KUALA LUMPUR: Purata pendapatan pekebun kecil getah meningkat kepada RM436 sebulan iaitu peningkatan sebanyak 40 peratus setakat Mei lepas, hasil pelaksanaan Program Agromakanan oleh Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA).
Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) dalam jawapan bertulis disiarkan di laman sesawang Parlimen memaklumkan, berbanding Disember tahun lepas, pendapatan pekebun kecil getah adalah sebanyak RM238 sebulan bagi seorang peserta.
"Selain itu, bagi memastikan perancangan sasaran purata peningkatan pendapatan peserta Program Agromakanan mencapai RM500 sebulan menjelang akhir 2025 tercapai, kementerian melalui RISDA menyediakan latihan asas keusahawanan dan latihan teknikal kemahiran.
"Ia meliputi pengurusan perniagaan dan pengurusan perakaunan kepada peserta projek melalui pelbagai kursus jangka pendek dan kursus Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET)," menurut KKDW bagi menjawab soalan Wan Hassan Mohd Ramli (PN-Dungun) yang ingin tahu purata peningkatan pendapatan pekebun kecil terkini hasil pelaksanaan Program Agromakanan RISDA.
Soalan itu turut menyebut setakat Disember 2023 purata pendapatan pekebun kecil getah berada pada tahap RM238 sebulan dan Wan Hassan juga ingin tahu perancangan kerajaan dalam memastikan sasaran purata peningkatan RM500 sebulan menjelang akhir 2025 tercapai.
KKDW memaklumkan bagi tahun ini, sebanyak RM2 juta diperuntukkan dengan sasaran hampir 1,000 peserta Program Agromakanan di seluruh negara Malaysia diberikan bimbingan.
"Sehingga Mei 2024, sebanyak 14 siri kursus jangka pendek dan TVET telah dilaksanakan manakala baki sebanyak 30 siri kursus lagi akan dilaksanakan sehingga November ini," menurut KKDW.
Sementara itu, menjawab soalan Rodziah Ismail (PH-Ampang) mengenai signifikan penubuhan Jawatankuasa Komuniti Desa Madani (JKDM), KKDW memaklumkan pelaksanaan jawatankuasa itu di Sabah dan beberapa negeri di Semenanjung tidak akan mengakibatkan pertindihan kerja dan kos atau mengelirukan masyarakat.
"Penubuhan JKDM ini bertujuan untuk membantu kementerian dalam melaksanakan usaha-usaha pembangunan komuniti luar bandar. JKDM ini akan bekerjasama rapat dengan pihak Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) dan mana-mana badan bukan kerajaan (NGO) untuk memainkan peranan sebagai agen perubahan bagi menyelaras pelbagai aktiviti atau program berbentuk pembangunan sosioekonomi sekali gus membasmi kemiskinan tegar masyarakat luar bandar.
"Justeru, penubuhan JKDM oleh kementerian secara tidak langsung akan membawa nilai tambah kepada pelaksanaan sedia ada Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) di negeri-negeri berkaitan," menurut KKDW.
- BERNAMA
Bernama
Tue Jul 02 2024

Purata pendapatan pekebun kecil getah meningkat kepada RM436 sebulan iaitu peningkatan sebanyak 40 peratus setakat Mei lepas. - Gambar hiasan/REUTERS

Jejantas Tun Teja ikon terbaharu Melaka, lonjak ekonomi setempat
Jejantas ini dilengkapi dengan sensor pergerakan, iaitu lampu akan dicahayakan mengikut pergerakan manusia yang melintasi.

'Perkampungan salji tanpa salji'
China ketika ini berdepan dengan gelombang haba lebih panas dan berpanjangan serta hujan lebat yang semakin kerap akibat perubahan iklim.

Manchester United ada lebih banyak masalah daripada penyelesaian - Amorim bakal angkat kaki?
Amorim hanya dapat mengumpulkan 14 mata daripada 14 penampilannya sebagai pengurus United setakat ini.

Berbahasa Melayu buat video masak bantu Salee Style popular di Malaysia
Salee turut berkongsi video menu seperti Tom Yam, Tom Sep dan Salad Miang Kam dan Miang Pla.
#AWANIRingkas 22 Februari 2025 | 9 AM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 pagi, 22 Februari 2025
1️⃣ Terima kritikan, perbaiki kelompongan - PM Anwar
2️⃣ Pengurusan masjid, surau perlu tingkat kawalan keselamatan
3️⃣ Gantung sementara pemeriksaan 'walk-in'
#awaniringkas
1️⃣ Terima kritikan, perbaiki kelompongan - PM Anwar
2️⃣ Pengurusan masjid, surau perlu tingkat kawalan keselamatan
3️⃣ Gantung sementara pemeriksaan 'walk-in'
#awaniringkas
AWANI Ringkas: Jemaah Menteri perlu terbuka
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

AS jangka Ukraine akan tandatangan perjanjian mineral
Presiden Donald Trump menyatakan bahawa Kyiv tidak mempunyai kelebihan dalam rundingan.
AWANI Pagi: Meniti populariti di negara ASEAN kerana masakan Melayu
Bersama dua pempengaruh masakan di Selatan Thailand, Salee Style dan Chef Farn berkongsi bagaimana jambatan budaya menerusi bahasa Melayu dan masakan tradisi Melayu menjadikan kedua-duanya popular di platform media sosial di negara ASEAN sehingga meraih jutaan pengikut. Ikuti perkongsiannya, 7:30 pagi Sabtu.
AWANI Pagi: Sukan ekstrem | Pelancongan bagi mereka yang gemar aktiviti mendebarkan
Pelancongan sukan lasak menawarkan pengalaman mendebarkan meneroka pelbagai jenis laluan mencabar yang bersesuaian untuk penggemar adrenalin yang ingin menikmati keindahan alam semula jadi sambil menguji ketangkasan dan keberanian mereka. Saksikan AWANI Pagi meneroka sektor pelancongan ini.

FAM perkenal bekas pemain kebangsaan Australia selaku penolong jurulatih Harimau Malaya
Tugas utama Miligan sudah pastinya membantu Cklamovski mempersiapkan pasukan menjelang aksi pertama pusingan ketiga kelayakan Piala Asia 2027.

RISDA usaha selesaikan 12,385 hektar kebun getah tidak bertoreh tahun ini
Hal ini bertujuan untuk memajukan semula sektor itu, selain membantu penoreh getah meningkatkan pendapatan mereka.

RISDA peruntuk RM74.46 juta tingkatkan pendapatan pekebun kecil
Daripada jumlah itu, sebanyak RM44.46 juta adalah untuk Program Aktiviti Ekonomi Tambahan dan Keusahawanan.

Bajet 2023: RISDA mohon bantuan musim tengkujuh ditingkatkan
Tahun lepas, RISDA memperuntukkan RM191 juta BMT kepada setiap pekebun kecil yang memiliki keluasan kebun getah kurang daripada 2.5 hektar.

Dua menara telekomunikasi baharu untuk penduduk DUN Slim
Datuk Saifuddin Abdullah berkata, kedua-dua menara tersebut dijangka beroperasi menjelang suku kedua tahun 2021.

11 kakitangan RISDA dihadap ke mahkamah buat tuntutan palsu
Semua mereka mengaku bersalah selepas pertuduhan dibacakan secara berasingan oleh jurubahasa mahkamah di hadapan Hakim Noriah Osman.

Belanjawan 2020: Pastikan insentif untuk petani sampai kepada golongan sasar
Pergetah Kedah berkata ini kerana ada bantuan sebelum ini tidak sampai kepada pihak yang sepatutnya kerana beberapa isu.

PM Najib umum 'duit raya' berjumlah RM106.81 juta kepada 33,864 pekebun kecil
Jumlah tersebut merangkumi 16,080 peserta Rancangan Tanaman Baharu Berkelompok (RTBB) sebanyak RM38.16 juta dan 17,784 peserta Tanam Semula Komersial (TSK) sebanyak RM68.64 juta.