KUALA LUMPUR: Penggunaan teknologi kewangan (fintech) perlu dipertingkatkan untuk memacu pemulihan ekonomi yang lebih inklusif berikutan pembiayaan akan menjadi lebih mudah diakses oleh kumpulan berpendapatan rendah serta perniagaan mikro dan kecil.
Ketua Pegawai Eksekutif Technology Park Malaysia (TPM) Dzuleira Abu Bakar berkata masa depan inovasi teknologi perlu menjadi yang membolehkan keterangkuman kewangan yang lebih baik yang juga mempunyai kuasa untuk meningkatkan pertumbuhan ekonomi dan menyokong inovasi perindustrian.
Katanya aspek penting untuk difahami ialah penggunaan fintech dalam kebanyakan perniagaan harian memainkan peranan penting dalam keterangkuman kewangan berikutan lebih banyak isi rumah kini tergolong dalam kategori B50, kumpulan berpendapatan rendah baharu.
"Ia menggembirakan apabila mengetahui sebanyak 30 unit bank mudah alih dijangka dilancarkan di 250 daerah kecil di Malaysia yang dikenal pasti sebagai tidak mempunyai akses atau mempunyai akses yang tidak mencukupi kepada perkhidmatan perbankan asas dalam usaha untuk meningkatkan keterangkuman kewangan.
"Ini semua hanya menjadi mudah melalui penggunaan teknologi secara meluas," katanya pada sesi ceramah teknologi pada Minggu MyFintech 2022 secara maya hari ini.
Sementara itu, Dzuleira berkata skor Indeks Inovasi Global Malaysia menunjukkan trajektori menurun pada 2021 apabila negara berada di kedudukan 36 daripada 132 negara berbanding 33 pada 2020.
"Dari aspek positif, laporan itu menunjukkan Malaysia mencatatkan prestasi yang lebih baik dalam output inovasi berbanding input inovasi pada 2021 dan ini menunjukkan bahawa kita secara berperingkat menjana hasil daripada aktiviti inovatif dalam negara yang lebih baik," katanya.
Mengenai perkembangan lain, Dzuleira berkata penggabungan antara TPM dan Pusat Inovasi dan Kreativiti Global Malaysia (MaGIC) baru-baru ini untuk membentuk Malaysian Research Accelerator for Technology and Innovation (MRANTI) akan membantu mengkomersialkan inovasi untuk menjadikannya lebih mampu milik dan mudah diakses.
"Penggabungan kedua-dua agensi itu dilakukan untuk memacu teknologi dan pengkomersialan dengan matlamat utama untuk memacu pulangan ke atas idea yang lebih tinggi," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Jan 25 2022

DZULEIRA: penggunaan fintech dalam kebanyakan perniagaan harian memainkan peranan penting dalam keterangkuman kewangan berikutan lebih banyak isi rumah kini tergolong dalam kategori B50. - Foto Facebook

Trump arah kawalan lebih ketat ke atas agensi kawal selia bebas
Menurut Trump, adalah menjadi dasar cabang eksekutif untuk memastikan pengawasan dan kawalan presiden ke atas keseluruhan cabang eksekutif.
'Flat' Chow Kit digempur, 124 pati dicekup
Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) menahan 124 pendatang tanpa izin dalam serbuan di sebuah bangunan rumah flat 14 tingkat di Jalan Haji Hussein, Chow Kit awal pagi rabu. Pengarah JIM Kuala Lumpur Wan Mohamed Saupee Wan Yusoff berkata 84 warga Indonesia, Bangladesh (17), Pakistan (14), Nepal (4), India (3) dan Myanmar (2) ditahan kerana disyaki tinggal di negara ini tanpa permit sah dan melebihi masa yang ditetapkan. #AWANInews
100,000 rakyat Sabah terima bantuan tunai RM300 sebulan
Sebanyak 100,000 rakyat Sabah bakal menerima manfaat Program Sentuhan Kasih Rakyat (SYUKUR) menerusi bantuan tunai RM300 sebulan. Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor, memaklumkan bahawa bantuan ini diberikan setiap bulan sehingga 31 Disember 2025 kepada penerima yang layak. #AWANInews

ACLE: Arif Aiman hanya kurang satu gol di belakang Cristiano Ronaldo
PENYERANG sensasi Johor Darul Ta'zim (JDT), Arif Aiman Hanapi, telah mengumpul lima gol dan dua bantuan jaringan daripada lapan perlawanan Liga Juara-Juara Asia Elit (ACLE) setakat ini.
31 negara dilawati, kos perbelanjaan RM16 juta
Sebanyak 31 negara sudah dilawat oleh Perdana Menteri dalam lawatan kerjanya antara November lalu sehingga Februari ini dengan jumlah perbelanjaan sebanyak RM16 juta. #AWANInews

Kanak-kanak kritikal selepas tercekik gula-gula kenyal
Seorang murid Tahun Lima dilaporkan kritikal di Hospital Pulau Pinang (HPP) selepas dipercayai tercekik gula-gula kenyal berbentuk mata dalam kejadian pada petang Selasa.

Polis rampas 102 tan dadah, racun bernilai RM1.67 bilion sejak Mac 2024
Sebanyak 102 tan pelbagai dadah dan racun dianggar bernilai RM1.67 bilion dirampas dalam operasi dan serbuan di seluruh negara yang dijalankan sejak Mac 2024 hingga Ahad lepas.

Rusuhan bola sepak di Indonesia, penonton bertindak bakar padang
Rusuhan bola sepak di Indonesia, penonton bertindak bakar padang
NASA naiikkan kemungkinan asteroid langgar bumi kepada 3.1 peratus
NASA meningkatkan kemungkinan asterod 2024 YR4 melanggar bumi kepada 3.1 peratus dan dijangka berlaku pada tahun 2032.
Pope Francis disahkan hidap radang paru-paru
Pope Francis disahkan mengidap radang paru-paru selepas dimasukkan ke hospital di Rom sejak Jumaat.

Tingkatkan minat orang muda terhadap STEM - CEO MRANTI
Malaysia perlu berusaha meningkatkan minat generasi muda terhadap Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM).

Pertingkat penggunaan fintech untuk pacu pemulihan ekonomi inklusif - CEO TPM
Masa depan inovasi teknologi perlu menjadi yang membolehkan keterangkuman kewangan yang lebih baik.

NTIS terima pendaftaran 1,200 syarikat sejak pelancaran pada Jun
Daripada jumlah itu sebanyak 200 permohonan melepasi kriteria ditetapkan dan kini dalam peringkat penilaian.