Kuala Lumpur: RHB Bank Bhd telah meningkatkan sasaran perkhidmatan kewangan mampan 2026 kepada RM50 bilion berbanding RM20 bilion sebelum ini berikutan pencapaian kukuh setakat ini.
Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulannya, Mohd Rashid Mohamad berkata, kumpulan tersebut telah menggerakkan secara kumulatif RM23.8 bilion dalam perkhidmatan kewangan mampan menjelang akhir tahun kewangan 2023.
“Daripada jumlah ini, RM11.3 bilion disalurkan kepada aktiviti hijau, termasuk projek tenaga boleh diperbaharui dan penyelesaian kecekapan tenaga, menyumbang ke arah matlamat kami untuk mencapai sifar bersih menjelang 2050,” katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan.
Dalam membangunkan komitmen sifar bersihnya, RHB melaksanakan latihan asas pelepasan dibiayai yang komprehensif pada tahun kewangan 2023, menetapkan asas 9.26 tan karbon dioksida (MTCO2e) untuk jumlah pelepasan yang dibiayai pada 31 Disember 2022.
“Menyedari bahawa sesetengah sektor menyumbang lebih ketara, RHB mengutamakan lima sektor berimpak tinggi, iaitu bekalan tenaga, minyak sawit, minyak dan gas, hartanah dan pembinaan serta pengangkutan.
“Sektor-sektor ini mewakili hampir 60 peratus daripada pendedahan kewangan kumpulan dan lebih 80 peratus pelepasan yang dibiayai (7.63 MTCO 2e).
"Strategi RHB untuk mencapai sifar bersih menjelang 2050 menumpukan pada pengurangan pelepasan yang dibiayai daripada lima sektor berimpak tinggi ini," katanya.
Menjelang 2030, RHB menyasarkan untuk mencapai pengurangan 20 peratus dalam sektor ini.
Manakala menjelang 2050, matlamat RHB adalah untuk mencapai pengurangan sehingga 96 peratus dalam pelepasan yang dibiayai merentas lima sektor ini.
Antara lain, RHB telah mencapai kemajuan yang ketara ke arah operasi neutral karbon, mencapai pengurangan 43 peratus dalam pelepasan gas rumah hijau (GHG) operasi berbanding garis dasar 2016, merangkumi Skop 1, 2, dan 3 (Perjalanan Perniagaan melalui Jalan dan Udara).
Kumpulan itu menyasarkan untuk mencapai pengurangan 45 peratus dalam pelepasan GHG operasi menjelang 2026 dan mencapai operasi neutral karbon menjelang 2030 melalui inisiatif dalaman dan pengimbangan karbon.
“Kami akan terus berinteraksi dengan pelanggan, rakan kongsi perniagaan, pekerja dan komuniti secara lebih luas untuk memulakan perjalanan sifar bersih kami bersama-sama.
“Kami juga akan bekerjasama dengan badan kerajaan, pihak berkuasa pengawalseliaan dan pihak berkepentingan lain untuk mewujudkan kesan berskala, pada masa sama, dipandu tentang kemajuan dan pembangunan dasar kerajaan, arahan dan insentif ke arah mencapai komitmen sifar bersih 2050," tambahnya.
Nabilah Khaleeda
Fri Apr 19 2024

RHB Bank Bhd telah meningkatkan sasaran perkhidmatan kewangan mampan 2026 kepada RM50 bilion berbanding RM20 bilion sebelum ini berikutan pencapaian kukuh setakat ini. - Gambar fail

Kanak-kanak dilanggar depan sekolah, terperosok bawah MPV
Pihak JBPM Putrajaya menerima laporan berhubung kejadian pada 4.55 petang, melibatkan sebuah MPV jenis Perodua Alza.

Malaysia komited pimpin ASEAN tangani jenayah rentas sempadan - Ahmad Zahid
Malaysia komited untuk memimpin ASEAN dalam menangani pelbagai bentuk jenayah rentas sempadan termasuk penipuan dalam talian.

Enam juruterbang TUDM jalani latihan kendali pesawat FA-50M di Korea Selatan Oktober ini
Enam juruterbang TUDM akan jalani latihan intensif untuk membiasakan diri dengan sistem operasi pesawat baharu FA-50M di Korea Selatan pada Oktober ini.

Tipu umrah: Polis rakam keterangan 9 individu
Menurut Ramli, pegawai penyiasat telah merakam percakapan sembilan individu antaranya pengadu, pengarah dan kakitangan syarikat berkenaan.

Wanita kunci kepada dialog intra-Islam, kata pakar
Wanita berperanan memajukan dialog intra-Islam dan pembangunan masyarakat, menyumbang kepada pembentukan generasi akan datang melalui toleransi.

JK HARMONI bincang kaedah terbaik perkukuh perpaduan - Mohd Na'im
JK HARMONI mencari jalan dan memberikan pandangan kepada kerajaan tentang kaedah terbaik untuk memperkukuh perpaduan masyarakat.

Jemaah haji diingat dapatkan vaksin COVID-19
Jemaah haji berumur 65 tahun ke atas serta mereka yang dikategorikan sebagai berisiko tinggi diingatkan untuk mendapatkan vaksin COVID-19.

G20 mesti terus perjuangkan penyelesaian diplomatik kepada konflik
Presiden Afrika Selatan gesa G20 untuk terus memperjuangkan penyelesaian diplomatik kepada konflik di seluruh dunia.

Jaringan tunggal Faizal bawa THT ke final Piala TNB
THT di landasan tepat untuk merangkul gelaran treble Liga Hoki Malaysia2025, selepas terlebih dahulu menjulang Piala Sumbangsih serta menjuarai liga buat kali ketujuh.

Ambilan kohort pertama program DBA pada Julai depan - Ewon
Universiti Keusahawanan Koperasi Malaysia (UKKM) akan memulakan pengambilan kohort pertama program Doktor Pentadbiran Perniagaan (DBA) pada Julai depan.

LEKAS ditutup Sabtu dan Ahad ini, beri laluan RHB Lekas Highway Ride 2024.
Antara jalan terlibat adalah kilometer dua LEKAS menghala ke Seremban, LEKAS ke arah Bandar Teknologi dan susur masuk LEKAS ke Semenyih.

RHB tingkatkan sasaran perkhidmatan kewangan mampan kepada RM50 bilion menjelang 2026
RHB tingkatkan sasaran perkhidmatan kewangan mampan 2026 kepada RM50 bilion berbanding RM20 bilion sebelum ini berikutan pencapaian kukuh setakat ini.

RHB, TNB bekerjasama promosi peralihan tenaga hijau kepada PKS dan individu
RHB dan TNB akan menganjurkan jerayawara kelestarian mulai suku ketiga tahun ini bagi melibatkan PKS di bandar-bandar utama Malaysia.

RHB raikan komuniti neurodiversiti dengan peluang pekerjaan, kemahiran hidup
Ia merupakan Majlis Penganugerahan Kejayaan RHB #Empower dan Neurodiversiti@Work yang pertama susulan program yang bermula Oktober 2022.

Belanjawan 2023 seimbang, penekanan pada kemampanan fiskal jangka panjang
Belanjawan 2023 menyediakan sokongan yang amat diperlukan dalam menangani kos sara hidup yang tinggi, mengukuhkan lagi jaringan keselamatan sosial serta mempertingkatkan ekosistem PMKS.

RHB semak naik unjuran pertumbuhan KDNK 2022 kepada 8.5 peratus
Bank pelaburan itu turut mengunjurkan bahawa KDNK berkembang sebanyak 6.0 peratus tahun ke tahun pada suku keempat 2022.

Affin, RHB naikkan kadar rujukan sebanyak 25 mata asas mulai 12 September
Affin Bank Bhd, Affin Islamic Bank Bhd dan Affin Hwang Investment Bank Bhd akan menaikkan kadar rujukan masing-masing sebanyak 25 mata asas berkuatkuasa 12 September 2022.

Gabungan AmBank, RHB dan minat Grab hanya 'bualan pasaran' setakat ini
Pada masa ini tiada sebarang perkembangan atau kemajuan baharu berkaitan cadangan tersebut.

Tekanan inflasi dijangka beri kesan kepada pendapatan suku tahun Berjaya Food - RHB Investment
Walaupun berdepan tekanan inflasi sejak sebelum ini, jenama Starbucks berjaya mengekalkan margin EBIT di atas 17%.

Sushi King dijangka pacu pertumbuhan Texchem Resources pada FY22
Pemulihan operasi Sushi King dijangka memacu pertumbuhan Texchem Resources Bhd. bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2022 (FY22).