Saudi Cold Storage Sdn Bhd, pengeluar produk makanan dan barangan berproses, berhasrat meningkatkan segmen eksportnya kepada 40 peratus dalam tempoh lima tahun, daripada 10 peratus pada masa ini.
Ketua Pegawai Operasi, Louis Tan Leong Chin berkata pada masa ini, syarikat mengeksport produknya ke Vietnam, Oman, Batam di Indonesia dan Selatan Thailand.
"Kami sememangnya berusaha keras untuk meningkatkan eksport kami tahun lepas dan berada dalam industri kecil dan sederhana ini, kami perlu melihat di luar pasaran yang lebih besar, dan ia memberikan kami fleksibiliti dari segi keuntungan dan pada masa yang sama, menaikkan profil kami di pasaran tempatan.
"Kami juga mahu menjadi pengeluar makanan rumusan halal yang berinovasi tinggi untuk komuniti global terutamanya untuk orang Islam kerana persijilan halal Malaysia diperakui seluruh dunia," kata beliau dalam satu temu bual.
Tan berkata syarikat turut merancang mengeksport produknya ke Timur Tengah, Kemboja, Myanmar dan Singapura kerana profil cita rasa rantau ini amat menyamai Malaysia.
"Kami juga mahu mengeksport ke Kesatuan Eropah dan untuk ini, kami kini dalam proses mendapatkan persijilan yang perlu daripada pihak berkuasa EU.
"Jadi, banyak pasukan dalaman kami telah berusaha mematuhi syarat piawaian Eropah bagi mendapatkan persijilan itu dan sebaik sahaja dapat, kami boleh mengeksport ke mana-mana sahaja di dalam dunia," tambah beliau.
Selain daripada meningkatkan segmen eksport, Tan berkata syarikat turut mensasar mengukuhkan pendapatannya kepada RM180 juta tahun depan daripada RM160 juta tahun lepas.
Saudi Cold Storage menghasilkan beberapa jenama produk daging diproses seperti sosej, bebola daging, ayam dan daging burger menerusi jenama Saudi Gold.
Syarikat turut menjual produk daging diproses di bawah jenama Farm, mengendalikan perkhidmatan makanan di bawah jenama Homecook dan menghasilkan produk daging diproses yang boleh dimasak secara stim di bawah jenama Topchoice.
Saudi Cold Storage ditubuhkan pada 1985 dan kilangnya terletak di Sungai Petani, Kedah.
Bernama
Tue Jul 30 2013
JDT di ambang kejuaraan, benam PDRM FC 4-0
Skuad kendalian Hector Bidoglio berada di puncak kedudukan liga dengan mengumpul 55 mata, sementara Selangor di tangga kedua dengan perbezaan 16 mata.
Mesir, Palestin bincang rancangan pemulihan Gaza “tanpa pindahkan penduduk Palestin”
Perbincangan berlangsung dalam satu mesyuarat di Kaherah antara Menteri Luar Mesir, Badr Abdelatty dan Perdana Menteri Palestin yang juga Menteri Luar, Mohamed Mustafa.
Pembangunan IKN dipantau elak pembaziran kos, perlu fokus banyak projek lain - Menteri
Agus Harimurti Yudhoyono berkata, semua kementerian sedang membuat penyesuaian untuk mengelakkan pembaziran kos.
Projek pembangunan semula Pasar Dato Keramat mula suku pertama 2025 - Dr Zaliha
Dr Zaliha minta DBKL menyegerakan bancian bagi memuktamadkan bilangan peniaga di kawasan Pasar Dato Keramat dalam tempoh dua minggu.
Rancangan Gaza Trump langgar undang-undang antarabangsa, kata Afghanistan
"Gaza adalah sebahagian daripada wilayah Palestin dan tiada sesiapa pun yang mempunyai kuasa untuk menentukan nasib penduduknya," kata Kementerian Luar Afghanistan
445,000 penjawat awam manfaat penggunaan Gen AI
Fasa pertama program itu yang diperkenalkan pada Disember 2024 adalah perintis untuk menguji integrasi AI dalam aliran kerja kerajaan.
Peperiksaan SPM: KPM laksana pengesanan awal pelajar berisiko cicir
Pengesanan awal tersebut membolehkan pihak sekolah membuat perancangan bagi melaksanakan intervensi yang bersesuaian.
Perang Dagang Global: Tonjolkan ASEAN sebagai rantau dagang stabil, adil - Penganalisis
ASEAN perlu menonjolkan kelebihannya sebagai sebuah rantau dagang yang stabil dan adil kepada semua negara-negara dunia yang mahu menjalankan perniagaan.
Pesawah harap harga lantai belian padi baharu bawa khabar gembira
Pesawah di negeri ini berharap harga lantai belian padi baharu yang akan diumumkan minggu depan membawa perkhabaran gembira kepada mereka.
UTM sedia menerajui pembangunan AI negara
Universiti Teknologi Malaysia sedia jadi peneraju pembangunan bidang teknologi kecerdasan buatan (AI) negara khususnya melibatkan institusi pengajian tinggi (IPT).
Malaysia kekal bebas dari sekatan visa MEV, tanda kepercayaan Arab Saudi terhadap Tabung Haji - Mohd Na'im
Malaysia kekal tidak terjejas oleh sekatan pengeluaran visa berbilang kemasukan (MEV) yang dikenakan ke atas 14 negara.
Tiada normalisasi dengan Israel jika tiada negara Palestin merdeka - Arab Saudi
Pendirian Arab Saudi sangat teguh dan tidak akan berubah.
Arab Saudi keluar amaran hujan lebat, ribut petir hingga Isnin
Mekah dan Riyadh dijangka menghadapi hujan sederhana hingga lebat, hujan batu dan angin kencang yang membawa debu.
Najib anggap surat derma daripada Arab Saudi tulen
Najib berkata beliau tidak bertanyakan mengenai keaslian surat-surat berkaitan derma daripada Arab Saudi kerana beliau menganggap dokumen itu adalah tulen.
Agak mustahil pakej umrah bawah RM6,000
Berdasarkan situasi semasa, kos umrah yang ideal adalah antara RM6,000 dan RM7,000 serta akan meningkat pada cuti sekolah dan Ramadan.
Haji: Malaysia mohon kuota tambahan 10,000
Malaysia memohon kuota haji tambahan sebanyak 10,000 dan akan diberikan pertimbangan sewajarnya oleh Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi.
Indonesia hantar 221,000 jemaah haji pada 2025
Indonesia akan menghantar 221,000 jemaah haji pada musim haji 2025, seperti yang digariskan dalam memorandum persefahaman (MoU) yang ditandatangani antara kerajaan Indonesia dan Arab Saudi.
Najib pulangkan wang derma kerana PRU13 telah berakhir
Najib berkata beliau ingin mengelakkan sebarang salah tafsiran yang mungkin timbul daripada kewujudan jumlah wang yang besar dalam akaun peribadinya.
Ronaldo gembira tinggal di Arab Saudi
Ronaldo menepis spekulasi mahu meninggalkan kelabnya, Al-Nassr dan menegaskan dia dan keluarganya gembira tinggal di Arab Saudi.
Syria ingin wujudkan kerajaan inklusif - Menteri Luar
Kerajaan Syria ingin mewujudkan sebuah kerajaan berdasarkan perkongsian dan kecekapan yang merangkumi semua komponen Syria.