Keyakinan pelabur dalam projek pembangunan semula Battersea Power Station yang diterajui Malaysia di bandar raya ini kukuh walaupun terdapat isu Brexit.
Ketua Pegawai Kewangan Battersea Power Station Development Company Ltd Benn Zemek berkata kadar pembelian unit kediaman di bawah fasa satu kekal kukuh berikutan ia kini dihuni oleh lebih 1,000 penduduk.
Syarikat itu turut menyewakan lebih 95 peratus daripada fasa satu ruang komersial dengan prestasi runcit yang meningkat.
"Ekonomi tempatan disokong oleh asas jangka panjang yang kukuh bahawa London telah wujud sejak berabad lalu, dan apa yang boleh kita lihat ialah terdapat permintaan untuk rumah dan ruang komersial, dan kami berada di sini untuk memenuhinya," katanya pada taklimat media di sini pada Isnin.
Katanya walaupun perjanjian Brexit diteruskan, beliau percaya lokasi projek itu dan nilai sejarahnya akan menjadi tarikan utama kepada pelabur.
"Pada masa ini, kami mempunyai campuran pembeli dan pembeli yang berpotensi dari Asia Tenggara dan Timur Tengah, disokong oleh permintaan tempatan yang kukuh. Bagi mereka yang bersedia untuk melihat ekonomi makro sebelum ini, kita dapat melihat harga hartanah di tapak ini menggalakkan," katanya.
United Kingdom dijangka meninggalkan Kesatuan Eropah pada 31 Okt, 2019, lanjutan dari tarikh akhir sebelum ini pada 29 Mac, 2019.
Bagi fasa dua aset komersial, yang baru-baru ini dibeli oleh Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan Permodalan Nasional Bhd (PNB), katanya ruang pejabat itu akan menempatkan ibu pejabat Apple di London dengan serahan disasarkan pada awal 2021.
"Dengan permintaan daripada pekerja Apple pada masa akan datang, kami percaya ia akan memberikan sinergi kepada sektor runcit dan kediaman pada masa depan," katanya.
Dalam tempoh 12 bulan lepas, jualan kediaman berjumlah GBP120 juta telah dijana, dan gabungan nilai pembangunan kasar untuk semua lapan fasa sebanyak GBP9 bilion.
Pemilik projek itu, Battersea Project Holding Company Ltd, dimiliki secara bersama oleh Sime Darby Property Bhd (40 peratus), SP Setia Bhd (40 peratus) dan KWSP (20 peratus).
-- BERNAMA
Bernama
Mon Jun 24 2019

Gambar menunjukkan Battersea Power Station yang terletak di selatan London, England pada 11 Julai 2005. - Foto fail
Fokus Minggu Depan: Keselamatan makanan anak-anak sekolah
Ikuti ulasan Dr Nur Aqilah Amalina binti Jaafar, Pensyarah Jab. Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Fakulti Ekologi Manusia, UPM berkenaan dengan keselamatan makanan anak-anak sekolah.

Korea Selatan bantah tuntutan Jepun ke atas pulau kecil Dokdo
Korea Selatan pada Sabtu membantah tuntutan berulang kali Jepun terhadap pulau kecil yang terletak di tengah-tengah antara kedua-dua negara, dikenali sebagai Dokdo oleh Korea Selatan dan Takeshima ole
Hamas akan bebaskan enam tebusan warga Israel
Mereka merupakan enam tebusan terakhir yang masih hidup daripada sekumpulan 33 yang akan dibebaskan pada peringkat pertama perjanjian gencatan senjata yang dipersetujui bulan lalu.
Tiada masalah bekalan santan di Sarawak
Sarawak tidak berhadapan masalah bekalan santan sepanjang bulan Ramadan dan sambutan Hari Raya Aidilfitri tahun ini.
Aspek keselamatan stesen tren untuk OKU dikaji semula- Anthony
Kementerian Pengangkutan mengarahkan supaya aspek keselamatan di semua stesen tren, khususnya kemudahan bagi golongan Orang Kurang Upaya (OKU), dikaji semula dan dipertingkatkan.

Sarawak belanja RM6 bilion hingga 2030 laksana projek air
Sarawak akan membelanjakan kira-kira RM6 bilion hingga 2030 untuk melaksanakan projek bekalan air ke kawasan luar bandar.

Wanita dilanggar bas ketika minum di restoran
Kemalangan ini mengakibatkan seorang perempuan berusia 51 tahun yang sedang minum di kedai tersebut mengalami kecederaan bengkak di betis akibat terkena serpihan batu bangunan kedai.

Johor tidak benarkan pelaburan berkaitan pengimportan e-waste
Kerajaan negeri tidak akan membenarkan sebarang pelaburan membabitkan pengimportan sisa elektrik dan elektronik (e-waste) ke negeri ini.

Peningkatan titik panas isyarat awal ancaman jerebu rentas sempadan di Asia Tenggara
Kebakaran hutan secara sporadik di Asia Tenggara memberi isyarat tentang jerebu berbahaya, yang boleh membawa kesan besar terhadap ekonomi dan masyarakat, mengingatkan kepada episod jerebu pada 1997.

KPDN perketat pemeriksaan harga, usaha tangani pencatutan sempena Ramadan
Ia bagi memastikan peniaga tidak mengambil kesempatan mencatut atau membuat kenaikan harga yang tidak selaras dengan perundangan pencatutan.

Battersea Power Station tersenarai 20 Lokasi Kebudayaan Terbaik Dunia
National Geographic menyenaraikan Battersea Power Station dalam 20 Lokasi Kebudayaan Terbaik Dunia kerana menawarkan pengalaman menarik, bermakna dan tersendiri kepada para pengunjung.

Setahun beroperasi, Battersea Power Station catat kunjungan lebih 11 juta pengunjung
Battersea Power Station dimiliki oleh konsortium syarikat-syarikat Malaysia terdiri daripada Permodalan Nasional Bhd (PNB), Sime Darby Property, SP Setia Bhd dan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).

Apa yang perlu diketahui tentang Battersea Power Station?
Stesen Janakuasa Battersea yang bakal beroperasi secara rasmi bermula esok dibina siap dengan 100 buah kedai komersial, ruang pejabat dan juga unit kediaman.

Battersea Power Station London terima lebih 250,000 pengunjung pada pembukaan
Battersea Power Station di London menerima lebih 250,000 pengunjung semasa pembukaannya pada hujung minggu antara 14 dan 16 Okt.

Projek ikonik Battersea Power Station dibuka kepada umum
Pengurusan pembangunan sedang dijalankan oleh Battersea Power Station Development Company (BPSDC) yang berpangkalan di Britain.

Sime Darby Property jangka isu kekurangan pekerja selesai pada suku keempat
Sime Darby hadapi 50 peratus kekurangan pekerja di tapak pada masa ini berbanding kekurangan sebanyak 60 peratus pada separuh pertama 2022.

Projek Battersea catat prestasi menggalakkan walaupun terdapat isu Brexit
United Kingdom dijangka meninggalkan Kesatuan Eropah pada 31 Okt, 2019, lanjutan dari tarikh akhir sebelum ini pada 29 Mac, 2019.

KWSP mohon status kedaulatan di Amerika Syarikat
KWSP mengemukakan permohonan untuk mendapatkan status kedaulatan di Amerika Syarikat (AS) bagi membolehkannya memperolehi lebih banyak peluang pelaburan di negara tersebut.

Kerajaan tidak campur tangan dalam rancangan beli aset Fasa 2 Battersea
Keputusan bagi meninjau potensi penyusunan semula pemilikan itu merupakan satu pertimbangan pelaburan semata-mata yang dimulakan oleh pihak Lembaga Pengarah dan pengurusan BPS.

Apple akan jadi penyewa pejabat terbesar di Battersea Power Station
Battersea Power Station mengesahkan yang Apple akan menjadi penyewa pejabat terbesar di Battersea Power Station, menduduki ruang kira-kira 500,000 kaki persegi di enam tingkat Boiler House di situ.