KUALA LUMPUR: Ringgit dijangka diniagakan dengan kecenderungan menaik berbanding dolar AS minggu depan, bergerak dalam julat 4.3750 hingga 4.4000, kata seorang penganalisis.
Pengarah Urusan SPI Asset Management Stephen Innes berkata dolar AS dijangka diniagakan rendah pada masa depan berikutan jangkaan yang meningkat terhadap pemberhentian kitaran kenaikan kadar Rizab Persekutuan (Fed) Amerika Syarikat (AS) di tengah-tengah tanda-tanda inflasi yang semakin mereda.
"Fed yang cenderung menurunkan kadar faedah masih menjadi naratif utama minggu hadapan dan ringgit dijangka diniagakan kukuh sedikit.
"Dengan Fed dijangka menghentikan kenaikan kadar selepas kenaikan 25 mata asas pada bulan Mei dengan risiko cenderung untuk kemungkinan penurunan kadar pada 2023, dolar berkemungkinan terus lemah, sekali gus menyokong ringgit.
"Mungkin satu-satunya sebab ringgit tidak diniagakan lebih kukuh ialah gabungan pasaran ekuiti tempatan yang lesu dan peningkatan ketegangan AS-China ke atas Taiwan," katanya kepada Bernama.
Beliau berkata satu lagi kelemahan besar ialah kekurangan penggunaan pengguna China, kerana penduduk tempatan bimbang tentang jaminan pekerjaan dan agak berjimat cermat setakat ini.
Pada asas minggu ke minggu, ringgit diniagakan lebih rendah berbanding dolar AS pada 4.4000/4025 berbanding 4.3995/4035 ketika ditutup pada Jumaat seminggu sebelumnya.
Sementara itu, mata wang tempatan diniagakan kebanyakannya rendah berbanding kumpulan mata wang utama berbanding minggu sebelumnya.
Ia susut berbanding pound Britain pada 5.5031/5062 daripada 5.4730/4780 seminggu sebelumnya dan turun berbanding euro kepada 4.8660/8687 daripada 4.8016/8060, tetapi meningkat berbanding yen Jepun kepada 3.3208/3229 daripada 3.3411/3443.
Sementara itu, ringgit diniagakan bercampur-campur berbanding mata wang lain di Asean.Mata wang tempatan itu merosot berbanding dolar Singapura pada 3.3183/3204 daripada 3.3079/3114 pada minggu sebelumnya dan susut berbanding rupiah Indonesia kepada 299.1/299.5 daripada 295.00/295.30 sebelumnya.
Bagaimanapun, ia meningkat berbanding peso Filipina kepada 7.97/7.98 daripada 8.08/8.09 dan meningkat berbanding baht Thailand kepada 12.9070/9208 daripada 12.9090/9279 sebelum ini.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Apr 15 2023

Dolar AS dijangka diniagakan rendah pada masa depan berikutan jangkaan yang meningkat terhadap pemberhentian kitaran kenaikan kadar Fed AS. -Astro AWANI/Shahir Omar

Kes cabul di masjid: Polis siasat dakwaan suspek miliki kad OKU
Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata suspek baru sahaja ditahan dan pihaknya masih menyiasat kesahihan dakwaan terbabit.
ASEAN 2025 | 21 Feb
Perkembangan ASEAN 2025 setiap jam 6 petang, membawa berita terkini dari negara-negara ASEAN termasuk ekonomi, kemajuan teknologi, dan budaya di rantau ini.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.

Polis tumpas sindiket proses vape berisi dadah
Kegiatan memproses vape dicampur dengan dadah jenis methamphetamine sejak enam bulan lalu terbongkar dengan penangkapan seorang wanita di Selangor.

Kanak-kanak mangsa cabul di masjid menangis, menjerit trauma
Menerusi satu video tular di platform Instagram, mangsa masih berada dalam keadaan menggigil semasa menceritakan detik hitam dirinya dicabul lelaki tersebut ketika bersolat Subuh.

'Fahmi pergi selepas ibu ucap kalimah syahadah di telinga'
Nuraini Mohamad Isa, 37 sempat mengucapkan dua kalimah syahadah ke telinga anaknya itu sebelum arwah menghembuskan nafas terakhir.
Malaysia manfaat peranan ASEAN perkasa pembangunan luar bandar - Ahmad Zahid
Malaysia akan memanfaatkan peranan ASEAN dalam memperkasa pembangunan luar bandar melalui perancangan serantau yang lebih kukuh dan bersepadu.
Malaysia komited pimpin ASEAN tangani jenayah rentas sempadan - Ahmad Zahid
Malaysia komited untuk memimpin ASEAN dalam menangani pelbagai bentuk jenayah rentas sempadan termasuk penipuan dalam talian, penyeludupan manusia dan pengubahan wang haram, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
Polis Filipina tahan 450 individu terlibat judi online
Polis filipina menahan lebih 450 orang dalam serbuan terhadap operator permainan dalam talian atau judi online yang didakwa dikendalikan oleh warga China di Manila pada Khamis.
Lebuh raya hubungkan India-Myanmar-Thailand tergendala akibat konflik
Lebuh raya yang menghubungkan India-Myanmar-Thailand, bertujuan meningkatkan integrasi ekonomi ASEAN dan memperluas pengaruh India dalam perdagangan dan perniagaan di Asia Tenggara terus berdepan halangan.
Genai capai tahap guna nilai perniagaan tahun ini - AWS Thailand
Teknologi kecerdasan buatan (AI) generatif (GenAI) akan mencapai tahap penggunaan untuk nilai perniagaan tahun ini, beralih dari penggunaan dalam projek perintis pada tahun 2024.

Ringgit ditutup tinggi berbanding dolar AS menjelang minit mesyuarat Fed
Pada pukul 6 petang, ringgit meningkat kepada 4.4410/4450 daripada 4.4440/4480 ketika ditutup semalam.

Ringgit ditutup tinggi selepas membetulkan kedudukan terlebih jual
Pada 6 petang, ringgit naik 145 mata peratusan kepada 4.4535/4600 berbanding dolar AS daripada 4.4680/4725 ketika ditutup pada Rabu.

Ringgit dibuka lebih tinggi berbanding dolar AS
Pada 8 pagi, ringgit mengukuh kepada 4.4230/4375 berbanding dolar AS daripada 4.4320/4385 semasa ditutup pada Khamis.

Ringgit terus ditutup tinggi berbanding dolar AS
Pada 6 petang, ringgit menokok kepada 4.4200/4260 berbanding dolar AS daripada 4.4400/4495 ketika ditutup pada Selasa.

Penangguhan kenaikan tarif AS bantu ringgit ditutup lebih tinggi berbanding dolar AS
Pada 6 petang, ringgit meningkat kepada 4.4400/4495 berbanding dolar AS daripada paras penutup 4.4710/4800 pada Isnin.

Ringgit ditutup tinggi berbanding dolar AS disokong penurunan inflasi
Pada pukul 6 petang, ringgit meningkat kepada 4.4340/4400 berbanding dolar AS daripada 4.4730/4780 ketika ditutup semalam.

Ringgit stabil pada paras 4.50 berbanding dolar AS
Pada 6 petang, ringgit menokok sedikit kepada 4.5035/5100 berbanding dolar AS daripada 4.5080/5120 pada penutup Isnin.

Ringgit melantun semula, ditutup tinggi berbanding dolar AS
Pada 6 petang, ringgit meningkat kepada 4.4850/4900 berbanding dolar AS daripada paras 4.5090/5135 pada Isnin.

Ringgit ditutup rendah susulan permintaan berterusan terhadap dolar AS
Pada 6 petang, ringgit merosot kepada 4.4760/4810 berbanding dolar AS 4.4690/4745 ketika ditutup pada Selasa.

Ringgit akhiri 2024 catat prestasi terbaik dalam kalangan mata wang utama Asia
Ringgit muncul sebagai mata wang mencatatkan prestasi terbaik di Asia Tenggara pada 2024, menyerlah berbanding negara-negara serantau lain di tengah-tengah landskap ekonomi global yang mencabar.