Cabang pengeluaran dan pemasaran minyak pelincir global Petronas, Petronas Lubricants International Sdn Bhd (PLI), bersedia untuk menerajui pasaran minyak pelincir Malaysia, dengan memanfaatkan kemajuan teknologi yang terdapat dalam produk terkininya, Petronas Sprinta dengan Ultraflex.
Menurut kajian, Petronas Sprinta dengan Ultraflex, minyak motosikal baharu, mampu memberi perlindungan enjin sehingga 41 peratus lebih daripada yang ditetapkan dan menghalang masalah minyak apabila terdedah kepada suhu tinggi 150 darjah Celcius.
Rangkaian baru minyak pelincir Petronas Sprinta itu akan boleh didapati di peringkat global, secara berperingkat-peringkat, mulai suku kedua 2017 di Malaysia dan Vietnam, manakala Thailand pada suku keempat dan Indonesia tahun depan.
Ketua Rantau Asia Pasifik PLI, Mohd Khalid Mohamed Latiff berkata PLI yang kini di tempat kedua dalam pasaran minyak pelincir Malaysia, bagaimanapun, telah bersedia membina jenama untuk menjadi peneraju utama di Malaysia.
"Petronas Sprinta dengan Ultraflex berdaya saing di peringkat global, minyak pelincir canggih dan kami mahu membawanya ke pasaran Malaysia kerana yakin ia akan menjadi salah satu produk yang terbaik, (berbanding) yang terdapat di pasaran," katanya kepada pemberita di sini baru-baru ini.
Bagi pasaran Malaysia, PLI akan menawarkan empat varian, iaitu F300 mineral untuk pasaran secara meluas, F500 semi-sintetik, F700 semi-sintetik dan F900 varian sintetik sepenuhnya.
Mohd Khalid berkata PLI kini menguasai 23 peratus bahagian pasaran di Malaysia, dan minyak motosikal merupakan segmen yang belum dimanfaatkan sepenuhnya oleh syarikat.
"Banyak pertumbuhan kami di Malaysia dicapai melalui hubungan dengan pengeluar peralatan tulen (OEM) utama dan ada di antaranya dengan OEM global dan tempatan.
"Pada September tahun lepas, kami telah melancarkan minyak pelincir komersial kami, Petronas Urania, dilengkapi dengan formulasi baru. Kami menyaksikan tarikan yang sangat baik di pasaran, ini merupakan bidang pertumbuhan yang kami mahu perluaskan," kata Mohd Khalid.
Asas kedua pertumbuhan adalah melalui perwakilan PLI di kedai-kedai dan bengkel kerana ia telah menunjukkan potensi pertumbuhan yang baik dalam segmen berkenaan pada tahun lepas, katanya.
"Asas pertumbuhan ketiga ialah segmen minyak motosikal ... ini adalah segmen yang akan kami beri tumpuan kerana Petronas Sprinta dengan Ultraflex akan membantu kami di pasaran," katanya.
Mohd Khalid berkata PLI juga merancang untuk melibatkan pengguna melalui pelan pengaktifannya, melibatkan mereka yang mahu mencuba dan mengalami sendiri produk berkenaan.
PLI yang ditubuhkan pada 2008, mengeluar dan memasarkan pelbagai minyak pelincir automotif dan industri berkualiti tinggi di lebih 100 pasaran di seluruh dunia.
Beribu pejabat di Kuala Lumpur, PLI mempunyai lebih 30 pejabat pemasaran di 26 negara, dan diuruskan melalui pejabat wilayah di Kuala Lumpur, Turin, Belo Horizonte, Chicago dan Durban.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Apr 02 2017

Petronas mahu membawa Petronas Sprinta dengan Ultraflex ke pasaran Malaysia kerana yakin ia akan menjadi salah satu produk yang terbaik berbanding yang terdapat di pasaran.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.
PM tegaskan tiada syarat sokong beliau jika mahu peruntukan
Perdana Menteri menegaskan kerajaan tidak pernah menetapkan sebarang syarat yang memerlukan Ahli Parlimen pembangkang untuk menyokonh beliau sekiranya mahu mendapat peruntukan.

Malaysia buka jalur baharu dengan negara berkembang, perluas skop dagangan negara - PM
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata perubahan dalam landskap geopolitik dunia pada masa ini memerlukan penyesuaian dalam strategi perhubungan antarabangsa.

Peningkatan mendadak kanser hati di Malaysia cetus kebimbangan, hati berlemak punca utama
Peningkatan mendadak kes kanser hati di Malaysia telah mencetuskan kebimbangan serius dalam kalangan pakar kesihatan, dengan penyakit hati berlemak menjadi penyebab utama.

Malaysia, Bahrain bersedia teroka bidang kerjasama baharu - PM Anwar
Malaysia dan Bahrain bersedia untuk meneroka bidang kerjasama baharu termasuk dalam sektor semikonduktor, berikutan ulang tahun ke-50 hubungan diplomatik kedua-dua negara tahun lepas.

Pelan Hala Tuju Gas Asli: Ini 4 cabaran utama pelaksanaan
Pelaksanaan Pelan Hala Tuju Gas Asli yang berkesan memerlukan keseimbangan dan pendekatan kolaboratif bagi menangani cabaran utama dalam industri ini.

Apa peluang dagangan baharu untuk Thailand dan Malaysia?
Malaysia dan Thailand memiliki kelebihan tersendiri dalam sektor tertentu yang boleh saling melengkapi.

Malaysia kekal pendirian berkecuali, tidak babit dalam saingan kuasa besar - PM Anwar
Anwar berkata Malaysia juga menolak sebarang tekanan ekonomi dan tindakan unilateral yang boleh menjejaskan kestabilan serantau.

Diplomasi Filem ASEAN: Merentas sempadan - Dari Putrajaya ke Nusantara
BCCIC percaya kerjasama di antara negara mampu memposisikan jenama Borneo dalam peta dunia perfileman, berasaskan ciri-ciri tempatan yang unik dan istimewa.

CAAM pacu pendigitalan untuk masa depan ruang udara lebih selamat
CAAM terus memperkasakan kedudukannya sebagai pengawal selia proaktif dalam industri penerbangan awam menerusi pelaksanaan Pelan Strategik Pendigitalan (DSP) 2024-2028.

Ekonomi Malaysia 2025 dijangka kukuh, ini 7 faktor pemacu pertumbuhan
Dengan beberapa langkah strategik kerajaan dan peranan sebagai Pengerusi ASEAN, ekonomi Malaysia dijangka berkembang pesat walaupun berdepan cabaran global.

Hubungan diplomatik Cuba-Malaysia terbina atas dasar hormat, persahabatan
Kedutaan Cuba di Malaysia menegaskan keakraban persahabatan serta saling menghormati yang menjadi asas kepada hubungan kedua-dua negara sejak ia terjalin pada 6 Feb 1975.