KUALA LUMPUR: Kenderaan tenaga baharu (NEV) pertama Proton Holdings Bhd, X90 mencatat kemunculan pertama di tiga pasaran eksport iaitu Mauritius, Afrika Selatan dan Brunei, baru-baru ini.
Usaha membabitkan X90 yang juga kenderaan utiliti sukan (SUV) itu adalah sejajar dengan komitmen Proton meluaskan jangkauan di luar Malaysia selain menjadikan sasaran pertumbuhan jualan eksport di pasaran antarabangsa antara tonggak utama matlamat jangka panjangnya.
Dalam kenyataan hari ini, Proton berkata Mauritius menjadi pasaran eksport pertama bagi SUV keluarga premium dan moden itu yang diperkenalkan di Le Salon de L' Automobile, SVICC, Pailles pada 4 Ogos lepas.
"Ini diikuti dengan Afrika Selatan pada Festival Permotoran Litar Grand Prix Kyalami pada 25-27 Ogos. Acara itu mendapat sokongan padu Kementerian Luar Malaysia dan dihadiri oleh Pemangku Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke Afrika Selatan, Yap Wei Sin.
"Selain itu, pada masa sama, Proton Brunei memperkenalkan Proton X90 di majlis pelancaran besar-besaran yang dihadiri oleh Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke Brunei Darussalam, Datuk Raja Reza Raja Zaib Shah dan Pengerusi Pengimport dan Pengedar Proton, Pad dan Econ Motors, Tan Kah Boon," katanya.
Sementara itu, Pengarah Jualan Antarabangsa Proton Steven Xu menyifatkan 2023 sebagai tahun mencabar bagi perniagaan eksport berikutan kebanyakan pasaran eksport berdepan cabaran ekonomi dan mengakibatkan kawalan ketat dari segi pasaran modal.
"Bagaimanapun, usaha kami untuk meneroka peluang dalam pasaran lain tetap diteruskan dengan kerja-kerja awal sedang dijalankan di Fiji, Ghana, Trinidad dan Tobago serta Iraq.
"Kami juga kekal fokus untuk mengembangkan lagi kehadiran dalam pasaran eksport semasa. Pelancaran Proton X90 dalam tiga pasaran eksport itu misalnya berlangsung hanya tiga bulan selepas pelancarannya di Malaysia pada 7 Mei lepas," katanya.
Xu berkata perkembangan itu membantu meningkatkan imej jenama Proton dan dilihat sebagai pelaburan untuk memanfaatkan keadaan pasaran lebih baik di masa akan datang.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Sep 22 2023

Usaha membabitkan X90 yang juga kenderaan utiliti sukan (SUV) itu adalah sejajar dengan komitmen Proton meluaskan jangkauan di luar Malaysia. - Foto Bernama

3 bas meletup di Tel Aviv, polis Israel tuduh pengganas
Dua butir bom turut ditemukan dalam bas yang berasingan berjarak kira-kira 500 meter antara satu sama lain.

‘Palestin bukan untuk dijual’: Presiden Abbas tegaskan tolak rancangan pemindahan paksa
Presiden Palestin tegaskan negaranya "bukan untuk dijual" dan menolak sebarang usaha pemindahan penduduk Palestin secara paksa.

Kanak-kanak dilanggar depan sekolah, terperosok bawah MPV
Pihak JBPM Putrajaya menerima laporan berhubung kejadian pada 4.55 petang, melibatkan sebuah MPV jenis Perodua Alza.

Malaysia komited pimpin ASEAN tangani jenayah rentas sempadan - Ahmad Zahid
Malaysia komited untuk memimpin ASEAN dalam menangani pelbagai bentuk jenayah rentas sempadan termasuk penipuan dalam talian.

Enam juruterbang TUDM jalani latihan kendali pesawat FA-50M di Korea Selatan Oktober ini
Enam juruterbang TUDM akan jalani latihan intensif untuk membiasakan diri dengan sistem operasi pesawat baharu FA-50M di Korea Selatan pada Oktober ini.

Tipu umrah: Polis rakam keterangan 9 individu
Menurut Ramli, pegawai penyiasat telah merakam percakapan sembilan individu antaranya pengadu, pengarah dan kakitangan syarikat berkenaan.

Wanita kunci kepada dialog intra-Islam, kata pakar
Wanita berperanan memajukan dialog intra-Islam dan pembangunan masyarakat, menyumbang kepada pembentukan generasi akan datang melalui toleransi.

JK HARMONI bincang kaedah terbaik perkukuh perpaduan - Mohd Na'im
JK HARMONI mencari jalan dan memberikan pandangan kepada kerajaan tentang kaedah terbaik untuk memperkukuh perpaduan masyarakat.

Jemaah haji diingat dapatkan vaksin COVID-19
Jemaah haji berumur 65 tahun ke atas serta mereka yang dikategorikan sebagai berisiko tinggi diingatkan untuk mendapatkan vaksin COVID-19.

G20 mesti terus perjuangkan penyelesaian diplomatik kepada konflik
Presiden Afrika Selatan gesa G20 untuk terus memperjuangkan penyelesaian diplomatik kepada konflik di seluruh dunia.

Proton mulakan pembinaan kilang pemasangan EV pertama di Tanjung Malim
Proton Holdings Bhd (Proton) memulakan pembinaan kilang pemasangan kenderaan elektrik (EV) pertama di Lembah Teknologi Tinggi Automotif (AHTV), dekat sini dengan pelaburan berjumlah RM82 juta.

Kilang pemasangan EV Proton perkukuh AHTV, buka 3,000 peluang pekerjaan - Saarani
Pembinaan kilang pemasangan kenderaan elektrik (EV) Proton di sini bakal membuka lembaran baharu dalam memperkukuh pembangunan Lembah Teknologi Tinggi Automotif (AHTV), Tanjung Malim.

Kereta terbakar dalam kemalangan di Gua Musang, lelaki maut
Seorang lelaki maut apabila kenderaan yang dipandu terbakar selepas terbabit dalam satu kemalangan di jalan Bandar Utama Gua Musang petang tadi.

Proton akhiri 2024 dengan prestasi cemerlang, berjaya jual 152,352 unit kenderaan
Proton mencatat jualan sebanyak 152,352 unit (domestik dan eksport) bagi keseluruhan 2024, menjadikannya berada di tempat kedua sekali lagi.

Polis kesan pemandu terbabit kemalangan dua kenderaan
Polis telah mengesan pemandu Proton S70 yang terbabit kemalangan dua kenderaan di Jalan 222, Petaling Jaya, di sini pada Jumaat.

Jualan Proton pada Oktober melonjak 13.6 peratus, catat jumlah YTD 125,557 unit
Proton Holdings Bhd merekodkan jualan sebanyak 12,799 unit bagi pasaran domestik dan eksport pada Oktober.

Proton e.MAS 7 dibuka untuk tempahan, berharga mulai RM120,000
Kenderaan elektrik (EV) pertama Proton, e.MAS 7, kini dibuka untuk tempahan dan dijangka berharga daripada RM120,000.

Belanjawan 2025: Industri automotif harap tempoh pengecualian cukai jalan EV dilanjutkan
Peserta industri automotif mengharapkan tarikh akhir insentif pengecualian cukai jalan penuh bagi kenderaan elektrik (EV) dilanjutkan selain diperluas untuk kenderaan elektrik hibrid (HEV).

Proton kekal tempat kedua dalam jualan automotif pada September
Proton menganggarkan bahagian pasaran pada 20.1 peratus untuk bulan September.

Proton e.Mas 7 buat kemunculan pada perarakan Hari Kebangsaan 2024
Proton mempamerkan model daripada Proton Saga yang dilancarkan pada 1985 kepada Wira, Putra, Tiara, Savvy dan Siri X pada perarakan itu.