SHAH ALAM: Genap 16 tahun RichWorks International pada 13 Jun 2024, merintis pembangunan usahawan jutawan di negara hingga menyaksikan ramai usahawan jutawan terutama bumiputera dilahirkan daripada sistem, ilmu dan strategi yang terbukti.
Pengasas dan Pengerusi RichWorks International Sdn Bhd (RichWorks), Datuk Wira Dr Azizan Osman berkata, bermula secara kebetulan dan bertukar minat hingga menjadi sebuah institusi dengan kepakaran dalam menyaksikan pertumbuhan seseorang usahawan daripada satu tahap ke tahap yang lebih tinggi lagi.
Katanya, pengalaman 16 tahun dengan melihat sendiri jatuh bangun seseorang usahawan secara dekat membuatkan RichWorks sentiasa menambah baik dan bergerak ke hadapan dalam menyokong pertumbuhan perusahaan kecil dan sederhana (PKS).
“Alhamdulillah, RichWorks boleh dikatakan sebagai satu institusi keramat melahirkan usahawan yang berjaya bukan hanya capai jualan jutaan ringgit bahkan menyumbang kembali kepada masyarakat dan negara.
"Tahun lalu, 65 usahawan bimbingan secara dekat kami capai jualan lebih RM10 juta dan kami dalam misi untuk lahirkan 100 usahawan pula pada tahun ini.
“Usahawan kami dibimbing secara holistik, bukan saja aspek bisnes termasuk menekankan kewajipan membayar cukai, zakat, tanggungjawab mereka kepada kakitangan dan masyarakat bahkan aspek kerohanian yang sangat penting."
Maklum Azizan lagi, 30 usahawan Titanium RichWorks dapat menunaikan ibadah haji malah ada yang membawa ahli keluarga bersama.
Sempena ulang tahun ke-16, RichWorks mengadakan Klinik Usahawan khusus buat usahawan-usahawan di serata negara mengikut industri secara percuma bermula Jun hingga penghujung tahun ini.
Tambah Azizan, usahawan ini dapat lebih kepastian dengan adanya mentor atau jurulatih yang dapat membimbing dan membawa mereka melihat di mana ada ruang dan peluang juga potensi lain yang boleh dibuat untuk mencapai sasaran.
“Nak jalankan bisnes ini mudah, tapi nak buat bisnes bertahan dan alami pertumbuhan itu susah jika anda tiada sokongan yang betul.
“Bahkan salah satu cabaran terbesar bagi usahawan terutama pemilik bisnes bila mana mereka terperangkap dengan kejayaan masa lalu,” jelasnya.
Azizan berkata, mereka akan mula rasa selesa, tak mahu berubah dengan tetap nak melakukan perkara sama tapi mengharapkan hasil lebih baik.
“Inilah yang selalu saya lihat permulaan kepada kejatuhan mereka dan jika tidak dibetulkan boleh menyebabkan bisnes terlingkup.
“Bagi selesaikan isu ini, usahawan kena sedar bahawa masa beredar, teknologi berkembang dan tingkah laku manusia juga berubah menyebabkan kita perlu sentiasa bersedia untuk tambah baik ‘game’ masing-masing,” tegasnya lagi.
Israr Khalid
Fri Jun 14 2024
![RichWorks gedung lahirkan usahawan jutawan negara RichWorks gedung lahirkan usahawan jutawan negara](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/51718292966_TBRICHWORK.jpg)
Tahun lalu, 65 usahawan bimbingan secara dekat RichWorks mencapai jualan lebih RM10 juta dan syarikat itu dalam misi untuk melahirkan 100 usahawan pula tahun ini. - Foto RichWorks
200 warga China akan dihantar pulang pada Khamis
China akan menghantar pulang 200 warganya yang terlibat dalam sindiket penipuan pekerjaan di sempadan Myanmar-Thailand.
![Remaja maut akibat kusta, dua kampung Orang Asli di Kuala Pilah dikuarantin Remaja maut akibat kusta, dua kampung Orang Asli di Kuala Pilah dikuarantin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81739960155_TBAMINUDDINHARUN.jpg)
Remaja maut akibat kusta, dua kampung Orang Asli di Kuala Pilah dikuarantin
Seorang remaja perempuan Orang Asli berusia 18 tahun disahkan meninggal dunia Isnin lepas, setelah seminggu demam akibat dijangkiti kusta, manakala lapan lagi sedang menerima rawatan.
![Mara sasar kurangkan pinjaman tidak berbayar kepada 30 peratus Mara sasar kurangkan pinjaman tidak berbayar kepada 30 peratus](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739955253_AsyrafWajdiDusuki.jpg)
Mara sasar kurangkan pinjaman tidak berbayar kepada 30 peratus
Majlis Amanah Rakyat (Mara) menyasarkan untuk mengurangkan pinjaman tidak berbayar (NPL) yang ditanggung agensi itu di bawah paras 30 peratus tahun ini.
![KKM lancar kempen 'Perangi Stigma', hapus diskriminasi terhadap pesakit mental KKM lancar kempen 'Perangi Stigma', hapus diskriminasi terhadap pesakit mental](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739959779_DzulkeflyAhmad.jpg)
KKM lancar kempen 'Perangi Stigma', hapus diskriminasi terhadap pesakit mental
Kementerian Kesihatan melancarkan kempen 'Perangi Stigma'bagi membanteras stigma dan diskriminasi terhadap individu alami kesihatan mental.
Pantau Agenda Reformasi: Impak jangka panjang larangan pergerakan kenderaan berat
Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) memperluas larangan pergerakan kenderaan berat memasuki lebuh raya pada waktu puncak di beberapa jajaran lebuh raya terpilih di sekitar Lembah Klang bermula pada 19 Feb ini bagi melancarkan pergerakan trafik di kawasan itu serta di bandar raya.
Prof. Madya Dr. Law Teik Hua, Pengarah Pusat Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya UPM
Prof. Madya Dr. Law Teik Hua, Pengarah Pusat Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya UPM
Seni bina perlu jadi penyumbang kukuh perdagangan perkhidmatan
Seni bina masih merupakan segmen eksport yang kurang dibangunkan berikutan pengangkutan, teknologi maklumat dan komunikasi serta perkhidmatan perniagaan yang mendominasi profil eksport perkhidmatan negara.
Adaptasi ESG: Perkongsian awam-swasta beri kelebihan daya saing
Kerajaan berhasrat mewujudkan ekonomi digital yang teguh, mampan dan berdaya saing di peringkat global yang memberi manfaat kepada perniagaan dan rakyat.
![Kerani rugi RM1 juta terperdaya skim pelaburan tidak wujud Kerani rugi RM1 juta terperdaya skim pelaburan tidak wujud](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-12/61734154906_tbHusseinOmarKhan.jpg)
Kerani rugi RM1 juta terperdaya skim pelaburan tidak wujud
Seorang kerani sebuah syarikat swasta kerugian RM1 juta selepas menjadi mangsa penipuan skim pelaburan tidak wujud menerusi Facebook.
Perikanan: Pemprosesan, pengeluaran jana nilai ekonomi RM 64 juta tahun lepas - DOF
Pencapaian dicatatkan menerusi Program myAgropreneur (myAP) itu mencerminkan peranan penting industri pemprosesan perikanan dalam menyokong pembangunan ekonomi negara.
Terengganu bakal miliki industri pembinaan pesawat ringan
Perkara itu masih dalam perbincangan dengan syarikat Putra Aerospace Industries (PAI) dan pihaknya telah memberikan persetujuan awal untuk meneliti lanjut projek berkenaan.
![Sandiaga Uno, RichWorks lancar kerjasama bimbing usahawan Indonesia Sandiaga Uno, RichWorks lancar kerjasama bimbing usahawan Indonesia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-08/41659338474_AzizanOsman.jpg)
Sandiaga Uno, RichWorks lancar kerjasama bimbing usahawan Indonesia
RichWorks International Sdn. Bhd. akan bekerjasama dengan lebih 200 usahawan dari sektor ekonomi kreatif Indonesia dalam perkongsian kepakaran dan bimbingan bagi mengembangkan perniagaan mereka.
![Richworks bimbing 1,885 usahawan dengan rekod jualan terkumpul RM3.7 bilion Richworks bimbing 1,885 usahawan dengan rekod jualan terkumpul RM3.7 bilion](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-03/41646737227_Richworks.jpg)
Richworks bimbing 1,885 usahawan dengan rekod jualan terkumpul RM3.7 bilion
Dalam majlis yang sama, Azizan turut melancarkan buku Bangkit Bisnes Dari Krisis yang dihasilkan daripada analisis RichWorks.