KUALA LUMPUR: PNB berjaya meningkatkan Aset Di Bawah Pengurusan (AUM) sebanyak 3.4 peratus daripada RM312.0 bilion pada tahun kewangan berakhir 31 Disember 2019 kepada RM322.6 bilion pada 2020.
Pengerusi Kumpulan PNB, Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz berkata, Unit Dalam Edaran (UIC) untuk semua 15 dana juga meningkat sebanyak 4.0 peratus untuk mencapai 264.0 bilion unit, setelah menerima lebih daripada 200,000 pemegang akaun baharu sepanjang tahun ini, menjadikan jumlah keseluruhan akaun sebanyak 14.5 juta.
Jelasnya, PNB juga terus memberikan pulangan yang kompetitif menerusi pengagihan pendapatan dan bonus berjumlah RM11.1 bilion kepada pemegang unitnya pada TK2020.
Jumlah itu menjadikan pengagihan pendapatan terkumpul PNB sejak awal penubuhan sebanyak RM211.3 bilion, yang mencerminkan kenaikan 5.5 peratus daripada RM200.2 bilion pada tahun sebelumnya.
"Dalam keadaan sangat luar biasa yang kita alami pada tahun 2020, PNB berjaya memberikan prestasi kewangan membanggakan.
"Pertama, aset di bawah pengurusan meningkat kepada 322.6 bilion, dana unit amanah kedua meningkat hingga mencapai 14.5 juta akaun dengan penambahan 200,000 unit pelabur baru yang di semua 15 dana meningkat kepada 4 peratus menjadi 264 bilion unit.
"Dan PNB mengagihkan sepanjang tahun sejumlah RM11.1 bilion kepada pemegang unit kami pada tahun 2020.
Beliau berkata demikian pada sidang media secara maya pengumuman Laporan Tahunan dan Prestasi 2020.
BACA: PNB umum pengagihan pendapatan RM1.55 bilion untuk lima dana
BACA: PNB: Lebih 200,000 akaun baharu sepanjang 2020
Dalam pada itu katanya, Dana Amanah Saham Bumiputera (ASB) dan ASB 2 untuk pemegang
akaun Bumiputera, dan Amanah Saham Malaysia (ASM) yang terbuka kepada semua rakyat Malaysia, terus mengatasi penanda aras masing-masing iaitu kadar Deposit Tetap 12-bulan Maybank.
Malah, ASB dan ASM telah memberikan pulangan positif secara konsisten walaupun FBM KLCI merekodkan prestasi negatif sepanjang lima daripada tujuh tahun yang lalu.
Sementara itu ujarnya, Dana harga berubah (VP) PNB juga turut mengekalkan kemampuannya dalam memberikan pulangan yang kompetitif seperti yang dibuktikan menerusi pengumuman jumlah pulangan sebanyak dua digit baru-baru ini untuk tiga dana harga berubahnya iaitu ASN Equity 3 (18.7%), ASN Imbang 2 (17.0%) dan ASN Sara 1 (10.8%) untuk tahun kewangan berakhir 31 Mac 2021.
Astro Awani
Thu Apr 08 2021

Dr Zeti berkata, UIC untuk semua 15 dana juga meningkat sebanyak 4.0 peratus untuk mencapai 264.0 bilion unit. - Bernama

Selepas disingkir, Mohalim dan Umarul umum bubar IKLIM
Jelas Mohalim, pembubaran IKLIM adalah jalan terbaik ketika ini memandangkan kemelut yang melanda (pemecatan) adalah sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku dan di luar jangkaan.
Jejantas Tun Teja lonjak ekonomi setempat
Ikon pelancongan terbaharu Melaka, Jejantas Tun Teja sebagai pemangkin kepada perkembangan ekonomi peniaga kecil dan sederhana yang terdapat di sekitar kawasan berkenaan.
DBKL ambil alih pengurusan bazar, tawar sewaan berpatutan
Bermula tahun ini, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan mengambil alih sepenuhnya pengurusan bazar Ramadan dan Aidilfitri di ibu kota, termasuk urusan permohonan lesen, pengoperasian tapak serta kawalan bazar.
598 warga asing ditahan di Klang, ada yang sanggup sembunyi dalam longkang
Timbalan Ketua Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Imigresen Malaysia Jafri Embok Taha berkata, kesalahan dilakukan merangkumi tiada dokumen perjalanan sah, tinggal lebih masa, salah guna pas dan pelbagai kesalahan lain.
AWANI Ringkas: Reformasi Institusi, Perkukuh Demokrasi
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Dua RUU penting dibentang Isnin depan - Fahmi
Rang Undang-Undang (RUU) Perkhidmatan Parlimen 2025 dan RUU Perlembagaan Persekutuan (Pindaan) 2025 akan dibentang dan dibahas dalam sidang Parlimen kali ini untuk diluluskan.
Menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dalam kenyataan hari ini, RUU tersebut bakal mewujudkan sebuah Majlis Parlimen yang akan dipengerusikan secara bersama oleh Yang di-Pertua Dewan Negara dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat.
Menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dalam kenyataan hari ini, RUU tersebut bakal mewujudkan sebuah Majlis Parlimen yang akan dipengerusikan secara bersama oleh Yang di-Pertua Dewan Negara dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat.
Sultan Ibrahim berangkat pulang selepas rawatan di luar negara
Yang di-Pertuan Agong berangkat ke luar negara 7 Feb lalu untuk menjalani rawatan konservatif bagi kesakitan ‘musculoskeletal’.
Perkhidmatan tren di PWTC, Titiwangsa, Sentul, Sentul Timur terjejas
Seorang penumpang disahkan terjatuh di kawasan landasan di stesen LRT Titiwangsa pada pagi Sabtu.

Lelaki OKU maut jatuh landasan LRT Titiwangsa
Pemeriksaan lanjut menunjukkan mangsa hilang keseimbangan lalu terjatuh di kawasan rel LRT sebelum dilanggar sebuah tren.
[TERKINI] Lelaki OKU maut digilis tren LRT di Stesen Titiwangsa
Mangsa yang jatuh di kawasan landasan LRT Titiwangsa berstatus Orang Kurang Upaya (OKU) disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

Vivy Yusof, suami didakwa atas pertuduhan pilihan salah guna dana Khazanah, PNB
Vivy dan Fadzarudin mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan terhadap mereka dibacakan secara bersama.

PNB umum agihan pendapatan ASB 5.50 sen, bonus 0.25 sen
PNB hari ini mengumumkan pengagihan pendapatan bagi ASB sebanyak 5.50 sen seunit dengan bonus sebanyak 0.25 sen seunit.

Vivy, suami percaya sistem keadilan, harap bersihkan nama
Vivy Yusof dan suaminya, Datuk Fadzaruddin Shah Anuar memaklumkan mereka akan terus memberi kerjasama dalam siasatan pertuduhan pecah amanah yang disabitkan terhadap mereka.

Isu FashionValet: GLIC, Khazanah, PNB tambah baik tatakelola proses penilaian pelaburan - Menteri
GLIC termasuk Khazanah Nasional Bhd dan Permodalan Nasional Bhd (PNB) akan terus melaksanakan penambahbaikan tatakelola dari segi proses penilaian pelaburan dan pemantauan berterusan.

Aliran tunai FashionValet, SPRM rakam percakapan empat lagi individu
SPRM akan merakam percakapan empat lagi individu dalam menjalankan siasatan berhubung aliran tunai yang diterima pengasas FashionValet.

Khazanah, PNB akui pelaburan tidak selari dengan unjuran pulangan FashionValet - Amir Hamzah
Amir Hamzah berkata, isu FashionValet tidak akan menjejaskan keinginan Khazanah untuk terus melabur dalam syarikat pemula.

Op Favish: Proses rekod keterangan Vivy, suami bersambung hari ini
Pasangan pengasas FashionValet yang terkait kes kerugian pelaburan Khazanah PNB menyambung memberikan keterangan hari ini.

Op Favish: Siasatan pasangan Vivy, suami dijangka ambil sedikit masa lagi - Azam Baki
Siasatan terhadap pengasas FashionValet, Datin Vivy Yusof dan suaminya, Datuk Fadzaruddin Shah Anuar dijangka mengambil sedikit masa.

Op Favish: Pengasas FashionValet, Vivy dan suami beri keterangan lebih lima jam
Pengasas FashionValet, Datin Vivy Yusof dan suaminya, Datuk Fadzaruddin Shah Anuar meninggalkan Ibu Pejabat SPRM selepas lima jam memberi keterangan hari ini.

Isu FashionValet: Hari keempat SPRM rekod keterangan Vivy, suami
Difahamkan, proses merakam keterangan mereka hari ini adalah berkait dengan dokumen serta beberapa transaksi didakwa meragukan.