Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) Malaysia perlu terus berusaha menyuntik nilai tambah bagi perniagaan masing-masing serta berani menembusi segmen pasaran bernilai tinggi.
Ketika membuat gesaan itu, Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Kedua, Datuk Seri Ong Ka Chuan berkata usaha menerusi penyelidikan dan pembangunan (R&D) dan pelaksanaan teknologi juga membolehkan PKS untuk turut menyumbang kepada transformasi Malaysia menjadi sebuah negara berpendapatan tinggi.
"PKS tempatan perlu melaksanakan R&D dan teknologi serta meninjau bidang pertumbuhan baharu dalam ekonomi digital dan Revolusi Perindustrian Keempat (Industri 4.0) bagi mencatat pertumbuhan lebih mampan," katanya pada majlis perasmian Anugerah SME100 2017 di sini, Jumaat malam.
Acara tahunan itu bertujuan mengiktiraf perniagaan yang berkembang pesat dalam sektor PKS dan dianjurkan oleh majalah kewangan SME Magazine.
Mengulas selanjutnya, Ong berkata langkah kerajaan memperkenalkan Zon Perdagangan Bebas Digital (DFTZ) dan Platform Pemecut Usahawan Utama (LEAP), dapat mempertingkatkan kestabilan ekonomi serta melonjakkan kelebihan negara dari segi persaingan yang melangkaui sempadan.
"Sejajar hasrat Malaysia untuk bersaing di peringkat global, saya amat berbangga dengan kemampuan usahawan tempatan yang menyokong usaha berkenaan.
"PKS perlu melakukan inovasi berikutan perubahan pesat dunia perniagaan serta turut membantu dari segi memacu pertumbuhan ekonomi Malaysia," katanya.
Bernama
Fri Dec 08 2017
ONG: PKS tempatan perlu melaksanakan R&D dan teknologi serta meninjau bidang pertumbuhan baharu dalam ekonomi digital dan Revolusi Perindustrian Keempat (Industri 4.0) bagi mencatat pertumbuhan lebih mampan. -Gambar fail
Lelaki bakar rumah selepas bertengkar dengan isteri
Siasatan awal mendapati pelaku, Azhariansyah terlibat pergaduhan dengan isterinya, Listi Anggraeni.
AWANI Pagi: Harapan dan cabaran gencatan senjata Gaza
Fokus Awani Pagi bersama Nursyazwani Saiful Sham & Amirul Aiman melihat kepada cabaran persetujuan perjanjian gencatan senjata Israel-Hamas yang akan menamatkan perang di Gaza berpanjangan selama lebih 400 hari. Ikuti diskusi bersama penganalisis politik Sunway University, Profesor Dr. Wong Chin Huat.
PM ucap tahniah kepada Cikgu Nazmi disenarai 50 finalis Hadiah Guru Global
Keikhlasan Nazmi mendidik pelajar dengan menyuntik daya cipta dalam pendidikan di sekolah luar bandar adalah contoh kepimpinan membanggakan.
Akhyar Rashid sah milik TFC
Berita itu dikongsikan pihak pengurusan Terengganu Football Club Sdn Bhd (TFCSB) menerusi laman sosial Facebook rasmi TFC.
Warga Palestin rai pengumuman kejayaan gencatan senjata
Mereka menantikan dengan penuh debar Ahad ini di mana gencatan senjata akan mula berkuat kuasa.
Trump mahu gunakan perjanjian Gaza luaskan diplomasi
Donald Trump menyatakan beliau akan menggunakan momentum perjanjian gencatan senjata Gaza untuk meluaskan Perjanjian Abraham.
Pakistan turunkan tarif elektrik untuk EV, galak pembangunan hijau
EV adalah langkah tepat untuk menangani pencemaran udara yang perlu ditingkatkan bagi menangani perubahan iklim.
Perjanjian ini adalah hasil rundingan panjang dan sukar
Fasa awal gencatan senjata ini akan menghentikan pertempuran yang telah meranapkan banyak kawasan bandar di gaza dan menyebabkan hampir keseluruhan penduduk seramai 2.3 juta orang kehilangan tempat tinggal
Empat Pengarah Syarikat antara lima ditahan reman, siasat penyelewengan dana RM104 juta
Empat ahli lembaga pengarah syarikat antara lima ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia bagi membantu siasatan kes penipuan melibatkan dana pelaburan awam berjumlah RM104 juta.
YTL Group akan labur £4 bilion di UK, sedia lebih 30,000 peluang pekerjaan
Pelaburan tersebut yang merangkumi bandar baharu paling pintar, akan turut menyediakan lebih 30,000 pekerjaan di seluruh UK.
PKS perlu berusaha tembusi pasaran bernilai tinggi
Usaha menerusi penyelidikan dan pembangunan (R&D) dan pelaksanaan teknologi juga membolehkan PKS untuk turut menyumbang kepada transformasi Malaysia menjadi sebuah negara berpendapatan tinggi.