UTAMAMALAYSIADUNIAPOLITIKVIDEOHIBURANSUKANGAYA HIDUPBISNESENGLISHPODCASTFOTORANCANGANTEKNOLOGI

Pertumbuhan sektor hartanah terus berdepan cabaran

Sektor hartanah dijangka kekal mencabar dengan isu-isu seperti kemampuan, dasar-dasar dan lebihan penawaran.

Dagang News
Tue Oct 05 2021
Pertumbuhan sektor hartanah terus berdepan cabaran
Cabaran utama sektor berkenaan adalah pada tahun kewangan 2022 apabila diskaun Kempen Pemilikan Rumah (HOC) ditamatkan. - Gambar hiasan
KUALA LUMPUR:
Sektor hartanah dijangka kekal mencabar dengan isu-isu seperti kemampuan, dasar-dasar dan lebihan penawaran.

Kenanga Investment Bank Berhad dalam nota penyelidikannya berkata, walaupun penilaian sektor tersebut rendah, pertumbuhan pendapatan yang mapan dalam keseluruhan sektor masih juga dilihat masih kurang untuk penilaian semula dilakukan.

Katanya, walaupun jumlah jualan yang dilaporkan pemaju sehingga kini adalah memberangsangkan, cabaran utama sektor berkenaan adalah pada tahun kewangan 2022 apabila diskaun Kempen Pemilikan Rumah (HOC) ditamatkan.

"Kecuali HOC dilanjutkan lagi, duti setem yang ketika ini dikecualikan akan dikenakan semula, bagi hartanah bernilai RM300,00 hingga RM1 juta, ia akan mengakibatkan kos tambahan sebanyak 2.1% hingga 2.9% iaitu sekitar RM6,350 hingga RM28,500).

"Jika mengikut trend penjualan kereta yang bermula dengan ketara selepas cuti cukai GST pada Jun 2018 hingga Ogos 2018, kami berpendapat bahawa kebanyakan pembeli rumah kemungkinan akan merebut peluang untuk membeli hartanah pada akhir tahun dan penjualan harta tanah kemungkinan akan berakhir tahun depan," katanya dalam nota penyelidikannya di sini pada Isnin.

Tambahnya, disebalik pelaksanaan kawalan pergerakan penuh pada Jun, pemaju perumahan masih boleh mencapai sasaran jualan yang ditetapkan pada awal tahun kecuali MRCB Bhd.

"Malah, Ecoworld dan Sunway berjaya melepasi sasaran awal jualan dengan Ecoworld mencatatkan jualan kukuh sebanyal RM3.1 bilion sehingga 10 bulan pertama tahun kewangan 2022 disumbangkan oleh aktiviti promosi dalam talian yang giat dijalankan.

"Sunway juga mencatat jualan kukuh sebanyak RM1.6 bilion bagi suku pertama dipacu oleh tiga projek di Singapura dengan nilai pembangunan kasar berjumlah RM2.5 bilion," katanya.

Sementara itu Kenanga juga berkata UEM Sunrise, Mah SIng, UOA Development dan Sunway mungkin mengalami kesukaran untuk menjual unit bertingkatnya di Kuala Lumpur dan Selangor didorong oleh persaingan yang semakin meningkat dari unit tidak terjual serta pelancaran projek baharu.

"Kami percaya untuk mendorong penjualan, margin pembangunan harus dikorbankan sama ada melalui diskaun yang lebih tinggi atau melalui produk yang lebih baik," katanya.

* Artikel asal disiarkan di DagangNews.com.

#Kenanga Investment Bank Berhad#sektor hartanah#mencabar#kempen pemilikan rumah
ATC 2025: Skuad Malaysia capai sasaran pingat

ATC 2025: Skuad Malaysia capai sasaran pingat

Sebelum ini, Mohd Harnizam meletakkan sasaran tiga pingat tanpa mengira warna bagi kejohanan itu.
Persatuan Pandu Puteri lahirkan pemimpin bermoral tinggi - Tunku Azizah

Persatuan Pandu Puteri lahirkan pemimpin bermoral tinggi - Tunku Azizah

Baginda bertitah, pengadaptasian sahsiah nilai murni tidak boleh dipandang mudah kerana ia melengkapkan kriteria sebagai seorang pemimpin.
Ibu tiga anak maut, dipercayai dibunuh kekasih

Ibu tiga anak maut, dipercayai dibunuh kekasih

Dalam kejadian itu, mangsa yang menyewa di rumah dua tingkat itu bersama kekasihnya sejak lima bulan lalu, ditemukan terbaring atas katil.
ATC 2025: Sawda pecah rekod remaja Asia, raih emas ujian masa 1km

ATC 2025: Sawda pecah rekod remaja Asia, raih emas ujian masa 1km

Sawda mencatatkan satu minit 10.818s untuk memperbaharui rekod yang dicipta atlet Taiwan Liu Shang Ying (1:12.722s) pada pusingan kelayakan.
FAMA tingkat 30 peratus bekalan kelapa di seluruh negara

FAMA tingkat 30 peratus bekalan kelapa di seluruh negara

Abdul Rashid berkata masalah kekurangan bekalan kelapa bukan hanya berlaku di Malaysia, malah di seluruh dunia berikutan musim melawas.
KPKT sasar bina 112 Taman Rekreasi MADANI tahun ini

KPKT sasar bina 112 Taman Rekreasi MADANI tahun ini

Ia termasuk pembinaan lapan TRM yang akan dibangunkan di Selangor melibatkan peruntukan RM4 juta.
Landskap penyiaran Pakistan berdepan cabaran getir

Landskap penyiaran Pakistan berdepan cabaran getir

Untuk menangani isu itu, penyiar mesti mengutamakan ketepatan dan pengesahan sebelum menyiarkan sebarang maklumat kepada khalayak.
Presiden DR Congo Tshisekedi tolak dialog dengan pemberontak M23

Presiden DR Congo Tshisekedi tolak dialog dengan pemberontak M23

Felix Tshisekedi berkata, gabungan kerajaannya tidak seharusnya terpengaruh oleh ketegangan dalaman dan manipulasi dari luar.
Konflik Rusia-Ukraine boleh berakhir 'minggu ini' - Jurucakap Rumah Putih

Konflik Rusia-Ukraine boleh berakhir 'minggu ini' - Jurucakap Rumah Putih

Donald Trump yakin dengan keupayaannya untuk merundingkan perjanjian dengan Rusia bagi menamatkan konflik Ukraine.
Tumpuan Isnin – 24 Februari 2025

Tumpuan Isnin – 24 Februari 2025

Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.