KUALA LUMPUR: Pelaksanaan penyasaran subsidi diesel yang bermula Isnin dilihat berupaya memberi isyarat jelas kepada pelabur dan badan antarabangsa bahawa Malaysia serius terhadap pembaharuan ekonomi serta pengagihan sumber yang lebih cekap, menurut pakar.
Malah Pensyarah Kanan Fakulti Perniagaan dan Ekonomi Universiti Malaya, Nur Hairani Abd Rahman menyifatkan keputusan kerajaan itu merupakan satu langkah penting yang tidak berani dilakukan mana-mana pemimpin terdahulu memandangkan ia merupakan isu sensitif.
Beliau berkata, hakikatnya tindakan berani itu membuktikan komitmen kerajaan terhadap tanggungjawab fiskal dan kelestarian ekonomi negara untuk jangka panjang.
"Langkah ini dapat membantu mengurangkan defisit bajet dan mengalihkan dana ke sektor ekonomi yang lebih produktif atau menyokong pembangunan sosial negara dengan menyalurkan dana itu kepada sektor-sektor sosial seperti kebajikan, pendidikan dan kesihatan.
"Bagaimanapun, kerajaan perlu mengurus peralihan ini dengan berhati-hati untuk mengelakkan reaksi balas khususnya negatif atau ketidakpuasan hati daripada orang ramai, kerana harga bahan api secara langsung (akan) mempengaruhi kos sara hidup," katanya kepada Bernama.
Nur Hairani berkata, pemindahan tunai dan pemberian subsidi bersasar menerusi kaedah fleet card kepada populasi yang paling terdedah adalah langkah yang berupaya mengurangkan impak serta kesan tidak langsung atau luar jangka susulan pelaksanaan penyasaran subsidi diesel.
Pakar ekonomi, Prof Emeritus Barjoyai Bardai berpandangan, penyasaran subsidi diesel bermula Isnin mungkin satu langkah awal atau projek rintis kerajaan ke arah sesuatu yang lebih besar iaitu rasionalisasi subsidi petrol.
Provos Universiti Sains dan Teknologi Malaysia itu berkata, penyasaran subsidi yang hanya melibatkan diesel selain pengecualian kepada Sabah dan Sarawak membuktikan kerajaan berhati-hati dan tidak gopoh dalam pelaksanaan rasionalisasi subsidi.
"Jadi saya kira ini satu eksperimen, yang hasil atau model pelaksanaannya kerajaan boleh jadikan panduan sekali gus akan punya lebih pengalaman untuk laksanakan penjimatan atau hapus subsidi petrol yang pastinya lebih rumit dengan impak kos lebih tinggi," katanya.
Ditanya mengenai dakwaan sesetengah pihak bahawa pelaksanaan penyasaran subsidi kerajaan berkuat kuasa hari ini sebagai 'pra-matang' Barjoyai berkata, pada hakikatnya perancangan untuk menghapuskan subsidi petroleum itu sudah 'tertangguh' sejak lebih 16 tahun lepas.
"Tak perlu tunggu lagi kononnya bila masa terbaik, kita tidak perlu bersikap idealistik dan menanti sistem serta masa yang terbaik, sebaliknya laksanakan sahaja dahulu dan secara beransur-ansur akan menjadi satu sistem komprehensif serta lengkap," katanya.
Sementara itu, penganalisis ekonomi, Asisten Prof Abu Sofian Yaacob berharap syarikat besar yang mungkin terkesan dengan pelaksanaan penyasaran subsidi diesel agar mempunyai sifat lebih bertanggungjawab memainkan peranan membantu kerajaan.
"Maksud saya bantu kerajaan itu ialah jangan naikkan harga, jangan ambil kesempatan.. Syarikat-syarikat ini sudah ada margin keuntungan mereka sendiri, pada saya sekiranya terdapat pun kenaikan kos, mungkin kurang daripada 30 peratus.
"Jadi boleh kiranya pemain industri berkaitan serap dahulu kos kenaikan itu, kerana untung tetap ada cuma marginnya sahaja berkurang sedikit," katanya.
Pada masa sama beliau berharap agar penjelasan yang lebih menyeluruh diberi kepada rakyat berkenaan pelaksanaan penyasaran subsidi diesel terutama mengenai pihak mana atau siapa yang layak dan tidak lagi layak mendapatkan manfaat berkenaan.
Beliau turut mencadangkan agar Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna mewujudkan badan khas bagi menguruskan secara khusus hal-hal serta aduan berkait pencatutan susulan pelaksanaan penyasaran subsidi diesel.
Pada Ahad, Menteri Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan mengumumkan bermula Isnin, harga diesel di semua stesen runcit Semenanjung ditetapkan pada kadar RM3.35 bagi setiap liter iaitu harga pasaran tanpa subsidi berdasarkan purata bulan Mei 2024 mengikut formula Mekanisme Harga Automatik.
Beliau berkata, penetapan harga dan pelaksanaan subsidi diesel secara bersasar dapat memberikan penjimatan sebanyak RM4 bilion setahun di samping mengukuhkan kedudukan kewangan negara untuk jangka masa panjang.
Amir Hamzah berkata, untuk tempoh seterusnya harga diesel akan diumumkan setiap minggu mengikut amalan semasa Kementerian Kewangan, dan kerajaan akan terus memantau keadaan bagi mengelak ketidakstabilan harga.
Bagaimanapun, penyasaran itu tidak melibatkan pengguna di Sabah dan Sarawak. - BERNAMA
Bernama
Mon Jun 10 2024
![Penyasaran subsidi diesel langkah berani kerajaan terhadap kelestarian ekonomi - Pakar Penyasaran subsidi diesel langkah berani kerajaan terhadap kelestarian ekonomi - Pakar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/51717944801_TBDIESEL.jpg)
Pakar ekonomi, Barjoyai Bardai berpandangan, penyasaran subsidi diesel bermula Isnin mungkin satu langkah awal atau projek rintis kerajaan ke arah sesuatu yang lebih besar iaitu rasionalisasi subsidi petrol. - Gambar hiasan/BERNAMA
![Lima peratus daripada 8,529 KRT seluruh negara pasif Lima peratus daripada 8,529 KRT seluruh negara pasif](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81739061875_HasnolZamZambinH.jpg)
Lima peratus daripada 8,529 KRT seluruh negara pasif
JPNIN mengesan sebanyak lima peratus daripada 8,529 KRT yang berdaftar di seluruh negara didapati tidak lagi aktif.
![Mangsa insiden tembakan di pusat beli-belah Setia Alam stabil - KP Selangor Mangsa insiden tembakan di pusat beli-belah Setia Alam stabil - KP Selangor](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81738663971_HusseinOmarKhan.jpg)
Mangsa insiden tembakan di pusat beli-belah Setia Alam stabil - KP Selangor
Mangsa kini ditempatkan di Hospital Tengku Ampuan Rahimah dan dia stabil.
![Piala FA: Gol Mitoma pastikan Brighton bangkit singkir Chelsea Piala FA: Gol Mitoma pastikan Brighton bangkit singkir Chelsea](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739061520_tbKaoruMitomaEngl.jpg)
Piala FA: Gol Mitoma pastikan Brighton bangkit singkir Chelsea
Kaoru Mitoma muncul wira dengan menjaringkan gol kemenangan untuk membawa The Seagulls ke pusingan kelima.
![Kumpulan pendatang protes dasar imigresen Trump Kumpulan pendatang protes dasar imigresen Trump](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51739058594_tbDemonstratorspro.jpg)
Kumpulan pendatang protes dasar imigresen Trump
Kumpulan penunjuk perasaan berkumpul di luar Kelab Golf Antarabangsa Trump pada Sabtu bagi membantah dasar imigresen Presiden Donald Trump.
AWANI Ringkas: Polis giat kesan suspek warga tempatan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
#Ringkas 9 Februari 2025 | 9 AM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 pagi, 9 Februari 2025
1️⃣ Polis giat kesan suspek warga tempatan
2️⃣ 2,076 individu sertai program pemulihan MAIS
3️⃣ Lebih banyak bantuan dalam Belanjawan Singapura
#awaniringkas
1️⃣ Polis giat kesan suspek warga tempatan
2️⃣ 2,076 individu sertai program pemulihan MAIS
3️⃣ Lebih banyak bantuan dalam Belanjawan Singapura
#awaniringkas
![Bomoh ditahan pos mayat bayi kepada pelancong China Bomoh ditahan pos mayat bayi kepada pelancong China](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739059161_Bomohkantoiposmay.jpg)
Bomoh ditahan pos mayat bayi kepada pelancong China
Pol yang ditahan polis memberitahu dia merupakan seorang bomoh sihir dan mengaku boleh bercakap dengan roh orang mati.
![Pemimpin Afrika berhimpun di Tanzania bincang konflik timur Congo Pemimpin Afrika berhimpun di Tanzania bincang konflik timur Congo](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51739055880_tbCongoconflictD.jpg)
Pemimpin Afrika berhimpun di Tanzania bincang konflik timur Congo
Pemimpin beberapa negara Afrika berhimpun di Tanzania dalam usaha menamatkan pertempuran di timur Congo.
Pemimpin tertinggi Iran bertemu pemimpin kanan Hamas di Tehran
Pemimpin Tertinggi Iran, Ayatollah Ali Khamenei bertemu dengan pemimpin kanan Hamas yang sedang dalam lawatan ke Tehran, pada Sabtu dan membincangkan perkembangan terkini di Gaza dan isu berkaitan.
Angka korban di seluruh Gaza meningkat kepada 48,181
Sumber perubatan di Semenanjung Gaza melaporkan pada Sabtu bahawa angka korban telah meningkat kepada 48,181 orang, sebahagian besarnya wanita dan kanak-kanak, sejak permulaan serangan tentera Israel pada 7 Okt 2023.
![Penyasaran subsidi diesel: MOF teliti cadangan, rayuan petani Cameron Highlands Penyasaran subsidi diesel: MOF teliti cadangan, rayuan petani Cameron Highlands](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/71718354715_LimHuiYing.jpg)
Penyasaran subsidi diesel: MOF teliti cadangan, rayuan petani Cameron Highlands
Kementerian Kewangan akan meneliti cadangan pengusaha dan pekebun sayur di Cameron Highlands susulan pelaksanaan penyasaran subsidi diesel.
![Subsidi diesel: KPDN siasat pihak industri naik harga perkhidmatan - Armizan Subsidi diesel: KPDN siasat pihak industri naik harga perkhidmatan - Armizan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-02/51708410391_ArmizanMohdAli.jpg)
Subsidi diesel: KPDN siasat pihak industri naik harga perkhidmatan - Armizan
Siasatan pertama akan melibatkan sektor yang tidak termasuk dalam 33 jenis pengangkutan awam dan barangan.
![Subsidi diesel: Guna data pendaftaran kenderaan milik B40, M40 antara cadangan MCW Subsidi diesel: Guna data pendaftaran kenderaan milik B40, M40 antara cadangan MCW](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/81704014489_TBDiesel.jpg)
Subsidi diesel: Guna data pendaftaran kenderaan milik B40, M40 antara cadangan MCW
MCW turut cadang menggunakan MyKad atau ID kebangsaan untuk memastikan pemilik yang layak sahaja dapat membeli diesel bersubsidi.