Petroliam Nasional Bhd (Petronas) telah menerbitkan laporan Unjuran Aktiviti Petronas (PAO) untuk tahun 2018-2020, bagi berkongsi perspektif dalam arah aliran industri, jangkaan permintaan termasuk aktiviti-aktiviti yang dirancang bagi tempoh tiga tahun akan datang.
Petronas dalam satu kenyataan, berkata laporan itu bertujuan untuk meningkatkan aliran maklumat pasaran, sebagai sebahagian daripada usaha untuk mempromosi dan menggalakkan sektor perkhidmatan serta minyak dan gas (OGSE) yang lebih berdaya tahan dan berdaya maju.
"Sejak beberapa tahun lepas, aktiviti dalam industri ini mula berkurangan berikutan kejatuhan harga minyak.
"Selepas pengurangan pengeluaran minyak pada kira-kira 1.8 juta tong sehari oleh Pertubuhan Negara-Negara Pengeksport Petroleum (OPEC), harga kekal dalam jajaran US$50 - US$60 setong," katanya.
Laporan itu menekankan peluang-peluang yang mampu diwujudkan oleh Kompleks Bersepadu Pengerang (PIC), salah satu pembangunan industri minyak dan gas (OG) yang terbesar di rantau ini dan pelaburan hiliran yang terbesar oleh syarikat itu, sehingga sekarang.
"PIC, yang akan memulakan operasi pada 2019, dijangka menjadi pemangkin untuk pertumbuhan. Disebabkan oleh saiz kompleks tersebut, aktiviti-aktivitinya dijangka berganda, sebaik sahaja memulakan operasi.
"Adalah dianggarkan bahawa dalam tempoh lima hingga 10 tahun, Kompleks ini akan mendorong pembangunan bandar-bandar baharu dengan limpahan aktiviti-aktiviti yang memanfaatkan masyarakat setempat," katanya.
Naib Presiden Perolehan Kumpulan Petronas, Samsudin Miskon, berkata ketidaktentuan dalam sektor OG terus membimbangkan, oleh itu ia adalah penting bagi pemain industri untuk memahami trend utama sebagai satu barometer bagi industri.
"Usaha-usaha Petronas untuk menangani ketidakpastian adalah dengan mendorong ketelusan maklumat yang akan membantu memberi keseimbangan semula kepada aktiviti pasaran.
"Ini akan memberikan impak positif ke atas ekosistem sokongan seperti pelaburan dan pembiayaan, yang penting dalam mempromosikan sektor OGSE yang berkembang maju," katanya.
Bernama
Mon Dec 04 2017

Ketidaktentuan dalam sektor OG terus membimbangkan, oleh itu ia adalah penting bagi pemain industri untuk memahami trend utama sebagai satu barometer bagi industri. - Gambar fail
Jenazah ADUN Ayer Kuning selamat dikebumikan
Jenazah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ayer Kuning Ishsam Shahruddin, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Rapat Setia, Ipoh pada 10.40 pagi ini
[TERKINI] SPRM tahan empat pegawai ada kaitan PM ke-9
SPRM menahan empat pegawai yang mempunyai kaitan dengan Perdana Menteri ke-9 dan mendapatkan perintah reman di Mahkamah Putrajaya.
Dividen KWSP dijangka lebih baik bagi tahun 2024 - Amir Hamzah
Prestasi memberangsangkan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) pada suku ketiga tahun lepas dijangka memberi pulangan yang baik dari segi dividen kepada pencarumnya
Guru tuisyen ditemukan maut dengan kesan kelar di leher, lengan
Pemangku Ketua Polis Daerah Ipoh Supt Mohamad Sajidan Abdul Sukor berkata pengadu yang merupakan suami kepada wanita itu, membuat laporan polis berkenaan kejadian itu kira-kira 5.30 petang.
Notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning dihantar seawal Selasa - Speaker
Speaker DUN Perak akan menghantar pemakluman notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning seawal Selasa
Yellow House rasmi pembukaan premis baharu
Pertubuhan Kebajikan Masyarakat Yellow House merasmikan pembukaan premisnya yang dinaik taraf di Kampung Ampang Campuran pada Sabtu.
Polis ditembak mati lelaki bersenjata di Amerika syarikat
Tindakan suspek dipercayai berpunca daripada tindak balas mangsa yang cuba mententeramkan suspek yang sebelum itu menjadikan beberapa kakitangan sebagai tebusan di sebuah hospital.
China kesan satu lagi varian baharu koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kanak-kanak lapan tahun maut selepas bot terbalik di Panama
Menurut perkhidmatan sempadan kebangsaan Panama (Senafront), sebelum insiden, bot membawa 21 orang penumpang tersebut meneruskan perjalanan meskipun amaran cuaca buruk telah dikeluarkan.

Enam maut, bumbung pusat beli-belah runtuh di Peru
Pihak berkuasa menjelaskan bahawa struktur yang runtuh bukan sekadar kanopi ringan, sebaliknya merupakan binaan kukuh yang jatuh tepat di kawasan taman permainan kanak-kanak dalam medan selera.

Harga runcit RON97, RON95 dan diesel kekal
Harga runcit petrol RON97 dan RON95 di seluruh negara masing-masing kekal pada kadar RM3.43 dan RM2.05 seliter bagi tempoh 20 hingga 26 Feb ini.

Pasaran getah KL ditutup rendah
Pasaran getah Kuala Lumpur ditutup rendah pada Isnin, dipengaruhi oleh isyarat lemah daripada pasaran niaga hadapan serantau.

5 risiko inflasi Malaysia 2025 yang anda perlu tahu
Beberapa faktor utama boleh mempengaruhi pergerakan inflasi, terutamanya dalam konteks rasionalisasi subsidi dan tekanan permintaan.

Pasaran getah KL ditutup tinggi
Pasaran getah Kuala Lumpur ditutup tinggi hari ini, disokong oleh kebimbangan berterusan terhadap kekurangan bekalan getah asli ketika musim sejuk semakin menghampiri.

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Harga runcit RON97, RON95 dan diesel kekal
Harga runcit petrol RON97 dan RON95 di seluruh negara masing-masing kekal pada paras RM3.43 dan RM2.05 seliter bagi tempoh 6 hingga 12 Feb ini.

Harga runcit RON95 dan RON97 kekal, diesel naik lima sen di Semenanjung
Harga runcit diesel di Semenanjung naik lima sen seliter daripada RM3.13 kepada RM3.18 seliter, manakala di Sabah, Sarawak dan Labuan kekal pada paras RM2.15 seliter.

Pasaran getah ditutup rendah, jejaki pasaran serantau
Pasaran getah tempatan ditutup rendah pada Isnin, menjejaki trend dalam pasaran niaga hadapan getah serantau disebabkan peniaga dipengaruhi oleh data ekonomi China yang lemah.

Bursa Malaysia dibuka rendah
Pada 9.10 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) merosot 4.28 mata kepada 1,572.92 daripada 1,577.20 semalam.

Harga runcit RON95 kekal, RON97 dan diesel naik lima sen
Harga runcit petrol RON95 kekal pada paras RM2.05 seliter manakala harga RON97 meningkat lima sen daripada RM3.38 seliter kepada RM3.43 seliter bagi tempoh 23 hingga 29 Jan.