KUALA LUMPUR: Peranan Malaysia dalam perdagangan gas asli cecair (LNG) di peringkat global dijangka terus berkembang apabila Petronas meningkatkan pelaburan dalam projek-projek LNG di luar negara, didorong oleh prospek pertumbuhan permintaan global jangka panjang.
BMI, sebuah syarikat Fitch Solutions, menjangka perniagaan perdagangan LNG Malaysia akan terus berkembang berikutan Petroliam Nasional Bhd (Petronas) berusaha untuk meningkatkan portfolio LNG di peringkat global melalui pelaburan dalam projek-projek LNG di luar negara.
"Petronas telah melabur dalam projek Gladstone di Australia dan LNG Kanada. Pelaburan asing terkini Petronas dalam projek LNG di luar negara sebanyak 15 peratus untuk penyertaan ekuiti dalam kontrak pengeluaran dan perkongsian (PSC) Masela, yang termasuk projek LNG Abadi sebanyak 9.5 juta tan setahun (mtpa) di Indonesia.
"Kerajaan Indonesia meluluskan pelan pembangunan Masela pada Disember 2023 serta Petronas dan rakan kongsinya masih belum membuat keputusan pelaburan muktamad (mengenai projek LNG Abadi)," katanya dalam nota semalam.
Pada September 2022, Petronas menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) dengan YPF milik Argentina untuk membangunkan projek LNG 5.0 mtpa di Bahia Blanca dalam fasa pertama.
Pada September 2023, pemain swasta Malaysia, Bumi Armada, telah menandatangani perjanjian dengan anak syarikat perdagangan gas asli Pertamina, PT Davenergy Mulia Perkasa, untuk sama-sama membangunkan projek LNG terapung menggunakan gas suapan dari Madura dan kawasan sekitarnya di Indonesia.
Bagaimanapun, katanya pelan pelaburan itu berada di peringkat awal pembangunan dan belum mencapai kemajuan lebih lanjut.
Menurut BMI, Petronas juga menyasarkan untuk memasuki China dan pasaran sedang pesat membangun yang lain, beralih tumpuan daripada Jepun kerana pasaran ini menjadi semakin penting kepada Petronas untuk mengekalkan eksport LNG.
"China kini secara meluas dianggap sebagai pasaran LNG yang berkembang pesat dan masih menawarkan peluang yang besar untuk eksport LNG.
"Pada akhir April 2024, Malaysia mempunyai bahagian pasaran yang terhad dalam pasaran LNG China, menyumbang 11.5 peratus daripada jumlah import LNG China, yang jauh lebih rendah berbanding negara-negara lain, Australia (32.5 peratus) dan Qatar (25.9 peratus)," katanya.
Petronas kini hanya mempunyai satu perjanjian jual beli (SPA) LNG jangka panjang dengan China National Offshore Oil Corporation (CNOOC) selepas SPA dengan JOVO Energy tamat pada 2023.
Sejak 2021, Malaysia telah mengeksport LNG ke China pada kadar 150-190 peratus lebih tinggi daripada jumlah yang ditetapkan, merapatkan jurang dengan Jepun.
"Selain China, Petronas mempunyai kontrak jangka panjang selama 15 tahun dengan PTT Thailand untuk 1.2 mtpa. Eksport LNG ke Thailand boleh meningkat berikutan minat Thailand terhadap LNG semakin meningkat dan PTT sedang menambah kapasiti pengegasan semula LNG.
"Petronas telah mengeksport LNG ke Taiwan (Tanah Besar China), Bangladesh, Singapura dan Pakistan. Petronas telah memasuki Filipina pada 2023 dan Vietnam boleh menjadi sasaran pasaran LNG yang seterusnya, membolehkannya meningkatkan kedudukannya dalam pasaran LNG," menurut BMI.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Jul 19 2024
Pada September 2023, Bumi Armada menandatangani perjanjian dengan PT Davenergy Mulia Perkasa untuk sama-sama membangunkan projek LNG terapung menggunakan gas suapan dari Madura dan kawasan sekitarnya di Indonesia. - Gambar fail/Petronas
Elon Musk belanja lebih RM1.3 bilion untuk Pilihan Raya Presiden AS 2024
'Pelaburan' Musk telah memberikannya akses tanpa precedent (duluan) kepada pentadbiran baharu Presiden AS.
Netanyahu bertemu Trump di Washington pada Selasa - Pejabat PM Israel
Ini menjadikan Netanyahu sebagai pemimpin dunia pertama yang mengadakan pertemuan rasmi dengan Trump sejak pelantikannya sebagai Presiden AS.
Menteri Pertahanan Jerman tolak cadangan kenaikan perbelanjaan pertahanan NATO
Boris Pistorius berkata beliau tidak menyokong cadangan Presiden AS Donald Trump untuk menaikkan perbelanjaan pertahanan dalam NATO.
Banjir Sarawak: Parlimen Sibuti rekod banjir terburuk dalam sejarah - Lukanisman
Jumlah keseluruhan mangsa yang berlindung di seluruh 62 PPS di seluruh Sarawak adalah 12,101 orang sehingga jam 6.30 pagi Ahad.
Negara Arab tolak rancangan Trump pindahkan penduduk Gaza
Mesyuarat menteri enam negara Arab di Kaherah menolak sebarang rancangan untuk memindahkan penduduk Palestin dari Gaza dan Tebing Barat.
Penduduk diminta berpindah susulan amaran banjir di utara Australia
Pihak berkuasa mengeluarkan amaran kecemasan dan menggesa penduduk mempertimbangkan untuk berpindah susulan banjir.
1 maut, 11 hilang kenderaan terjunam ke dalam terusan di Haryana, India
Seorang maut manakala 11 lagi dilaporkan hilang selepas sebuah kenderaan terjunam ke dalam Terusan Bhakra.
Bekas Presiden Jerman Horst Kohler meninggal dunia pada usia 81 tahun
Bekas Presiden Jerman Horst Kohler meninggal dunia pada Sabtu pada usia 81 tahun selepas mengalami sakit dalam tempoh singkat.
Perdagangan Uzbekistan-Malaysia meningkat kepada AS$102.4 juta pada 2024
Eksport meningkat 1.3 kali ganda, manakala import meningkat 1.6 kali ganda, mencerminkan minat bersama yang semakin meningkat dalam perdagangan.
Komuniti antarabangsa kutuk rejim tentera Myanmar pada ulang tahun rampasan kuasa
Rejim tentera didesak supaya meredakan konflik, memastikan akses kemanusiaan tanpa halangan serta mengutamakan perlindungan orang awam.
Perdagangan LNG Malaysia dijangka terus berkembang susulan Petronas tingkat pelaburan luar negara
BMI menjangka perniagaan perdagangan LNG Malaysia terus berkembang susulan Petronas berusaha meningkatkan portfolio LNG di peringkat global.
GLC, GLIC disaran kurangkan pelaburan di luar negara - Anwar
Perdana Menteri meminta syarikat pelaburan berkaitan kerajaan (GLIC) dan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) mengurangkan pelaburan di luar negara.