KUALA LUMPUR: Ringgit secara relatif kekal stabil jika dibandingkan dengan mata wang rakan dagang utama Malaysia manakala kadar pertukaran efektif nominal negara mencatatkan penurunan kecil sebanyak 0.1 peratus, kata Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM) Tan Sri Nor Shamsiah Mohd Yunus.
Beliau menekankan bahawa indeks dolar meningkat sebanyak 11.5 peratus pada tahun ini, tertinggi dalam tempoh dua dekad, dan kebanyakan mata wang serantau, termasuk ringgit, mencatatkan penurunan nilai berbanding dolar.
"Pemulihan ekonomi Malaysia berjalan dengan baik, dan pada masa sama, bank akan terus menggunakan instrumen yang kami ada untuk memastikan pergerakan ringgit teratur dalam pengetatan dasar monetari yang agresif oleh Rizab Persekutuan Amerika Syarikat (AS)," katanya dalam ucaptama pada Persidangan Antarabangsa mengenai Jenayah Kewangan dan Pembiayaan Keganasan (IFCTF) 2022 di sini hari ini.
Beliau berkata penting bagi Malaysia membina daya tahannya terhadap krisis masa depan untuk memaksimumkan potensi penuh negara.
"Kita perlu menangani kelemahan jangka panjang dan mengukuhkan daya tahan kita terhadap kejutan masa depan, selain menarik pelaburan berkualiti, meningkatkan kerumitan ekonomi dan mewujudkan pekerjaan yang berkualiti untuk Malaysia," katanya.
Mengenai jenayah kewangan dan pembiayaan keganasan, Nor Shamsiah berkata jenayah kewangan yang dilaporkan semasa pandemik meningkat dengan ketara berikutan penjenayah mengeksploitasi keadaan yang wujud daripada berkaitan kemelesetan ekonomi.
"Jenayah kewangan mempunyai impak langsung dan penting terhadap prospek ekonomi kita dan kita kini berada di sempadan pematuhan baharu. Perjuangan menentang jenayah kewangan merupakan perjuangan dalam pelbagai bidang.
"Kejayaan kita memerlukan semua pihak, sektor swasta, pengawal selia, agensi penguatkuasaan undang-undang dan badan kerajaan lain serta pengguna, untuk menjalankan peranan mereka dan menyesuaikan diri dengan ancaman baharu ini, mentransformasikan diri mereka untuk menangani cabaran ini dan bekerjasama untuk melindungi integriti sistem kewangan negara kita," katanya.
IFCTF 2022 selama dua hari memberi tumpuan kepada peranan penting sektor kewangan dalam membentuk semula langkah-langkah pertahanan dan mitigasinya dalam memerangi jenayah kewangan dan pembiayaan keganasan, terutamanya dalam era COVID-19, apabila kebergantungan kepada teknologi kewangan meningkat sejajar dengan kemunculan jenayah digital dan alam sekitar baharu.
Persidangan itu dianjurkan oleh Asian Institute of Chartered Bankers (AICB) dan Compliance Officers' Networking Group AICB, disokong oleh BNM, Suruhanjaya Sekuriti Malaysia dan Lembaga Perkhidmatan Kewangan Labuan.
Bertemakan "The New Frontier of Compliance: Adapt, Transform, Collaborate", persidangan itu menghimpunkan lebih 50 pemimpin kewangan global dan pakar industri dari seluruh Eropah, AS dan Asia Pasifik.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Jul 26 2022

Ringgit secara relatif kekal stabil jika dibandingkan dengan mata wang rakan dagang utama Malaysia.- Gambar fail/REUTERS

RUU PSB pastikan pembangunan semula yang adil, beri manfaat kepada pemilik hartanah
RUU ini turut memperkenalkan mekanisme bagi pemilik yang tidak bersetuju dengan pembangunan semula.

Dua kapal tentera laut Iran tiba di Malaysia untuk lawatan operasi
Dua kapal berkenaan ialah jenis Auxiliary, iaitu Ocean Liner-110-3 Shahid Mahdavi dan kapal kelas frigate IRINS Dena.
Pengerusi Ketua Turus bersama Amerika Syarikat ditamatkan perkhidmatan
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump menamatkan perkhidmatan Pengerusi Ketua Turus Bersama Jeneral Charles Brown
Mayat didakwa Shiri Bibas tiba di institut forensik Tel Aviv
Mayat tebusan Israel yang didakwa sebagai Shiri Bibas tiba di Institut Forensik Abu Kabir di Tel Aviv pada awal pagi Sabtu untuk proses pengecaman rasmi.
Arab Saudi larang rekod siaran langsung solat Tarawih
Kerajaan Arab Saudi telah mengeluarkan larangan penggunaan kamera untuk merekod jemaah yang menunaikan solat Tarawih, termasuk siaran langsung sepanjang ibadah tersebut dijalankan.

Remaja maut, motosikal terbakar selepas bertembung kereta
Dalam kejadian jam 11.10 malam itu mangsa berusia 18 tahun meninggal dunia di lokasi akibat kecederaan parah.
[TERKINI] Suspek cabul kanak-kanak di masjid direman tujuh hari
Lelaki berusia 19 tahun yang ditahan berhubung kes cabul kanak-kanak di sebuah masjid di Batang Kali, Hulu Selangor direman tujuh hari.

iPhone 17 dijangka guna cip WiFi dibangunkan Apple
Mengikut laporan terbaharu yang hadir ini, Apple dijangka menggunakan cip WiFi baharu mereka pada semua model iPhone 17 baharu tahun ini.

Spotify mula terima buku audio dijana AI
Buat masa ini, Spotify menerima buku audio janaan menggunakan ElevenLabs Voices.

Selepas disingkir, Mohalim dan Umarul umum bubar IKLIM
Jelas Mohalim, pembubaran IKLIM adalah jalan terbaik ketika ini memandangkan kemelut yang melanda (pemecatan) adalah sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku dan di luar jangkaan.

Ringgit ditutup tinggi berbanding dolar AS menjelang minit mesyuarat Fed
Pada pukul 6 petang, ringgit meningkat kepada 4.4410/4450 daripada 4.4440/4480 ketika ditutup semalam.

Ringgit ditutup tinggi selepas membetulkan kedudukan terlebih jual
Pada 6 petang, ringgit naik 145 mata peratusan kepada 4.4535/4600 berbanding dolar AS daripada 4.4680/4725 ketika ditutup pada Rabu.

Ringgit dibuka lebih tinggi berbanding dolar AS
Pada 8 pagi, ringgit mengukuh kepada 4.4230/4375 berbanding dolar AS daripada 4.4320/4385 semasa ditutup pada Khamis.

Ringgit terus ditutup tinggi berbanding dolar AS
Pada 6 petang, ringgit menokok kepada 4.4200/4260 berbanding dolar AS daripada 4.4400/4495 ketika ditutup pada Selasa.

Penangguhan kenaikan tarif AS bantu ringgit ditutup lebih tinggi berbanding dolar AS
Pada 6 petang, ringgit meningkat kepada 4.4400/4495 berbanding dolar AS daripada paras penutup 4.4710/4800 pada Isnin.

Ringgit ditutup tinggi berbanding dolar AS disokong penurunan inflasi
Pada pukul 6 petang, ringgit meningkat kepada 4.4340/4400 berbanding dolar AS daripada 4.4730/4780 ketika ditutup semalam.

Ringgit stabil pada paras 4.50 berbanding dolar AS
Pada 6 petang, ringgit menokok sedikit kepada 4.5035/5100 berbanding dolar AS daripada 4.5080/5120 pada penutup Isnin.

Ringgit melantun semula, ditutup tinggi berbanding dolar AS
Pada 6 petang, ringgit meningkat kepada 4.4850/4900 berbanding dolar AS daripada paras 4.5090/5135 pada Isnin.

Ringgit ditutup rendah susulan permintaan berterusan terhadap dolar AS
Pada 6 petang, ringgit merosot kepada 4.4760/4810 berbanding dolar AS 4.4690/4745 ketika ditutup pada Selasa.

Ringgit akhiri 2024 catat prestasi terbaik dalam kalangan mata wang utama Asia
Ringgit muncul sebagai mata wang mencatatkan prestasi terbaik di Asia Tenggara pada 2024, menyerlah berbanding negara-negara serantau lain di tengah-tengah landskap ekonomi global yang mencabar.