KUALA LUMPUR: Ringgit ditutup rendah berbanding dolar US disebabkan kekurangan minat belian sementara Indeks Dolar Amerika Syarikat (DXY) mencatatkan kenaikan, melepasi paras 105 mata.
Seorang penganalisis berkata bahawa keuntungan DXY, pertama kali direkodkan sejak 29 Mei 2024, dipengaruhi oleh data senarai gaji bukan ladang (NFP) Amerika Syarikat (AS) lebih kukuh yang dikeluarkan pada Jumaat lepas.
Pada 6 petang, ringgit turun kepada 4.7210/7250 berbanding dolar US daripada 4.6900/6940 semalam.
Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata berkata NFP minggu lepas telah mengubah haluan Dolar AS kerana peserta pasaran membuat kesilapan disebabkan bersikap berhati-hati menjelang mesyuarat Jawatankuasa Pasaran Terbuka Persekutuan (FOMC) yang akan berlangsung pada 11 hingga 12 Jun minggu ini.
"Ringgit didagangkan sekitar 4.7180 selepas berlegar sekitar 4.7000 dalam beberapa minggu lepas. Sama ada trend itu akan berterusan atau sebaliknya, ia bergantung kepada unjuran ekonomi terkini Rizab Persekutuan (Fed)," katanya kepada Bernama.
Pada penutup dagangan hari ini, ringgit diniagakan tinggi berbanding beberapa mata wang utama.
Unit tempatan naik berbanding yen Jepun kepada 3.0089/0117 daripada 3.0163/0190 pada Jumaat lepas, meningkat berbanding pound Britain kepada 5.9943/9993 daripada 6.0009/0060 sebelumnya, melonjak berbanding euro kepada 5.0722/0765 daripada 5.1079/1122.
Sementara itu, ringgit diniagakan kebanyakannya rendah berbanding mata wang di negara-negara ASEAN.
Unit tempatan rendah berbanding peso Filipina kepada 8.03/8.04 daripada 8.01/8.02 ketika ditutup pada Jumaat, merosot berbanding dolar Singapura kepada 3.4875/4907 berbanding 3.4872/4905 dan berkurangan berbanding rupiah Indonesia kepada 289.9/290.3 daripada 289.5/289.9 sebelumnya.
Bagaimanapun, ia meningkat berbanding baht Thailand kepada 12.8211/8372 daripada 12.8465/8627 minggu lepas.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Jun 10 2024

Pada 6 petang, ringgit turun kepada 4.7210/7250 berbanding dolar US daripada 4.6900/6940 semalam. - Gambar fail/Bernama

Letusan Gunung Lewotobi: Indonesia pindahkan 250 keluarga ke rumah sementara
Kerajaan Indonesia telah menempatkan semula 250 keluarga yang terjejas akibat letusan Gunung Lewotobi Laki-Laki di Nusa Tenggara Timur dari pusat perlindungan pelarian ke rumah sementara.

Vikneswaran pertahan jawatan Presiden KLHA
Vikneswaran berkata beliau akan memberi fokus kepada membangunkan akar umbi sukan hoki negeri.

Lebih 400 pekerja USAID diberhentikan beberapa hari kebelakangan ini - Laporan
Ramai daripada mereka yang diberhentikan telah berkhidmat di USAID selama 25 tahun dan mempunyai pengalaman di zon konflik bersenjata.

Estonia umum bantuan ketenteraan AS$104 juta untuk Ukraine
Kerajaan Estonia membuat keputusan untuk membeli 10,000 peluru artileri dan menghantarnya ke Ukraine secepat mungkin.
AWANI Ringkas: Geran lebih RM3 juta buat usahawan mikro Sabah
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
#AWANIRingkas 23 Februari 2025 | 9 PM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 malam, 23 Februari 2025
1️⃣ Geran lebih RM3 juta buat usahawan mikro Sabah
2️⃣ Dipenjara dua bulan curi baju, tudung dan selipar
3️⃣ Ismail Sabri perlukan pemantauan rapi
#awaniringkas
1️⃣ Geran lebih RM3 juta buat usahawan mikro Sabah
2️⃣ Dipenjara dua bulan curi baju, tudung dan selipar
3️⃣ Ismail Sabri perlukan pemantauan rapi
#awaniringkas
AWANI Global: Siapa pemenang persaingan global AI
Siapakah yang menguasai dan menerajui perlumbaan AI masa kini? Apakah impak perkembangan AI genaratif dan cabaran mengoptimumkan kapasiti model AI?
Diskusi dan analisis bersama TS Dr Aznul Qalid mengenai persaingan AI pasca ChatGPT dan Deepseek dalam AWANI Global 9 malam ini.
Diskusi dan analisis bersama TS Dr Aznul Qalid mengenai persaingan AI pasca ChatGPT dan Deepseek dalam AWANI Global 9 malam ini.

Polis nafi kejadian samun, serangan terhadap pasangan suami isteri di Bangi
Polis menafikan dakwaan berlakunya kejadian samun dan serangan terhadap pasangan suami isteri bersama anak mereka di Bangi, seperti yang tular di media sosial.

Didik anak-anak bezakan kesahihan maklumat - Dr Wan Azizah
Kepesatan penyebaran pelbagai maklumat ketika ini menuntut ibu bapa memainkan peranan sangat penting dalam mendidik anak-anak untuk lebih bijak menilai serta membezakan kesahihan berita diterima.
[TERKINI] Dua platform jualan dalam talian turunkan iklan `gummy'
KKM mengarahkan dua platform jualan dalam talian untuk menurunkan iklan penjualan gula-gula kenyal atau 'gummy', sebelum ini dilaporkan meragut nyawa seorang kanak-kanak di Pulau Pinang.

Ringgit ditutup rendah berbanding dolar US
Ringgit ditutup rendah berbanding dolar US disebabkan kekurangan minat belian sementara Indeks Dolar Amerika Syarikat (DXY) mencatatkan kenaikan, melepasi paras 105 mata.

Kurang minat belian, Bursa Malaysia ditutup rendah
Pada 5 petang, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) susut 3.75 mata kepada 1,456.92 daripada paras penutup 1,456.92 pada Jumaat minggu lepas.

Keputusan tidak naik OPR beri kesan positif minat belian hartanah - MIDF Research
Keputusan Bank Negara Malaysia (BNM) mengekalkan kadar dasar semalaman (OPR) pada paras 3% diunjur memberi kesan positif terhadap minat belian orang ramai terhadap sektor hartanah.

Dagangan Bursa Malaysia dibuka tinggi pagi ini didorang minat belian diperbaharui
Minat belian yang diperbaharui selepas mengalami tekanan jualan semalam menyaksikan Bursa Malaysia dibuka tinggi hari ini.

Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS
Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS pada awal dagangan hari ini, disokong oleh minat belian susulan pengumuman pihak Rizab Persekutuan AS (Fed) mengenai dasar monetari, kata peniaga.