KUALA LUMPUR: HSBC menjangkakan ringgit akan stabil berbanding dolar Amerika pada separuh kedua 2022 dengan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) diunjurkan berkembang 5.5 peratus tahun ini.
Keyakinan itu diluahkan Pengarah Urusan merangkap Ketua Pegawai Pelaburan Asia Tenggara Global Private Banking and Wealth HSBC, James Cheo, yang berkata ringgit akan mengukuh apabila sentimen pasaran global bertambah baik.
"Permulaan separuh pertama tahun ini tidak menentu, dan kami percaya ringgit akan stabil untuk bergerak ke arah 4.28 menjelang akhir tahun apabila sentimen pasaran secara global bertambah baik," katanya semasa sidang media Tinjauan Pelaburan HSBC 2H 2022 secara maya, hari ini.
Cheo berkata ekonomi Malaysia berkembang sebanyak 5 peratus pada suku pertama 2022 ke tahap sebelum pandemik, dan dengan sekatan yang semakin longgar, peranan swasta telah pulih semula dan pelaburan menjadi stabil, walaupun ia membawa kepada pertumbuhan import mengatasi eksport.
Dalam pada itu, Cheo berkata rakyat Malaysia tidak perlu terlalu bimbang tentang pengenalan semula cukai barang dan perkhidmatan (GST), namun memahami kebimbangan sebenar lebih tertumpu kepada sama ada negara mampu mengalami pemulihan ekonomi yang kukuh selepas pandemik COVID-19.
"Persoalannya, bagaimana ia akan memberi impak? Adakah ia benar-benar akan mengurangkan penggunaan dalam jangka panjang? Jawapan saya tidak. Ia bergantung kepada kekuatan ekonomi, kenaikan gaji dan prospek jangka panjang keuntungan produktiviti negara, dan saya fikir Malaysia mempunyai pilihan yang baik untuk perkara itu.
"Justeru, rakyat Malaysia tidak perlu terlalu bimbang tentang GST. Apa yang penting ialah pembukaan semula ekonomi adalah kukuh. Saya fikir faktor itu lebih penting daripada cukai pengguna," jelasnya.
Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata pada Ahad (5 Jun) bahawa kerajaan masih mengkaji kemungkinan memperkenalkan semula GST dan belum membuat keputusan.
Madiha Abdullah
Tue Jun 07 2022

Ringgit dijangka kembali mengukuh apabila sentimen pasaran global bertambah baik. - Gambar hiasan
Dividen KWSP dijangka lebih baik bagi tahun 2024 - Amir Hamzah
Prestasi memberangsangkan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) pada suku ketiga tahun lepas dijangka memberi pulangan yang baik dari segi dividen kepada pencarumnya
Jenazah ADUN Ayer Kuning selamat dikebumikan
Jenazah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ayer Kuning Ishsam Shahruddin, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Rapat Setia, Ipoh pada 10.40 pagi ini
Guru tuisyen ditemukan maut dengan kesan kelar di leher, lengan
Pemangku Ketua Polis Daerah Ipoh Supt Mohamad Sajidan Abdul Sukor berkata pengadu yang merupakan suami kepada wanita itu, membuat laporan polis berkenaan kejadian itu kira-kira 5.30 petang.
Notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning dihantar seawal Selasa - Speaker
Speaker DUN Perak akan menghantar pemakluman notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning seawal Selasa
Yellow House rasmi pembukaan premis baharu
Pertubuhan Kebajikan Masyarakat Yellow House merasmikan pembukaan premisnya yang dinaik taraf di Kampung Ampang Campuran pada Sabtu.
Polis ditembak mati lelaki bersenjata di Amerika syarikat
Tindakan suspek dipercayai berpunca daripada tindak balas mangsa yang cuba mententeramkan suspek yang sebelum itu menjadikan beberapa kakitangan sebagai tebusan di sebuah hospital.
China kesan satu lagi varian baharu koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kanak-kanak lapan tahun maut selepas bot terbalik di Panama
Menurut perkhidmatan sempadan kebangsaan Panama (Senafront), sebelum insiden, bot membawa 21 orang penumpang tersebut meneruskan perjalanan meskipun amaran cuaca buruk telah dikeluarkan.

Enam maut, bumbung pusat beli-belah runtuh di Peru
Pihak berkuasa menjelaskan bahawa struktur yang runtuh bukan sekadar kanopi ringan, sebaliknya merupakan binaan kukuh yang jatuh tepat di kawasan taman permainan kanak-kanak dalam medan selera.
AWANI Ringkas: 12 termasuk kanak-kanak, bayi terperangkap dalam lif
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Ekonomi Malaysia sudah mula tunjuk tanda-tanda pemulihan sejak Q3 2023 - HSBC
Ekonomi Malaysia telah menunjukkan tanda-tanda pemulihan pada separuh kedua 2023.

Ringgit dijangka stabil separuh kedua 2022
James Cheo berkata ringgit akan mengukuh apabila sentimen pasaran global bertambah baik.

Firma asing yakin jalankan perniagaan di Malaysia - HSBC
Lebih 1,500 syarikat dari China, India, AS, Jerman, Perancis dan UK mengambil bahagian dalam kaji selidik bertajuk 'HSBC Navigator: Sea in Focus'.

UOB, HSBC tetapkan harga Nota Jangka Sederhana empat tahun RM350 juta bagi MBSM
Terbitan MTN itu akan dibayar pada Mac 2026 pada kadar kupon tetap 3.62 peratus setahun.

Sektor perbankan Malaysia berada di kedudukan baik - Tengku Zafrul
Sektor perbankan Malaysia berada di kedudukan baik untuk merealisasikan aspirasi Malaysia, terutama ketika ia sedang melalui transformasi dan perubahan besar.

Ringgit bakal pulih apabila ekonomi dijangka bangkit semula daripada kemelesetan berganda - HSBC
Aliran masuk FDI dijangka meningkat berdasarkan kepada permohonan FDI yang diluluskan sebelum ini dan ini dijangka dapat menyokong ringgit sebagai sumber pertumbuhan.

HSBC perkenal Visa Installment
Pengenalan pilihan pembayaran baharu itu adalah untuk memenuhi keperluan pelanggan bagi pelan pembayaran ansuran di platform e-dagang.

NUBE optimis aduan terhadap HSBC akan terima keputusan positif
Setiausaha Agung Nube, J Solomon menjelaskan pihaknya dan UNI Global Union telah memfailkan aduan secara rasmi terhadap HSBC Bank Malaysia Berhad kepada UK National Contact Point (UK NCP).

Skim pemberhentian pekerja bersifat sukarela - HSBC
HSBC menjelaskan skim pemberhentian yang ditawarkan kepada pekerja adalah bersifat sukarela dan hanya terpakai kepada mereka yang memilih untuk menerimanya.

NUBE selar tindakan HSBC laksana VSS, MSS
HSBC bertindak bertentangan dengan norma dalam melakukan pemberhentian pekerja serta bertentangan dengan Perjanjian Kolektif yang mengikat HSBC dan NUBE.