KUALA LUMPUR: Ringgit dibuka mengukuh sedikit berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada sesi dagangan awal Rabu, walaupun mata wang negara maju itu meningkat susulan kenaikan dicatatkan Indeks Dolar AS (DXY), kata seorang ahli ekonomi.
Pada 9 pagi ini, ringgit meningkat kepada 4.7170/7230 berbanding dolar AS pada paras 4.7175/7205 di akhir urus niaga semalam.
Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata DXY meningkat 0.10 peratus kepada 105.259 mata yang membuktikan peningkatan permintaan terhadap dolar AS.
"Mata wang tempatan akan terus kekal dalam julat kecil berikutan pasaran menunggu hasil mesyuarat Jawatankuasa Pasaran Terbuka Persekutuan (FOMC) pada malam ini," katanya kepada Bernama.
Bagaimanapun, beliau berkata lelongan nota Perbendaharaan 10 tahun AS mendapat bidaan kukuh daripada pelabur, namun hasilnya susut kepada 4.438 peratus berbanding lelongan sebelumnya sebanyak 4.483 peratus dengan nisbah sebanyak 2.67 kali - tertinggi sejak Februari 2022.
"Nampaknya spekulasi pengurangan kadar faedah pada September mendapat lebih banyak perhatian menjelang keputusan FOMC pada 12 Jun," katanya.
Pada penutup, ringgit diniagakan kebanyakannya tinggi berbanding kumpulan mata wang utama, kecuali yen Jepun yang susut kepada 3.0006/0046 daripada paras penutup 3.0000/0021 pada Selasa.
Ringgit juga mengukuh berbanding euro kepada 5.0642/0706 daripada 5.0708/0741 semalam dan naik berbanding pound Britain kepada 6.0062/0138 daripada 6.0073/0111 sebelum ini.
Sementara itu, ringgit diniagakan bercampur-campur berbanding mata wang ASEAN lain.
Berbanding dolar Singapura, ringgit mengukuh kepada 3.4853/4900 daripada 3.4862/4887 dan naik berbanding baht Thailand kepada 12.8315/8521 daripada 12.8364/8491 semalam.
Bagaimanapun, ringgit hampir tidak berubah masing-masing berbanding rupiah Indonesia kepada 289.5/290.0 daripada 289.5/289.9 semalam manakala bagi peso Filipina kepada 8.03/8.05 daripada 8.03/8.04.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Jun 12 2024

Pada 9 pagi ini, ringgit meningkat kepada 4.7170/7230 berbanding dolar AS. - Gambar hiasan

Dua kapal tentera laut Iran tiba di Malaysia untuk lawatan operasi
Dua kapal berkenaan ialah jenis Auxiliary, iaitu Ocean Liner-110-3 Shahid Mahdavi dan kapal kelas frigate IRINS Dena.
Pengerusi Ketua Turus bersama Amerika Syarikat ditamatkan perkhidmatan
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump menamatkan perkhidmatan Pengerusi Ketua Turus Bersama Jeneral Charles Brown
Mayat didakwa Shiri Bibas tiba di institut forensik Tel Aviv
Mayat tebusan Israel yang didakwa sebagai Shiri Bibas tiba di Institut Forensik Abu Kabir di Tel Aviv pada awal pagi Sabtu untuk proses pengecaman rasmi.
Arab Saudi larang rekod siaran langsung solat Tarawih
Kerajaan Arab Saudi telah mengeluarkan larangan penggunaan kamera untuk merekod jemaah yang menunaikan solat Tarawih, termasuk siaran langsung sepanjang ibadah tersebut dijalankan.

Remaja maut, motosikal terbakar selepas bertembung kereta
Dalam kejadian jam 11.10 malam itu mangsa berusia 18 tahun meninggal dunia di lokasi akibat kecederaan parah.
[TERKINI] Suspek cabul kanak-kanak di masjid direman tujuh hari
Lelaki berusia 19 tahun yang ditahan berhubung kes cabul kanak-kanak di sebuah masjid di Batang Kali, Hulu Selangor direman tujuh hari.

iPhone 17 dijangka guna cip WiFi dibangunkan Apple
Mengikut laporan terbaharu yang hadir ini, Apple dijangka menggunakan cip WiFi baharu mereka pada semua model iPhone 17 baharu tahun ini.

Spotify mula terima buku audio dijana AI
Buat masa ini, Spotify menerima buku audio janaan menggunakan ElevenLabs Voices.

Selepas disingkir, Mohalim dan Umarul umum bubar IKLIM
Jelas Mohalim, pembubaran IKLIM adalah jalan terbaik ketika ini memandangkan kemelut yang melanda (pemecatan) adalah sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku dan di luar jangkaan.
Jejantas Tun Teja lonjak ekonomi setempat
Ikon pelancongan terbaharu Melaka, Jejantas Tun Teja sebagai pemangkin kepada perkembangan ekonomi peniaga kecil dan sederhana yang terdapat di sekitar kawasan berkenaan.

Ringgit ditutup tinggi berbanding dolar AS menjelang minit mesyuarat Fed
Pada pukul 6 petang, ringgit meningkat kepada 4.4410/4450 daripada 4.4440/4480 ketika ditutup semalam.

Ringgit ditutup tinggi selepas membetulkan kedudukan terlebih jual
Pada 6 petang, ringgit naik 145 mata peratusan kepada 4.4535/4600 berbanding dolar AS daripada 4.4680/4725 ketika ditutup pada Rabu.

Ringgit dibuka lebih tinggi berbanding dolar AS
Pada 8 pagi, ringgit mengukuh kepada 4.4230/4375 berbanding dolar AS daripada 4.4320/4385 semasa ditutup pada Khamis.

Ringgit terus ditutup tinggi berbanding dolar AS
Pada 6 petang, ringgit menokok kepada 4.4200/4260 berbanding dolar AS daripada 4.4400/4495 ketika ditutup pada Selasa.

Penangguhan kenaikan tarif AS bantu ringgit ditutup lebih tinggi berbanding dolar AS
Pada 6 petang, ringgit meningkat kepada 4.4400/4495 berbanding dolar AS daripada paras penutup 4.4710/4800 pada Isnin.

Ringgit ditutup tinggi berbanding dolar AS disokong penurunan inflasi
Pada pukul 6 petang, ringgit meningkat kepada 4.4340/4400 berbanding dolar AS daripada 4.4730/4780 ketika ditutup semalam.

Ringgit stabil pada paras 4.50 berbanding dolar AS
Pada 6 petang, ringgit menokok sedikit kepada 4.5035/5100 berbanding dolar AS daripada 4.5080/5120 pada penutup Isnin.

Ringgit melantun semula, ditutup tinggi berbanding dolar AS
Pada 6 petang, ringgit meningkat kepada 4.4850/4900 berbanding dolar AS daripada paras 4.5090/5135 pada Isnin.

Ringgit ditutup rendah susulan permintaan berterusan terhadap dolar AS
Pada 6 petang, ringgit merosot kepada 4.4760/4810 berbanding dolar AS 4.4690/4745 ketika ditutup pada Selasa.

Ringgit akhiri 2024 catat prestasi terbaik dalam kalangan mata wang utama Asia
Ringgit muncul sebagai mata wang mencatatkan prestasi terbaik di Asia Tenggara pada 2024, menyerlah berbanding negara-negara serantau lain di tengah-tengah landskap ekonomi global yang mencabar.