KUALA LUMPUR: Ringgit terus merosot berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) hari ini dengan ditutup pada paras terendah baharu sepanjang masa pada 4.738 berikutan ketiadaan pemangkin baharu, kata penganalisis.
Pada 6 petang, unit tempatan turun 110 mata asas kepada 4.7380/7395 berbanding dolar AS daripada 4.7270/7290 sewaktu ditutup pada Khamis.
Rakan Pengurusan SPI Asset Management Stephen Innes berkata, seiring dengan pertukaran asing Asia, ringgit meneruskan aliran penurunannya hari ini selepas hasil Perbendaharaan AS 10 tahun bergerak pada 4.25 peratus untuk kali pertama sejak 2008.
Beliau berkata langkah itu dicetuskan oleh pegawai Rizab Persekutuan AS yang cenderung meningkatkan kadar faedah, sekali gus mewujudkan kebimbangan bahawa langkah memperketat monetari yang lebih tegas boleh mencetuskan pandemik di seluruh dunia.
"Bagaimanapun, tiada kelegaan di peringkat tempatan berikutan kebimbangan mengenai peraturan pandemik yang tegas di China terus menjejaskan pasaran mata wang serantau dalam keadaan sekatan pergerakan tambahan yang diadakan," katanya kepada Bernama.
Menurut laporan, Beijing telah mengetatkan langkah untuk membendung COVID-19, mempertingkatkan pemeriksaan awam dan melaksanakan sekatan pergerakan di beberapa kawasan kediaman selepas kes meningkat empat kali ganda pada beberapa minggu lepas.
Di peringkat domestik, seorang penganalisis berkata, berikutan pendirian Fed untuk meningkatkan kadar faedah, Bank Negara Malaysia dijangka melaksanakan satu lagi kenaikan Kadar Dasar Semalaman (OPR) dengan sasaran untuk menstabilkan penyusutan ringgit dan menarik pelaburan ke negara ini.
"Meskipun inflasi makanan melemahkan ringgit, kuasa pengguna dijangka diimbangi semula dengan kenaikan deposit tetap dan dividen pelaburan.
"Bagaimanapun, memandangkan Malaysia kini dalam sentimen Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15), pelabur dijangka mengamalkan pendekatan tunggu dan lihat untuk melihat dasar yang akan dilaksanakan ke atasnya," kata penganalisis itu.
Dalam pada itu, ringgit diniagakan tinggi berbanding kumpulan mata wang utama daripada ketika ditutup pada Khamis.
Mata wang tempatan menokok berbanding euro kepada 4.6139/6153 daripada 4.6244/6264 dan meningkat berbanding pound Britain kepada 5.2677/2694 daripada 5.2971/2993 sewaktu ditutup semalam.
Ia meningkat berbanding dolar Singapura kepada 3.3144/3157 daripada 3.3172/3188 sebelum ini dan meningkat berbanding yen Jepun kepada 3.1384/1396 daripada 3.1547/1565 sewaktu ditutup pada Khamis.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Oct 21 2022

Pada 6 petang, unit tempatan turun 110 mata asas kepada 4.7380/7395 berbanding dolar AS daripada 4.7270/7290 sewaktu ditutup pada Khamis. - Gambar fail

Meta akan mulakan ujian Community Notes di Facebook, Instagram dan Threads
Meta, syarikat induk Facebook, Instagram dan Threads, mengumumkan pada Khamis, ia akan memulakan ujian Community Notes di platformnya.

All England: Kecederaan tidak halang Pearly-Thinaah layak ke suku akhir
Pearly mempamerkan daya tahan yang luar biasa dengan mengatasi ketakutan terhadap kecederaan pada set kedua untuk melonjakkan dirinya dan Thinaah, ke suku akhir All England di Birmingham hari ini.
Donatella Versace letak jawatan sebagai Ketua Pegawai Kreatif Versace
Jawatan itu akan diambil oleh bekas Pengarah reka bentuk dan imej jenama Miu Miu, Dario Vitale berkuat kuasa 1 April 2025.
Polis sahkan ancaman senjata palsu, hospital selamat digunakan
Jabatan Sheriff Daerah San Bernardino mengesahkan menerima panggilan daripada seorang suspek lelaki yang memaklumkan dia mendengar suara dalam kepala mengarahnya untuk membunuh orang.
Constantine Tassoulas rasmi Presiden baru Greece
Tassoulas, 65 tahun, menggantikan Katerina Sakellaropoulou yang penggal lima tahunnya tamat pada awal Mac lalu.
NHS England dimansuhkan, elak pertindihan
Badan bebas, Perkhidmatan Kesihatan Nasional (NHS) Englands dimansuhkan susulan penyususnan semula yang ketat di bawah kepimpinan baharu.
Pemimpin masyarakat disaran bantu perjelas dasar kerajaan
Pemimpin masyarakat perlu membantu dalam memperjelaskan dasar dan kejayaan yang dicapai oleh Kerajaan MADANI kepada rakyat.
Satu daripada 3 kanak-kanak Malaysia alami masalah obesiti
Laporan NHMS menunjukkan satu daripada tiga kanak-kanak Malaysia mengalami masalah lebihan berat badan atau obesiti.
Elaun pelatih PLKN digantikan elaun perjalanan berstruktur
Kerajaan telah memutuskan untuk menggantikan pemberian elaun harian sebanyak RM8 kepada pelatih Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) 3.0 dengan elaun perjalanan yang lebih berstruktur.
Jho Low masih dalam senarai permohonan notis merah INTERPOL
Kementerian Dalam Negeri menegaskan permohonan notis merah kepada Polis Antarabangsa (Interpol) terhadap Jho Low masih lagi aktif dan berkuat kuasa sehingga hari ini.

Ringgit dibuka tidak berubah berbanding dolar AS
Pada jam pagi, mata wang tempatan pada 4.4200/4275 berbanding dolar AS daripada 4.4200/4235 ketika ditutup semalam.

Ringgit ditutup tinggi berbanding dolar AS bagi hari ketiga berturut-turut
Pada 6 petang, unit tempatan meningkat kepada 4.4230/4270 berbanding dolar AS daripada paras penutup 4.4270/4320 pada Rabu.

Ringgit naik 170 peratusan dalam mata berbanding dolar AS dalam sesi awal
Pada 8 pagi ini, ringgit melonjak 170 peratusan dalam mata (PIP) kepada 4.4100/4250 berbanding dolar AS daripada 4.4270/4320 yang dicatatkan pada akhir urus niaga semalam.

Ringgit melonjak berbanding dolar AS susulan peningkatan minat risiko global
Pada 6 petang, unit tempatan mencatatkan peningkatan ketara kepada 4.4270/4320 berbanding dolar AS daripada 4.4635/4680 pada Selasa.

Ringgit ditutup sedikit tinggi berbanding dolar AS
Pada 6 petang, ringgit naik sedikit kepada 4.4635/4680 berbanding 4.4640/4680 ketika ditutup pada Isnin.

Ringgit teruskan aliran mengukuh didorong perang dagangan AS-China yang mereda
Menjelang jam 6 petang, ringgit naik ke paras 4.4080/4110 daripada 4.4165/4200 yang dicatat pada akhir urus niaga Jumaat lepas.

Ringgit ditutup tinggi berbanding dolar AS menjelang minit mesyuarat Fed
Pada pukul 6 petang, ringgit meningkat kepada 4.4410/4450 daripada 4.4440/4480 ketika ditutup semalam.

Ringgit ditutup tinggi selepas membetulkan kedudukan terlebih jual
Pada 6 petang, ringgit naik 145 mata peratusan kepada 4.4535/4600 berbanding dolar AS daripada 4.4680/4725 ketika ditutup pada Rabu.

Ringgit dibuka lebih tinggi berbanding dolar AS
Pada 8 pagi, ringgit mengukuh kepada 4.4230/4375 berbanding dolar AS daripada 4.4320/4385 semasa ditutup pada Khamis.

Ringgit terus ditutup tinggi berbanding dolar AS
Pada 6 petang, ringgit menokok kepada 4.4200/4260 berbanding dolar AS daripada 4.4400/4495 ketika ditutup pada Selasa.