KUALA LUMPUR: Pengeluar kereta nasional Proton Holdings Bhd (Proton) hari ini mencapai satu lagi kejayaan dalam sejarah 41 tahunnya apabila berjaya mencapai pengeluaran melebihi lima juta unit.
Syarikat itu dalam kenyataan hari ini berkata Proton X90 Flagship adalah kenderaan yang mencatat rekod sebagai unit kelima juta.
Perkara itu dimaklumkan semasa lawatan Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz dan Menteri Perindustrian dan Teknologi Maklumat China Jin Zhuanglong ke ibu pejabat Proton di kompleks Center Of Excellence, Subang Jaya.
Ketua Pegawai Eksekutif Proton Dr Li Chunrong berkata pengumuman mengenai Proton X90 Flagship ini merupakan simbolik sejauh mana syarikat telah berkembang sejak permulaan kerjasama dengan Kumpulan Geely sejak 2017.
"Baru-baru ini, kami mengumumkan e.MAS sebagai jenama untuk produk kenderaan elektrik Proton masa hadapan dan hari ini kami telah menetapkan satu lagi pencapaian. Oleh yang demikian, masa depan penuh dengan peluang untuk Proton terus menyediakan mobiliti yang mampan bagi rakyat Malaysia dan pasaran eksport kami," katanya dalam kenyataan sama.
Sementara itu, syarikat itu berkata Proton telah melancarkan empat model serba baharu yang dibinakan bersama Geely, menaik taraf model rekaan tempatannya dan memperkenalkan kecerdasan dan ketersambungan kepada barisan modelnya.
Dengan penambahbaikan dalam kualiti produk, pelaburan dalam pengurusan selepas jualan dan alat ganti serta penubuhan rangkaian pengedar dengan bilangan cawangan 3S/4S tertinggi di Malaysia, aktiviti ini telah membawa kepada pertumbuhan jualan lima tahun berturut-turut dengan peningkatan yang sepadan dalam pengeluaran, katanya.
"Sejak pengenalan Proton X70 pada 12 Dis 2018, lebih daripada 217,000 unit kenderaan utiliti sukan (SUV) siri X syarikat telah dijual setakat ini kepada pelanggan pasaran tempatan dan eksport.
"Ini membolehkan Proton jauh meneraju jualan keseluruhan SUV di Malaysia dalam tempoh masa itu," katanya.
Syarikat berkata penjualan Proton Saga pula telah melepasi dua juta unit, membolehkannya mengekalkan kedudukan sebagai kereta buatan Malaysia paling popular.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Jun 18 2024

Proton mencapai satu lagi kejayaan dalam sejarah 41 tahunnya apabila berjaya mencapai pengeluaran melebihi lima juta unit. - Bernama

Sidang kemuncak pemimpin Arab bermula di Riyadh di sebalik perancangan pembangunan semula Gaza
Putera Mahkota Arab Saudi Mohammed bin Salman menjadi tuan rumah bagi sidang kemuncak peringkat tinggi di Riyadh.

TFC, Kuching City seri 2-2 di SSMZA
TFC terpaksa berpuas hati dengan satu mata selepas diikat 2-2 oleh Kuching City FC dalam aksi Liga Super 2024/2025.

Kerajaan Jepun luluskan RUU tembakan kecemasan untuk haiwan berbahaya
Pindaan rang undang-undang ini bertujuan untuk membolehkan respons yang lebih cepat dan berkesan berbanding langkah sedia ada.

Jabatan Kesihatan Melaka tingkat pemantauan, saringan langkah awal kekang kusta
"Setakat ini tiada kes dikesan dalam kalangan penduduk Orang Asli di negeri ini melibatkan 14 perkampungan dengan lebih 2,000 penduduk."

Hubungan dua hala Bangladesh-Malaysia diperkukuh pada Hari Bahasa Ibunda Antarabangsa
Ahsan menyifatkan Malaysia sebagai model keharmonian dalam kepelbagaian komuniti linguistik.

Teknologi robotik pacu sektor pelancongan kesihatan di Melaka
Upaya memacu sektor pelancongan kesihatan yang menjadi satu daripada subsektor penting dalam industri pelancongan negeri.

Penantian veteran ATM hampir dua tahun dapat rumah baharu berakhir
Shamsudin Hamzah terpaksa menunggu lebih lama untuk mendapatkan rumah baharu kerana keadaan tanah di kawasan itu dari jenis gambut.

Sarawak hasrat bida tuan rumah World Robot Olympiad
Hasrat itu selaras dengan matlamat menjadikan Sarawak sebagai hab kecemerlangan pendidikan robotik serta STEM.

Ribut salji sebabkan gangguan meluas di Istanbul
Ribut itu membawa penurunan suhu yang ketara serta salji lebat, dengan keadaan paling buruk dilaporkan pada Jumaat.

164,000 kelapa tua dibawa masuk penuhi permintaan menjelang Ramadan, Aidilfitri
Angka itu merangkumi 82,000 kelapa yang tiba dari Sabah bulan ini, manakala 82,000 lagi dibawa masuk dari Kepulauan Palembang pada Mac depan.

Proton mulakan pembinaan kilang pemasangan EV pertama di Tanjung Malim
Proton Holdings Bhd (Proton) memulakan pembinaan kilang pemasangan kenderaan elektrik (EV) pertama di Lembah Teknologi Tinggi Automotif (AHTV), dekat sini dengan pelaburan berjumlah RM82 juta.

Kilang pemasangan EV Proton perkukuh AHTV, buka 3,000 peluang pekerjaan - Saarani
Pembinaan kilang pemasangan kenderaan elektrik (EV) Proton di sini bakal membuka lembaran baharu dalam memperkukuh pembangunan Lembah Teknologi Tinggi Automotif (AHTV), Tanjung Malim.

Kereta terbakar dalam kemalangan di Gua Musang, lelaki maut
Seorang lelaki maut apabila kenderaan yang dipandu terbakar selepas terbabit dalam satu kemalangan di jalan Bandar Utama Gua Musang petang tadi.

Proton akhiri 2024 dengan prestasi cemerlang, berjaya jual 152,352 unit kenderaan
Proton mencatat jualan sebanyak 152,352 unit (domestik dan eksport) bagi keseluruhan 2024, menjadikannya berada di tempat kedua sekali lagi.

Polis kesan pemandu terbabit kemalangan dua kenderaan
Polis telah mengesan pemandu Proton S70 yang terbabit kemalangan dua kenderaan di Jalan 222, Petaling Jaya, di sini pada Jumaat.

Jualan Proton pada Oktober melonjak 13.6 peratus, catat jumlah YTD 125,557 unit
Proton Holdings Bhd merekodkan jualan sebanyak 12,799 unit bagi pasaran domestik dan eksport pada Oktober.

Proton e.MAS 7 dibuka untuk tempahan, berharga mulai RM120,000
Kenderaan elektrik (EV) pertama Proton, e.MAS 7, kini dibuka untuk tempahan dan dijangka berharga daripada RM120,000.

Belanjawan 2025: Industri automotif harap tempoh pengecualian cukai jalan EV dilanjutkan
Peserta industri automotif mengharapkan tarikh akhir insentif pengecualian cukai jalan penuh bagi kenderaan elektrik (EV) dilanjutkan selain diperluas untuk kenderaan elektrik hibrid (HEV).

Proton kekal tempat kedua dalam jualan automotif pada September
Proton menganggarkan bahagian pasaran pada 20.1 peratus untuk bulan September.

Proton e.Mas 7 buat kemunculan pada perarakan Hari Kebangsaan 2024
Proton mempamerkan model daripada Proton Saga yang dilancarkan pada 1985 kepada Wira, Putra, Tiara, Savvy dan Siri X pada perarakan itu.