KUALA LUMPUR: Ringgit ditutup rendah berbanding dolar US berikutan mata wang Amerika Syarikat (AS) dianggap mata wang selamat dalam persekitaran peningkatan ketegangan geopolitik di Timur Tengah dan menjelang pengumuman data senarai gaji bukan ladang (NFP) AS yang akan dikeluarkan lewat hari ini, kata seorang penganalisis.
Pada 6 petang, ringgit turun kepada 4.7460/7490 berbanding dolar US daripada 4.7380/7425 semasa ditutup pada Khamis.
Pengarah Urusan SPI Asset Management Stephen Innes berkata dolar US telah mendapat manfaat daripada keadaan perdagangan tanpa risiko yang didorong oleh kebimbangan geopolitik semalam yang membawa kepada penjualan dalam pasaran ekuiti AS dan pada paras lebih rendah serta kenyataan oleh ahli Rizab Persekutuan (Fed), Neel Kashkari bahawa mungkin tidak ada keperluan untuk mengurangkan kadar pada tahun 2024.
"Bagaimanapun, melainkan terdapat kejutan ketara dalam keluaran NFP hari ini, kemungkinan besar pengumuman minggu depan bagi laporan Indeks Harga Pengguna (IHP) dan Indeks Harga Pengeluar (PPI) AS terkini pada minggu depan juga akan memberi kesan kepada jangkaan penurunan kadar faedah oleh Fed dan hala tuju dolar US sepanjang baki bulan ini," katanya kepada Bernama.
Pada penutupan dagangan, ringgit diniagakan tinggi berbanding sekumpulan mata wang utama kecuali berbanding yen Jepun.
Unit tempatan melonjak berbanding euro kepada 5.1437/1470 daripada 5.1445/1494 ketika ditutup pada Khamis, menokok berbanding pound Britain kepada 5.9956/9994 daripada 6.0002/0059, bagaimanapun merosot berbanding yen Jepun kepada 3.1341/1363 daripada 3.1222/1254 sebelumnya.
Ringgit diniagakan lebih rendah berbanding mata wang ASEAN kecuali peso Filipina.
Unit tempatan turun berbanding baht Thailand kepada 12.9495/12.9641 daripada 12.9048/12.9223 pada Khamis dan menguncup berbanding rupiah Indonesia kepada 299.4/299.8 berbanding 298.1/298.5 sebelumnya.
Ia juga berkurangan berbanding dolar Singapura kepada 3.5208/5233 daripada 3.5172/5208 semalam bagaimanpun meningkat berbanding peso Filipina kepada 8.39/8.41 daripada 8.40/8.41 sebelumnya.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Apr 05 2024

Pada penutupan dagangan, ringgit diniagakan tinggi berbanding sekumpulan mata wang utama kecuali berbanding yen Jepun. - Gambar fail/Bernama

Pemilihan CEC DAP: Chow Kon Yeow umum bertanding
Ketua Menteri Pulau Pinang Chow Kon Yeow mengesahkan akan bertanding pada pemilihan Jawatankuasa Tertinggi Pusat (CEC) DAP bulan depan.

Paus Francis stabil selepas alami masalah pernafasan - Holy See
Paus Francis yang sedang menerima rawatan akibat radang paru-paru telah melalui malam yang tenang selepas mengalami serangan asma.

Malaysia selaku Pengerusi ASEAN utamakan usaha damai di selatan Thailand - Thaksin
Thaksin berkata lawatannya ke selatan Thailand susulan perbincangan beliau dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim, baru-baru ini.

Polis buka 15 kertas siasatan penipuan pelaburan saham didalangi 'Datuk'
Dalam tempoh 19 Jan hingga Khamis lepas, pihaknya menerima 32 laporan membabitkan kes berkenaan yang melibatkan sebuah syarikat dengan kerugian lebih RM1.3 juta.
Penindasan etnik Rohingya ujian kredibiliti ASEAN
Bekas Menteri Luar, Tan Sri Syed Hamid Albar berkata sebagai Pengerusi ASEAN pada tahun ini, peranan Malaysia datang dengan harapan dan jangkaan yang tinggi dalam mencari penyelesaian kepada krisis tersebut.

KKM sedia bekerjasama tangani peningkatan CKD
KKM alu-alukan pandangan semua pihak sama ada NGO, swasta mahupun agensi kerajaan berkaitan untuk menghasilkan inisiatif yang berkesan.
Kerajaan tidak campur urusan penguatkuasa
Anwar menegaskan kerajaan tidak mencampuri urusan badan penguat kuasa dalam mengambil tindakan terhadap mana-mana pihak.

Ismail Sabri masih perlu pemantauan rapi doktor
Ismail Sabri dilaporkan telah sedar sepenuhnya petang semalam namun masih memerlukan pemerhatian rapi daripada doktor.
Australia umum USD5.4 bilion untuk Medicare
Perdana Menteri Australia Anthony Albanese mengumumkan suntikan dana tambahan bernilai USD5.4 bilion bagi memperkukuh sistem penjagaan kesihatan negara, dengan tujuan menampung lebih banyak kos lawatan ke doktor, lapor Xinhua.
![[KOLUMNIS] Kerjasama rakyat, industri realisasikan penggunaan tenaga boleh diperbaharui di Malaysia [KOLUMNIS] Kerjasama rakyat, industri realisasikan penggunaan tenaga boleh diperbaharui di Malaysia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71740286728_Renewableenergy.jpg)
[KOLUMNIS] Kerjasama rakyat, industri realisasikan penggunaan tenaga boleh diperbaharui di Malaysia
Malaysia telah mencapai 28 peratus dalam campuran bahan api setakat Oktober 2024.

ASEAN berpotensi jadi ‘kuasa pertengahan’, tangani ketegangan geopolitik - Zambry
Katanya, dengan peralihan daripada sistem unipolar kepada sistem multipolar, ASEAN boleh membawa suara seruan ke arah penyelesaian diplomatik.

Ringgit dibuka rendah berbanding dolar AS, dipengaruhi ketegangan geopolitik
Pada pukul 8 pagi, mata wang tempatan susut kepada 4.1595/1680 berbanding dolar AS daripada 4.1530/1610 ketika ditutup semalam.

‘Ribut geopolitik’ menghampiri, ASEAN harus perkuat kesepaduan - Mahbubani
Ketika ketegangan antara Amerika Syarikat dan China terus meningkat, diplomat terkenal Singapura dan ahli akademik Kishore Mahbubani menggesa anggota dan pemimpin ASEAN untuk mengukuhkan perpaduan.

Singapura akan kekal cekap, berwaspada dalam dunia yang mencabar - PM Wong
Singapura juga akan terus mencari jalan untuk mengukuhkan perkongsian, membina hubungan baharu dan mengekalkan kepentingannya di pentas global.

Pasaran minyak dijangka tidak menentu dalam tempoh terdekat - Penganalisis
Harga minyak memulakan dagangan pada minggu ini dengan jatuh sehingga serendah AS$75 pada Isnin (5 Julai).

Konflik Iran-Israel: Pendapatan Malaysia Airports dijangka terjejas hingga 26%
Ketegangan geopolitik yang kian menggusarkan di Asia Barat boleh menyebabkan penumpang udara dari rantau itu terjejas sekali gus mampu mengurangkan pendapatan Malaysia Airports Holdings Berhad.

Harga minyak diunjur naik akibat konflik Iran-Israel
Harga minyak mentah Brent diunjur melonjak sehingga AS$95 setong berbanding sekitar AS$90 setong ketika ini berdasarkan jangkaan senario terburuk daripada konflik Iran-Israel.

Ringgit ditutup rendah berbanding dolar AS
Pada 6 petang, ringgit turun kepada 4.7460/7490 berbanding dolar US daripada 4.7380/7425 semasa ditutup pada Khamis.

Analisis jangka pemulihan yang kukuh dalam perdagangan Malaysia tahun ini
Public Investment Bank Bhd menjangkakan perdagangan Malaysia tahun ini akan disokong oleh unjuran pemulihan dalam perdagangan global.

Ringgit mengukuh susulan ketegangan geopolitik, potensi harga minyak meningkat
Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS pada hari dagangan pertama minggu ini berikutan potensi kenaikan harga minyak susulan daripada ketegangan geopolitik yang meningkat di Timur Tengah.