Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) menubuhkan sebuah Pusat Pelaburan Mampan dan Bertanggungjawab (SRI) khas hasil kolaborasi suruhanjaya itu dengan Bond and Sukuk Information Exchange (BIX).
Pengerusi SC, Datuk Syed Zaid Albar berkata pusat berkenaan merupakan sebahagian daripada cadangan yang terkandung di dalam Pelan Hala Tuju SRI.
"Penubuhan pusat SRI tersebut mampu meningkatkan ketelusan dan akses kepada maklumat berkenaan bon dan sukuk dalam denominasi ringgit.
"Ia akan memberikan maklumat yang komprehensif dan terkini daripada satu sumber kepada semua peserta pasaran dan juga masyarakat umum," kata Syed Zaid dalam ucapannya sempena Persidangan Maya SRI 2020 di ibu pejabat SC, Bukit Kiara di sini pada Selasa.
Beliau berkata pusat SRI berkenaan dibuka kepada umum bermula Selasa.
Dalam pada itu, beliau berkata SC berhasrat untuk meningkatkan kesedaran mengenai platform pengumpulan dana alternatif seperti pendanaan ekuiti ramai (ECF) dan pembiayaan antara rakan setara (P2P), khususnya dalam kalangan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) di dalam ekonomi hijau dan sosial.
"Kami juga membuat tinjauan dalam kalangan peserta pasaran mengenai struktur pelaburan wakaf yang sesuai untuk menyalurkan dana kepada perusahaan impak sosial.
"Memandangkan ia dapat mencapai hasil sosial, kami percaya ia adalah aset yang akan berkembang pesat sekarang," katanya.
Pelan Hala Tuju SRI merupakan perancangan lima tahun untuk memacu pembangunan ekosistem SRI dan meletakkan Malaysia sebagai pusat SRI di rantau ini.
Ia termasuk membina asas penerbit SRI yang kuat, meningkatkan asas pelabur SRI, meluaskan pelbagai instrumen SRI, menanam budaya urus tadbir dalaman yang kuat dan mereka bentuk seni bina maklumat tersebut.
Isabelle Leong
Tue Aug 25 2020

SYED ZAID: 'Penubuhan Pusat SRI tersebut mampu meningkatkan ketelusan dan akses kepada maklumat berkenaan bon dan sukuk dalam denominasi ringgit.' - Astro AWANI

LZS sasar kutipan zakat harta, fitrah RM208 juta sepanjang Ramadan
Lembaga Zakat Selangor (LZS) menyasarkan kutipan zakat harta dan fitrah sebanyak RM208 juta sepanjang Ramadan ini.

Inspektorat Penguatkuasaan di bazar Ramadan, Aidilfitri seluruh Pahang - JIM
Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Pahang sedang melaksanakan Inspektorat Penguatkuasaan di bazar Ramadan dan Aidilfitri seluruh negeri itu.

KPBKL, IKB digabungkan, dikenali sebagai Kolej Profesional MAIWP - Mohd Na'im
Kolej Profesional Baitulmal Kuala Lumpur (KPBKL) dan Institut Kemahiran Baitulmal (IKB) akan digabungkan dan dikenali sebagai Kolej Profesional MAIWP.

AKPK beri manfaat kepada 1.4 juta individu sehingga Disember 2024 - Kementerian Kewangan
AKPK telah memberi manfaat kepada hampir 1.4 juta individu melalui khidmat nasihat kewangan secara percuma dan membantu sekitar 495,000 peminjam melalui PPK sehingga Disember 2024.

Hampir 1 daripada 10 warga emas di Korea Selatan hidap penyakit Alzheimer
Jumlah pesakit demensia di Korea Selatan juga dijangka melebihi satu juta orang tahun depan, menurut data yang dikeluarkan.

Pendatang asing disaran manfaat Program Repatriasi Migran - Saifuddin Nasution
Pendatang asing yang berhasrat pulang ke kampung halaman bagi menyambut Aidilfitri diminta memanfaatkan Program Repatriasi Migran yang dilanjutkan hingga April ini.

Polis Melaka galak penduduk daftar VSP
Polis Melaka akan bekerjasama dengan pihak berkuasa tempatan (PBT) bagi menggalakkan lebih ramai penduduk negeri ini mendaftar dalam aplikasi Volunteer Smartphone Patrol (VSP).

KDN kaji model perjanjian antarabangsa selesai isu pencerobohan nelayan Vietnam
KDN sedang mengkaji model kerjasama antarabangsa melibatkan eksplorasi hasil laut sebagai antara usaha menyelesaikan isu pencerobohan oleh nelayan Vietnam di perairan negara.
Individu pertama dibenar keluar hospital guna jantung titanium
Seorang lelaki berusia 40-an menjadi individu pertama dibenarkan keluar dari hospital setelah dipasang jantung tiruan sepenuhnya pada Rabu.
Doktor di Sri Lanka lancar mogok, tuntut keadilan mangsa rogol
Sekumpulan doktor di Sri Lanka melancarkan mogok sehari bermula pagi Rabu sebagai tanda solidariti terhadap seorang doktor wanita yang dipercayai dirogol ketika bertugas di Hospital Pengajar Anuradhapura pada Isnin.

SC tubuh Pusat SRI, tingkat kefahaman mengenai bon dan sukuk
Pengerusi Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC), Datuk Syed Zaid Albar berkata pusat SRI berkenaan merupakan sebahagian daripada cadangan Pelan Hala Tuju SRI.