IPOH: Kumpulan Sunway akan membelanjakan RM2 bilion untuk melaksanakan pelbagai pembangunan di Sunway City Ipoh dalam tempoh tujuh tahun akan datang.
Pengerusi dan Pengasasnya, Tan Sri Dr Jeffrey Cheah berkata, antara pembangunan yang akan dilakukan ialah hospital, kampus kolej universiti dan pusat membeli belah.
Menurut beliau, pihaknya juga akan bekerjasama dengan kerajaan negeri Perak untuk membesarkan lagi sebahagian Jalan Tambun ke Sunway City Ipoh.
"Ketika musim perayaan atau musim cuti, hampir dua juta kenderaan menggunakan lebuh raya PLUS dan kita sasarkan 30 hingga 50 peratus daripada mereka singgah di Sunway City Ipoh untuk menikmati perkhidmatan yang kami sediakan,” katanya ketika ditemui selepas majlis pelancaran Pelan Tindakan Bandar Pintar Ipoh 2020-2030 di sini hari ini.
Pelancaran pelan tindakan itu disempurnakan Menteri Besar Perak, Datuk Saarani Mohamad.
Dr Jeffrey Cheah berkata, pihaknya telah memulakan kerja-kerja pembangunan yang dijangka memakan sedikit masa kerana ia akan dilaksanakan dengan sebaik mungkin.
“Kita mahu menjadikan bandar ini sebagai daya tarikan untuk menarik lebih ramai pengunjung ke sini, seterusnya ke Ipoh,” ujarnya.
Menurutnya, pihaknya akan menggunakan pengalaman Sunway City Kuala Lumpur dan Iskandar untuk membangunkan Sunway City Ipoh.
Abd Razak Mohd Ali
Tue Mar 23 2021

Kumpulan Sunway akan bekerjasama dengan kerajaan negeri Perak untuk membesarkan lagi sebahagian Jalan Tambun ke Sunway City Ipoh. - Foto Astro AWANI

Projek LCS: Bekas Pengarah Urusan BNS lepas tanpa bebas tuduhan pecah amanah RM21 juta
Mahkamah Sesyen melepas tanpa membebaskan bekas Pengarah Urusan BNS, Tan Sri Ahmad Ramli Mohd Nor, daripada tiga pertuduhan pecah amanah berhubung projek pembinaan Kapal Tempur Pesisir (LCS).
Kuwait kutuk Israel sekat elektrik ke Gaza
Kuwait mengutuk tindakan Israel menyekat bekalan tenaga elektrik ke Semenanjung Gaza dan sifatkan ia sebagai hukuman kolektif terhadap rakyat Palestin.
Singapore Airlines larang guna, cas power bank mulai 1 April
Singapore Airlines akan mula menguatkuasakan polisi larangan menggunakan dan mengecas bank kuasa dalam pesawat bermula 1 April.

Penganggur, ibu tunggal mengaku siar video pertubuhan Geng 36, Geng 04
R Elaango didenda RM3,500 atau penjara dua bulan, manakala Tan Lee Sim didenda RM2,000 atau penjara enam bulan.
Kastam rampas mercun dan bunga api stok musim perayaan
Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Pulau Pinang merampas 1,186 karton mercun dan bunga api bernilai RM225,343.30 seberat 7,818 kilogram menerusi dua serbuan di Seberang Jaya dan Simpang Ampat, Nibong Tebal.

Singapore Airlines larang penggunaan, pengecasan bank kuasa mulai 1 April
Pelanggan Singapore Airlines tidak akan dibenarkan menggunakan bank kuasa atau mengecasnya melalui port USB dalam pesawat berkuat kuasa 1 April.
Pensyarah UiTM Jasin maut dalam nahas jalan raya
Seorang pensyarah Universiti Teknologi MARA (UiTM) Jasin, maut dalam nahas di Jalan Dato Mulia, Jasin pada Selasa. Mangsa yang menunggang motosikal merempuh belakang sebuah lori yang membuat pusingan U secara tiba-tiba dan maut di tempat kejadian akibat kecederaan parah di kepala. #AWANInews
Polis terima maklumat baharu berhubung kes Zayn Rayyan
Maklumat terkini mengenai kes pembunuhan Allahyarham Zayn Rayyan Abdul Matin, yang melibatkan satu pautan video telah diterima pihak polis. #AWANInews
Bukan hanya trio DJ ERA FM, rakyat juga perlu jadi ejen perpaduan - PM
Dalam usaha menyatukan rakyat Malaysia dari pelbagai latar belakang, agama, kaum, dan bangsa, Setiausaha Akhbar Kanan kepada Perdana Menteri, Tunku Nashrul Abaidah berkata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menekankan pentingnya peranan setiap individu sebagai ejen perpaduan.
Faham dahulu akta terkait kompaun berbeza babit isu sama - PM
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menekankan kepentingan memahami perubahan akta dan undang-undang yang telah diluluskan, yang menyebabkan perbezaan hukuman dan kompaun dikenakan terhadap isu yang sama.
Beliau juga telah meminta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) untuk menjelaskan perkara ini bagi mengelakkan persepsi tidak sihat dan memastikan keharmonian serta kesejahteraan masyarakat terus terpelihara.
Beliau juga telah meminta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) untuk menjelaskan perkara ini bagi mengelakkan persepsi tidak sihat dan memastikan keharmonian serta kesejahteraan masyarakat terus terpelihara.

Raja Muda Selangor berkenan sertai Sinar Ramadan Sunway, kongsi keceriaan kepada lebih 100 anak yatim
Kumpulan Sunway meneruskan inisiatif #SunwayforGood Sinar Ramadan di Rumah Amal Raudhatul Jannah di sini, bagi membawa keceriaan raya kepada lebih daripada 100 kanak-kanak dari empat rumah anak yatim.

Sunway Sinar Ramadan 2024 Pulau Pinang kongsi erti Ramadan bersama anak yatim
Siri sambutan perayaan utama tahunan Kumpulan Sunway (Sunway) kembali dengan #SunwayforGood Sinar Ramadan bagi berkongsi keceriaan kepada lebih 4,000 komuniti masyarakat kurang bernasib baik.

Sunway dan UN-SDSN Asia pacu agenda penyelesaian SDG di Asia Pasifik
UN-SDSN Asia bersama Kumpulan Sunway dan Yayasan Jeffrey Cheah terus komited dalam menganjurkan Forum Penyelesaian Asia Pasifik 2023 bagi mengangkat naratif agenda SDG di peringkat serantau.

Sunway sasar buka hospital, pusat beli-belah di Ipoh menjelang 2025
Pembinaan hospital dan pusat beli-belah di Bandar Sunway Ipoh merupakan sebahagian daripada RM2 bilion pelaburan syarikat itu.

RM2 bilion pelaburan di Sunway City Ipoh dalam tempoh tujuh tahun
Kumpulan Sunway akan membelanjakan RM2 bilion untuk melaksanakan pelbagai pembangunan di Sunway City Ipoh dalam tempoh tujuh tahun akan datang.