Restoran ''mamak'' akan perkenal kad diskaun untuk golongan tertentu masyarakat bagi membantu meringankan beban perbelanjaan mereka.
Presiden Persatuan Pengusaha Restoran Muslim Malaysia (Presma) Ayoob Khan Muhammad Yakub berkata kad itu memberi diskaun 25 peratus untuk orang kurang upaya, 10 peratus untuk warga emas dan lima hingga 10 peratus untuk pelajar warga Malaysia.
"Kad diskaun berkenaan dijangka diperkenalkan tidak lama lagi secara kerjasama dengan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK)," katanya kepada pemberita di pejabat KPDNKK di sini pada Rabu.
Beliau juga berkata restoran yang bernaung di bawah Presma masih mengekalkan harga lama makanan sejak dua tahun lalu dan tidak menaikkan harga seperti yang didakwa segelintir pihak.
Laporan mengenai restoran mamak menaikkan harga makanan terutamanya roti canai dan teh tarik tular di media sosial hingga mendorong Hamzah memanggil Presma untuk mendapatkan penjelasan.
Presma mempunyai 4,000 ahli di seluruh negara, dengan lebih 10,000 restoran bernaung di bawahnya.
Sementara itu, Hamzah berkata pemeriksaan KPDNKK mendapati harga makanan di kedai yang menjadi anggota Presma pada masa ini adalah sama seperti pada April 2016.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Apr 27 2017
Laporan mengenai restoran mamak menaikkan harga makanan terutamanya roti canai dan teh tarik tular di media sosial hingga mendorong Hamzah memanggil Presma untuk mendapatkan penjelasan. - Gambar hiasan
Konsert Pinkfish: Sah ada dadah dalam darah empat yang maut - Polis
Ini berdasarkan dapatan analisis toksikologi daripada Jabatan Kimia, minggu lepas.
TikTok mula ditutup di Amerika esok kecuali jika Biden campur tangan
Jaminan yang diperlukan ialah Apple, Google dan penyedia perkhidmatan lain tidak akan dikenakan tindakan kerana terus menyokong TikTok.
ASEAN 2025: Kompleks Kraf Langkawi bersedia terima kunjungi delegasi
Delegasi ASEAN juga berpeluang membeli-belah pelbagai produk kraf dari seluruh Malaysia yang ditempatkan di bawah satu bumbung di kompleks itu.
Mangsa banjir di Sabah meningkat mendadak, Pahang kekal pagi ini
Jumlah mangsa banjir yang berlindung di pusat pemindahan sementara (PPS) di Sabah meningkat ketara manakala di Pahang kekal setakat 8 pagi.
Sindiket curi bungkusan kurier tumpas
Tujuh termasuk seorang wanita ditahan dalam beberapa siri serbuan di Lembah Klang dan Nilai, Negeri Sembilan.
TFC akui peluang ke pentas akhir Piala Malaysia tipis
Kekalahan besar di hadapan lebih 11,000 penyokong di laman sendiri memudarkan impian Terengganu FC untuk bergelar finalis seperti musim lepas.
ASEAN 2025: Malaysia ketengah tiga tonggak utama di Pemukiman Menteri Luar
Tiga tonggak utama yang akan diketengahkan ialah politik-keselamatan, ekonomi dan sosio-budaya.
Malaysia yakin hadapi sebarang cabaran mungkin berlaku daripada pentadbiran Trump
Masih terlalu awal untuk memastikan bahawa ketegangan antara China dan Amerika Syarikat akan berlaku semasa pentadbiran Trump.
Gencatan senjata Gaza: Janji Israel meragukan, sukar dipercayai - Tun M
Dr Mahathir meragui Israel yang terkenal kerana sering mengingkari undang-undang antarabangsa dan resolusi PBB.
Akauntan warga emas rugi RM460,888 terpedaya pelaburan bitcoin
Seorang warga emas berputih mata apabila kerugian RM460,888 selepas terpedaya pelaburan bitcoin yang menjanjikan pulangan lumayan.
Restoran mamak perkenal kad diskaun
Restoran "mamak" akan perkenal kad diskaun untuk golongan tertentu masyarakat bagi membantu meringankan beban perbelanjaan mereka.