KUALA LUMPUR: Dengan pelaksanaan rangkaian borong tunggal 5G yang pertama di dunia oleh Digital Nasional Bhd (DNB), pengendali rangkaian mudah alih (MNO) dalam industri telekomukasi Malaysia berpotensi untuk menjimatkan kos pembinaan infrastruktur kira-kira RM30 bilion dalam tempoh 10 tahun akan datang.
"Ini akan membolehkan MNO untuk fokus kepada penambahbaikan perkhidmatan 4G dan penyediaan perkhidmatan 5G yang inovatif dan bernilai tinggi bagi manfaat rakyat dan perniagaan," Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz.
Pada 31 Oktober lepas, lima MNO Malaysia, Celcom Axiata Bhd, Digi Telecommunications Sdn Bhd, Telekom Malaysia Bhd (TM), U Mobile Sdn Bhd, dan YTL Communications Sdn Bhd (YES) masing-masing telah menandatangani perjanjian akses 5G bersama DNB.
Tengku Zafrul menyifatkan perjanjian akses 5G yang dimeterai oleh lima MNO dan DNB tersebut pencapaian penting dalam melaksanakan visi 5G negara bagi memacu pembangunan ekonomi digital dalam tempoh jangka panjang.
"Dengan penyertaan lima MNO ini dalam penyediaan akses borong oleh DNB, pelanggan-pelanggan mereka dijangka akan dapat mendapat manfaat dengan kelajuan pantas dan ketersambungan 5G dengan lebih inklusif pada harga mampu milik," katanya.
Beliau berkata kos pembangunan rangkaian 5G adalah RM16.5 bilion dalam tempoh 10 tahun tanpa sebarang pembiayaan atau jaminan kerajaan selain suntikan ekuiti bernilai RM500 juta untuk memulakan operasi syarikat DNB.
DNB komited untuk mempercepatkan pembangunan rangkaian dan infrastruktur 5G, katanya.
"Rangkaian 5G kini meliputi hampir 11 juta penduduk di seluruh Malaysia bersamaan dengan lebih daripada 33 peratus liputan di kawasan berpenduduk.
"Setakat akhir Ogos 2022, DNB kekal berada di landasan untuk mencapai kirak-kira 80 peratus liputan di kawasan berpenduduk menjelang akhir 2024," katanya.
Tengku Zafrul juga berkata bahawa pewujudan khidmat 5G akan meningkatkan produktiviti, kecekapan dan inovasi yang dijangka mewujudkan sebanyak 750,000 pekerjaan berkemahiran tinggi dan menjana RM650 bilion bagi Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) secara kumulatif sehingga tahun 2030.
--BERNAMA
Bernama
Wed Nov 02 2022
![Rangkaian borong tunggal 5G DNB, MNO berpotensi jimat RM30 bilion - Tengku Zafrul Rangkaian borong tunggal 5G DNB, MNO berpotensi jimat RM30 bilion - Tengku Zafrul](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-10/51667014955_HSBC.jpg)
Tengku Zafrul menyifatkan perjanjian akses 5G yang dimeterai oleh lima MNO dan DNB tersebut pencapaian penting dalam melaksanakan visi 5G negara. - Fail
![Aduan jalan berlubang di WP perlu selesai dalam masa 12 jam - Dr Zaliha Aduan jalan berlubang di WP perlu selesai dalam masa 12 jam - Dr Zaliha](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51739952443_ZalihabintiMustafa.jpg)
Aduan jalan berlubang di WP perlu selesai dalam masa 12 jam - Dr Zaliha
Aduan mengenai jalan berlubang di Wilayah Persekutuan perlu diselesaikan dalam tempoh 12 jam berbanding 24 jam sebelum ini.
Aduan di Wilayah Persekutuan perlu selesai dalam masa 12 jam - Dr Zaliha
Aduan mengenai jalan berlubang di Wilayah Persekutuan perlu diselesaikan dalam tempoh 12 jam berbanding 24 jam sebelum ini.
Aliran trafik lancar 30 peratus tanpa kenderaan berat
Larangan pergerakan kenderaan berat di beberapa jajaran lebuh raya terpilih sekitar Lembah Klang menyaksikan aliran trafik lancar sehingga 30 peratus pada waktu puncak.
![Mahkamah akan dengar saman bekas ADUN Nenggiri berhubung penamatan keahlian Bersatu Mahkamah akan dengar saman bekas ADUN Nenggiri berhubung penamatan keahlian Bersatu](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739951176_TBMohdAzizi.jpg)
Mahkamah akan dengar saman bekas ADUN Nenggiri berhubung penamatan keahlian Bersatu
Mahkamah Tinggi memutuskan akan mendengar saman pemula difailkan bekas ADUN Nenggiri Mohd Azizi Abu Naim bagi mencabar penamatan keahliannya daripada Bersatu.
AWANI Ringkas: JIM gempur flat Chow Kit, tahan 124 PATI
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
'Saya sokong menggantung lesen atas kesalahan yang serius '- YB Jelutong
Menteri Pengangkutan berkata lesen tidak boleh dibatal sewenang-wenangnya oleh JPJ. Hukuman untuk menggantung lesen bergantung kepada tahap keseriusan dan ditentukan oleh mahkamah. #AWANInews
![Pengasuh dengar suara Zayn Rayyan cuba lepaskan diri daripada seseorang Pengasuh dengar suara Zayn Rayyan cuba lepaskan diri daripada seseorang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51739951362_ZaynRayyan.jpg)
Pengasuh dengar suara Zayn Rayyan cuba lepaskan diri daripada seseorang
Pengasuh Zayn Rayyan telah mendengar suara kanak-kanak autistik itu seakan-akan mahu melepaskan diri daripada seseorang di Blok R, Pangsapuri Idaman pada 5 Disember 2023 lalu.
![Sun Life Malaysia lantik Noor Azam Mohd Yusof sebagai CEO unit takaful Sun Life Malaysia lantik Noor Azam Mohd Yusof sebagai CEO unit takaful](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71739951298_noorazambinmohdy.jpg)
Sun Life Malaysia lantik Noor Azam Mohd Yusof sebagai CEO unit takaful
Sun Life Malaysia (Sun Life) melantik Noor Azam Mohd Yusof sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Sun Life Malaysia Takaful Bhd (SLMT) berkuat kuasa 3 Feb, 2025.
'Kapal yang berlabuh tidak perlu serah dokumen secara fizikal'-Anthony
Menteri Pengangkutan, Anthony Loke telah mengumumkan satu aplikasi di mana semua dokumen kapal yang berlabuh tidak perlu diserahkan secara fizikal dan akan dilakukan secara dalam talian. #AWANInews
![Tol MLFF dilaksana PLUS usaha konsesi sendiri - Ahmad Maslan Tol MLFF dilaksana PLUS usaha konsesi sendiri - Ahmad Maslan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739944438_TBAhmadMaslan.jpg)
Tol MLFF dilaksana PLUS usaha konsesi sendiri - Ahmad Maslan
Sistem Aliran Bebas Pelbagai Lorong (MLFF) yang akan dilaksanakan oleh PLUS adalah atas usaha persendirian syarikat konsesi itu.
![Langganan 5G di seluruh negara cecah 18.19 juta setakat suku keempat 2024 - Fahmi Langganan 5G di seluruh negara cecah 18.19 juta setakat suku keempat 2024 - Fahmi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81738760534_TBFADZIL.jpg)
Langganan 5G di seluruh negara cecah 18.19 juta setakat suku keempat 2024 - Fahmi
Pengguna rangkaian 5G di seluruh negara mencecah 53.35 peratus atau 18.19 juta langganan setakat suku keempat tahun lepas, kata Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil.
![Perkembangan AI Deepseek China tingkatkan permintaan pusat data - Gobind Perkembangan AI Deepseek China tingkatkan permintaan pusat data - Gobind](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71738714681_tbGobindSinghDeo.jpg)
Perkembangan AI Deepseek China tingkatkan permintaan pusat data - Gobind
Gobind yakin bahawa kemajuan teknologi AI tidak akan menjadi ancaman kepada usaha Malaysia untuk menjadi hab pusat data di rantau ini.
![DNB-Ericson lancar teknologi 5G Advanced, disokong teknologi AI, jimat tenaga DNB-Ericson lancar teknologi 5G Advanced, disokong teknologi AI, jimat tenaga](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41738656886_DNBericssongobin.jpg)
DNB-Ericson lancar teknologi 5G Advanced, disokong teknologi AI, jimat tenaga
Digital Nasional Berhad (DNB) dan Ericsson melancarkan teknologi 5G Advanced pada rangkaian DNB.
![Kementerian Komunikasi kenal pasti 67 kawasan perindustrian akan dilengkapi kemudahan 5G - Fahmi Kementerian Komunikasi kenal pasti 67 kawasan perindustrian akan dilengkapi kemudahan 5G - Fahmi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/71737455601_FahmiFadzil.jpg)
Kementerian Komunikasi kenal pasti 67 kawasan perindustrian akan dilengkapi kemudahan 5G - Fahmi
Kementerian Komunikasi telah mengenal pasti 67 kawasan perindustrian di seluruh negara untuk dilengkapi dengan kemudahan internet 5G.
![Sebahagian rangkaian jalur lebar 5G boleh dimanfaat pihak berkuasa - Fahmi Sebahagian rangkaian jalur lebar 5G boleh dimanfaat pihak berkuasa - Fahmi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/81737535723_FahmiFadzil.jpg)
Sebahagian rangkaian jalur lebar 5G boleh dimanfaat pihak berkuasa - Fahmi
Rangkaian 5G mempunyai keupayaan menyediakan jalur lebar khusus untuk komunikasi tersulit diwujudkan demi manfaat organisasi agensi penguatkuasaan.
![Liputan rangkaian 5G turut fokus kawasan berimpak tinggi seperti zon perindustrian - Fahmi Liputan rangkaian 5G turut fokus kawasan berimpak tinggi seperti zon perindustrian - Fahmi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/71737282810_FahmiFadzil.jpg)
Liputan rangkaian 5G turut fokus kawasan berimpak tinggi seperti zon perindustrian - Fahmi
Tumpuan capaian perkhidmatan rangkaian 5G akan turut memberi fokus kepada kawasan yang boleh memberi manfaat maksimum seperti zon perindustrian.
![Manfaat potensi 5G tingkat kualiti perkhidmatan kesihatan - Fahmi Manfaat potensi 5G tingkat kualiti perkhidmatan kesihatan - Fahmi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/71737198657_TBFAHMI.jpg)
Manfaat potensi 5G tingkat kualiti perkhidmatan kesihatan - Fahmi
Potensi rangkaian 5G akan dimanfaatkan untuk meningkatkan literasi kesihatan rakyat dan kualiti perkhidmatan kesihatan negara melalui Program Rintis Future Health for All (FH4A).
![U Mobile, CIMB meterai MoU biaya pelancaran rangkaian 5G seterusnya U Mobile, CIMB meterai MoU biaya pelancaran rangkaian 5G seterusnya](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/41736923053_CIMBUmobile.jpg)
U Mobile, CIMB meterai MoU biaya pelancaran rangkaian 5G seterusnya
CIMB telah menyediakan pembiayaan RM1.2 bilion pada 2021, dinaikkan kepada RM1.4 bilion pada 2023.
![PM Anwar kesal kelewatan pelaksanaan MyDigital ID, rangkaian 5G kedua PM Anwar kesal kelewatan pelaksanaan MyDigital ID, rangkaian 5G kedua](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-12/41733364775_AnwarIbrahim.jpg)
PM Anwar kesal kelewatan pelaksanaan MyDigital ID, rangkaian 5G kedua
Kelewatan pelaksanaan dua inisiatif digital negara iaitu MyDigital ID dan rangkaian 5G kedua menyebabkan Perdana Menteri hilang sabar.
![Rangkaian 5G kedua beri impak positif kepada pengguna dan sektor industri di Malaysia Rangkaian 5G kedua beri impak positif kepada pengguna dan sektor industri di Malaysia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-11/71732206287_gindustri.jpg)
Rangkaian 5G kedua beri impak positif kepada pengguna dan sektor industri di Malaysia
Kewujudan rangkaian 5G kedua, U Mobile Sdn Bhd mampu memberikan impak positif kepada pengguna dan sektor industri.