan Kebajikan Masyarakat Yellow House merasmikan pembukaan premisnya yang dinaik taraf di Kampung Ampang Campuran pada Sabtu.
Polis ditembak mati lelaki bersenjata di Amerika syarikat
Tindakan suspek dipercayai berpunca daripada tindak balas mangsa yang cuba mententeramkan suspek yang sebelum itu menjadikan beberapa kakitangan sebagai tebusan di sebuah hospital.
China kesan satu lagi varian baharu koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.

JPW laksana 734 program tahun lepas, bantu lebih 17,000 wanita dalam aktiviti ekonomi
KPWKM menerusi JPW telah melaksanakan 734 program bagi membantu wanita dalam aktiviti ekonomi di seluruh negara sepanjang tahun lepas.

TLDM laksana 615 operasi, pastikan semua aset berada di KOM sepanjang 2024
TLDM melaksanakan 615 siri operasi melibatkan enam operasi secara berterusan dan tiga operasi berkala selain memastikan aset pasukan itu berada di KOM sepanjang 2024.

"Jangan biasakan diri dengan berhutang"- Pakar Kewangan
Apabila kita membiasakan diri dengan berhutang, lama-kelamaan ia akan menjadi satu tabiat.

Ahmad Zahid cadang BSN tawar skim pinjaman pendidikan untuk aliran TVET
Ahmad Zahid mencadangkan Bank Simpanan Nasional (BSN) menyediakan skim pinjaman pendidikan bagi aliran TVET.

KPKM teroka peluang baharu melalui program MCYTT
KPKM melalui Bahagian Pembangunan Kapasiti dan Latihan Pertanian bercadang meneroka ruang dan peluang baharu termasuk penyertaan dalam Malaysia-China Youth TVET Training (MCYTT) pada tahun depan.

2,000 GLC akan diaudit mulai tahun depan - Ketua Audit Negara
Jabatan Audit Negara (JAN) akan melakukan pengauditan terhadap 2,000 syarikat berkaitan kerajaan (GLC) mulai tahun depan dalam usaha mewujudkan era baharu tadbir urus di Malaysia.

Kaedah lantikan tetap, bercarum sedang dalam kajian - PM Anwar
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, ini bertujuan memastikan pengurusan kewangan negara yang lebih mampan.

180,000 pelajar baharu terima pembiayaan PTPTN setiap tahun
Ahmad Dasuki berkata, PTPTN merupakan penyelamat dan penyumbang kewangan yang besar kepada anak bangsa dalam mencapai cita-cita.

BAM jalin kerjasama dengan PEMANDU Associates sebagai persiapan ke Olimpik 2028
BAM mengambil langkah proaktif dengan mengumumkan kerjasama strategik dengan PA dalam usaha melicinkan tatakelola badan induk itu untuk menduduki kelompok tiga terbaik menjelang LA28.

Carta aliran wang Touch n Go eWallet mudahkan pengguna pantau perbelanjaan
Ia memaparkan satu carta perbelanjaan, memudahkan pengguna melihat ke manakah perbelanjaan mereka setiap bulan mengikut kategori.