Penutupan cawangan-cawangan bank merupakan satu usaha yang berterusan bagi meningkatkan keberkesanan operasi institusi kewangan itu, kata Persatuan Bank-Bank Malaysia (ABM) dan Persatuan Institusi Perbankan Islam Malaysia (ABIM).
Persatuan terbabit dalam satu kenyataan bersama hari ini berkata kemajuan dan perkembangan dalam teknologi serta pembayaran elektronik membolehkan kemudahan menjalankan transaksi perbankan tanpa perlu mengunjungi cawangan bank fizikal.
"Transaksi sudah menjadi semakin automatik bagi menggalakkan kecekapan yang lebih baik. Dalam persekitaran ini, bank-bank mula memberi tumpuan kepada platform digital, berbanding dengan cawangan fizikal bagi menyampaikan perkhidmatan mereka kepada pengguna dan perniagaan," kata kenyataan tersebut.
Walaupun terdapat peralihan kepada platform elektronik, usaha menyampaikan khidmat perbankan yang berkualiti tidak akan diabaikan.
"Institusi perbankan akan terus berusaha bagi menyediakan pembiayaan untuk menyokong semua sektor ekonomi. Bank juga akan memastikan bahawa semua lapisan rakyat termasuk yang tinggal di kawasan luar bandar mempunyai akses kepada perkhidmatan perbankan."
Dalam landskap kewangan baharu ini, sektor perbankan agak optimistik dengan prospek pekerjaan dalam industri, kata persatuan-persatuan itu.
"Untuk meningkatkan produktiviti dan kecekapan, kakitangan bank mungkin perlu dipindahkan dan diberi latihan semula bagi memenuhi tuntutan keperluan industri yang sentiasa berkembang.
Industri perbankan akan meningkatkan fokus dalam bidang-bidang seperti pengurusan risiko, pemantauan penipuan, laporan pengawalseliaan, pematuhan pencegahan pengubahan wang haram, keselamatan siber dan teknologi maklumat.
"Anggota kami mempunyai set strategi dan rancangan mereka sendiri dengan mengambil kira urusan keperluan tenaga kerja berdasarkan matlamat perniagaan masing-masing," kata persatuan itu.
Sektor perbankan adalah salah satu sektor berasaskan pengetahuan dan memiliki produktiviti yang tinggi dalam ekonomi ini, ia merangkumi 72 peratus tenaga kerja berkemahiran tinggi berbanding sektor kewangan yang lain. -Bernama
Bernama
Wed Oct 12 2016

Penutupan cawangan-cawangan bank merupakan satu usaha yang berterusan bagi meningkatkan keberkesanan operasi institusi kewangan itu. -Gambar hiasan
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.
PM tegaskan tiada syarat sokong beliau jika mahu peruntukan
Perdana Menteri menegaskan kerajaan tidak pernah menetapkan sebarang syarat yang memerlukan Ahli Parlimen pembangkang untuk menyokonh beliau sekiranya mahu mendapat peruntukan.
Kerajaan Persekutuan adakan perbincangan dengan Sarawak
Kerajaan Persekutuan akan mengadakan perbincangan dengan kerajaan Sarawak bagi memperincikan skop kerjasama antara Petroleum Sarawak Bhd (Petros) dan Petroliam Nasional Bhd (Petronas).

Usaha babitkan perjuangan Palestin tidak wajar dipersoal - ABIM
Usaha itu turut digembleng bersama sumbangan peribadi rakyat Malaysia yang prihatin serta memperlihatkan solidariti nasional.

ABIM saran orang ramai supaya lebih cakna, empati terhadap OKU
ABIM tuntut kerajaan dan swasta beri peluang pekerjaan kepada golongan OKU dengan sasaran satu peratus daripada keseluruhan pekerja.

ABIM sokong waran tangkap ICC terhadap pemimpin Israel
Keputusan itu dianggap satu pencapaian penting dalam usaha global menuntut keadilan untuk rakyat Palestin yang terkesan akibat kekejaman Israel.

Masyarakat perlu terjemah seluasnya pemikiran Allahyarham Siddiq Fadzil - Ahmad Zahid
Ahmad Zahid berkata banyak fikrah Allahyarham Siddiq digunakan dalam gerak kerja beliau sepanjang berada di tampuk kepimpinan dalam kerajaan selama ini.

Isu pendidikan, cabaran negara dibincang dengan Dewan Da'wah Islamiyah Indonesia - Fadhlina
Isu pendidikan dan cabaran membina negara khususnya mempertahankan nilai, moral dan agama dibincangkan antara KPM dan Dewan Da'wah Islamiyah Indonesia.

Konsep Islam dan kesederhanaan fokus utama Simposium Antarabangsa MADANI
Konsep kesederhanaan dalam Islam menjadi antara fokus utama perbincangan Simposium Antarabangsa MADANI anjuran Universiti Islam Malaysia (USIM) pada 3 dan 4 Julai ini.

Serangan Balai Polis Ulu Tiram: ABIM gesa rakyat bertenang, serah siasatan kepada PDRM
ABIM menggesa rakyat untuk bertenang dan menyerahkan sepenuhnya siasatan serta tindakan kepada PDRM serta pihak berkuasa berkaitan.

Telaga tiub undang risiko mendapan tanah di Kelantan - ABIM
ABIM Kelantan melahirkan rasa kebimbangan terhadap fenomena penggalian telaga tiub di negeri ini yang dikhuatiri boleh mengundang risiko berlakunya mendapan tanah.

KPM akan umum pengambilan guru baharu dalam masa terdekat
Kementerian Pendidikan (KPM) akan membuat pengumuman berhubung pengambilan guru baharu dalam masa terdekat, kata Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek.

Resolusi UNSC mengenai tahanan mesti libatkan tahanan Palestin dipenjara Israel - ABIM
Resolusi Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (UNSC) mengenai gencatan senjata dan pembebasan tahanan mesti dilihat dalam dimensi yang menyeluruh.