PUTRAJAYA: Kementerian Ekonomi dan Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) dengan kerjasama Astro bakal melancarkan Rancangan Realiti TV Inovasi (INNOVATHON), yang dijangka bersiaran pada Jun depan selama 10 minggu.
Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli berkata INNOVATHON memberi peluang kepada rakyat Malaysia untuk menjana dan mengembangkan idea inovatif yang boleh dikomersialkan sebagai produk digital dan teknologi melalui format ‘hackathon’.
Jelas beliau, sejumlah RM1 juta diperuntukkan bagi tujuan modal asas dan awal kepada pemenang-pemenang program realiti tersebut.
Menurut Rafizi lagi, penyertaan terbuka kepada semua rakyat Malaysia tanpa mengira latar belakang dan umur, dengan video berdurasi satu minit boleh dihantar mulai hari ini sehingga 7 Mei depan.
“Video-video ini akan dinilai dan idea terpilih kemudiannya akan dijemput ke sesi uji bakat fizikal di hadapan panel hakim di enam lokasi di seluruh Malaysia iaitu Kuala Lumpur, Pulau Pinang, Johor, Pahang, Sarawak dan Sabah.
“Peserta di peringkat ini akan menerima bimbingan daripada mentor berpengalaman dalam bidang perniagaan, produk, dan teknologi, untuk menyediakan peserta untuk membentangkan idea mereka kepada pengguna berpotensi dan bakal pelabur.
“Kementerian Ekonomi dan MOSTI akan menguruskan supaya pimpinan-pimpinan dari sektor awam dan swasta negara untuk menjadi panel hakim semasa sesi uji bakat fizikal di enam lokasi seluruh negara,” katanya pada Majlis Pra-pelancaran INNOVATHON di sini pada Jumaat.
Mengulas lanjut, Rafizi berkata video penyertaan yang dihantar perlu menghuraikan idea inovasi dan pelan komersial yang ringkas.
Video-video idea dari seluruh negara tanpa had penyertaan, kata Rafizi kemudiannya akan disaring sebelum mereka yang terpilih dipanggil menjalani uji bakal secara fizikal.
Beliau menambah, sebanyak 56 idea terbaik yang melepasi uji bakat fizikal akan menyertai program realiti INNOVATHON, dengan setiap minggu seramai lapan peserta membentangkan idea produk kepada panel yang terdiri daripada 100 pengguna atau syarikat pengguna.
“Ini bukan soal monopoli (melahirkan syarikat digital) tetapi ia berkaitan dengan idea dan produk.
“Salah satu tujuan INNOVATHON ini ialah menggalakkan lebih ramai termasuk yang sudah mulakan kerjaya tetapi yakin boleh memulakan syarikat dengan produk sendiri. Dengan harapan apabila dia boleh menambah jumlah (syarikat) digital dan teknologi, peluang untuk menambah syarikat ini akan lebih tinggi.
“Ini satu keperluan untuk kita membina ekonomi digital kita ke tahap yang lebih tinggi, sekali gus membuka peluang pekerjaan yang mencukupi dan melonjak gaji purata,” ujarnya lagi.
Dalam masa yang sama, Rafizi berkata idea yang dilahirkan mampu menjayakan sesebuah syarikat digital dan teknologi, selain menarik ahli peniagaan antarabangsa untuk melabur di Malaysia.
Idea yang dilahirkan oleh bakat boleh menjayakan sesebuah syarikat digital dan teknologi selain menarik ahli peniagaan antarabangsa untuk melabur di Malaysia.
Mengambil contoh syarikat Silicon Valley di California, Amerika Syarikat dan beberapa negara Asia seperti Singapura dan Indonesia, jelas beliau kejayaan yang dicipta oleh mereka kerana idea baharu yang sentiasa dikemukakan.
“Bandingkan kita dengan Singapura berapa banyak syarikat teknologi yang lahirkan idea setiap tahun? Bandingkan Indonesia, kenapa mereka pergi ke sana? Sebab pasaran besar dan kemungkinan idea ditukar kepada produk komersial adalah tinggi.
"Ini proses yang sedang kerajaan lakukan untuk memberikan kesedaran dan memahami pasaran teknologi. Ia bukan hanya disebab insentif, geran dan dana yang diberikan oleh kerajaan.
"Sebaliknya, kualiti dan bilangan bakat baharu yang besar sama penting kerana ia akan memberikan isyarat kepada pelabur bahawa Malaysia mempunyai syarikat unicorn atau syarikat pemula yang berkualiti," tambah Rafizi.
Sementara itu, Naib Presiden Strategi Pembangunan Kandungan Hiburan Melayu Astro, Raqim Ahmad menyifatkan program realiti INNOVATHON sebagai satu inisiatif yang sangat baik.
“Kalau sebelum ini kita (Astro) lebih sinonim dengan program hiburan, nyanyian dan sebagainya. Tetapi buat pertama kali program realiti seumpama ini patut kita ketengahkan.
“Seperti Yang Berhormat menteri katakan, kita nak arus perdanakan program seperti ini kerana banyak manfaat. Kami percaya, sebenarnya orang ada idea mereka dan buat temu bual mereka sudah ada idea tersebut,” katanya.
Mereka yang berminat boleh menghantar klip video ke alamat email [email protected].
Hasimi Muhamad
Fri Apr 14 2023

Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli (tengah) ketika Majlis Pra-Pelancaran Rancangan Realiti TV Inovasi (INNOVATHON) yang akan mula bersiaran pada Jun depan - Foto/Astro AWANI

Selepas disingkir, Mohalim dan Umarul umum bubar IKLIM
Jelas Mohalim, pembubaran IKLIM adalah jalan terbaik ketika ini memandangkan kemelut yang melanda (pemecatan) adalah sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku dan di luar jangkaan.
Jejantas Tun Teja lonjak ekonomi setempat
Ikon pelancongan terbaharu Melaka, Jejantas Tun Teja sebagai pemangkin kepada perkembangan ekonomi peniaga kecil dan sederhana yang terdapat di sekitar kawasan berkenaan.
DBKL ambil alih pengurusan bazar, tawar sewaan berpatutan
Bermula tahun ini, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan mengambil alih sepenuhnya pengurusan bazar Ramadan dan Aidilfitri di ibu kota, termasuk urusan permohonan lesen, pengoperasian tapak serta kawalan bazar.
598 warga asing ditahan di Klang, ada yang sanggup sembunyi dalam longkang
Timbalan Ketua Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Imigresen Malaysia Jafri Embok Taha berkata, kesalahan dilakukan merangkumi tiada dokumen perjalanan sah, tinggal lebih masa, salah guna pas dan pelbagai kesalahan lain.
AWANI Ringkas: Reformasi Institusi, Perkukuh Demokrasi
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Dua RUU penting dibentang Isnin depan - Fahmi
Rang Undang-Undang (RUU) Perkhidmatan Parlimen 2025 dan RUU Perlembagaan Persekutuan (Pindaan) 2025 akan dibentang dan dibahas dalam sidang Parlimen kali ini untuk diluluskan.
Menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dalam kenyataan hari ini, RUU tersebut bakal mewujudkan sebuah Majlis Parlimen yang akan dipengerusikan secara bersama oleh Yang di-Pertua Dewan Negara dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat.
Menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dalam kenyataan hari ini, RUU tersebut bakal mewujudkan sebuah Majlis Parlimen yang akan dipengerusikan secara bersama oleh Yang di-Pertua Dewan Negara dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat.
Sultan Ibrahim berangkat pulang selepas rawatan di luar negara
Yang di-Pertuan Agong berangkat ke luar negara 7 Feb lalu untuk menjalani rawatan konservatif bagi kesakitan ‘musculoskeletal’.
Perkhidmatan tren di PWTC, Titiwangsa, Sentul, Sentul Timur terjejas
Seorang penumpang disahkan terjatuh di kawasan landasan di stesen LRT Titiwangsa pada pagi Sabtu.

Lelaki OKU maut jatuh landasan LRT Titiwangsa
Pemeriksaan lanjut menunjukkan mangsa hilang keseimbangan lalu terjatuh di kawasan rel LRT sebelum dilanggar sebuah tren.
[TERKINI] Lelaki OKU maut digilis tren LRT di Stesen Titiwangsa
Mangsa yang jatuh di kawasan landasan LRT Titiwangsa berstatus Orang Kurang Upaya (OKU) disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

BioProtein Powder juara INNOVATHON 2, raih RM100,000
Inovasi yang dihasilkan oleh Prof Dr Azizi Ayob memperkenalkan teknologi baharu untuk menukarkan bioprotein cair kepada bentuk serbuk.

BioProtein Powder muncul juara minggu keenam INNOVATHON 2
Azizi memperkenalkan teknologi baharu yang mampu menukarkan bioprotein cecair kepada bentuk serbuk yang lebih stabil secara kimia dan fizikal.

Anak tempatan cipta produk mampu besarkan saiz udang jantan
Giva Kuppusamy dan Shazaril Adri umum pemenang program INNOVATHON 2 pada minggu pertama menerusi inovasi Mono-Sex Giant Freshwater Prawn.

INNOVATHON musim kedua fokus popularkan, pupuk minat anak muda pada STEM
Program realiti berteraskan penghasilan inovasi, INNOVATHON, kembali untuk musim kedua.

Popularkan kejayaan daya cipta cara terbaik suburkan budaya inovasi - Rafizi
Lebih banyak kejayaan yang boleh dibanggakan dan para pencipta menempa nama, lebih ramai yang akan tertarik dengan inovasi.

NACOTS, peranti pengesan virus & kanser, juara INNOVATHON musim pertama
Inovasi diketuai oleh Prof. Madya Dr. Zainiharyati Mohd Zain, pensyarah kimia di Universiti Teknologi Mara (UiTM) dipilih daripada kalangan lapan finalis.

Pengesan genetik kanser Nacots dinobat juara INNOVATHON
Nacots dipersembahkan sebagai peranti perubatan pintar yang dapat mengesan hadirnya genetik kanser hanya dengan menerusi pemeriksaan pada darah.

Innovathon buka laluan masuk pelaburan antarabangsa kepada inovator tempatan - Rafizi
Rafizi berkata, terdapat keperluan untuk membina ekonomi ke tahap lebih tinggi dengan melahirkan lebih ramai inovator berkredibiliti.

INNOVATHON, program pertandingan realiti memfokuskan penyelesaian isu sosioekonomi rakyat
INNOVATHON akan ditayangkan setiap hari Sabtu bermula 15 Julai 2023, pukul 9.00 malam secara eksklusif di Astro Ria (Saluran 104).

Program realiti TV INNOVATHON cari rakyat miliki idea kreatif, RM1 juta menanti pemenang
Sejumlah RM1 juta diperuntukkan bagi tujuan modal asas dan awal kepada pemenang-pemenang program realiti tersebut.