KUALA LUMPUR: Kilang pemasangan Porsche terletak di Inokom, Kulim, Kedah, telah diperbesar dan kini seluas 11,000 meter persegi untuk memenuhi peningkatan kapasiti dan menempatkan barisan pengeluaran baharu.
Sime Darby Bhd dan Porsche dalam satu kenyataan bersama hari ini berkata barisan pengeluaran baharu itu adalah untuk model keduanya, kereta plug-in hibrid Porsche Cayenne S E-Hybrid Coupe.
Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Sime Darby, Datuk Jeffri Salim Davidson berkata peluasan itu merupakan satu pencapaian penting bagi Sime Darby dan Porsche untuk memanfaatkan peluang baharu di rantau ASEAN serta menyerlahkan keupayaan bakat tempatan yang berkemahiran tinggi.
"Sime Darby akan meneruskan komitmennya dengan menyampaikan produk secara konsisten untuk memenuhi permintaan daripada pelanggan Porsche, melangkaui pasaran tempatan ke negara jiran kita, Thailand."
Kilang pemasangan Porsche itu dibuka pada 2022 merupakan yang pertama sepertinya di luar Eropah.
Hari ini, fasiliti tempatan itu telah melancarkan dua generasi dan lebih daripada 2,000 unit model kereta sport Porsche.
"Porsche Cayenne S E-Hybrid yang dipasang di Malaysia itu akan dieksport ke Thailand, salah satu daripada pasaran terbesar Porsche di rantau ASEAN," kata kenyataan itu.
Sementara itu, Ahli Lembaga Eksekutif Pengeluaran Porsche AG, Albrecht Reimold berkata meningkatkan kemudahan pemasangan di Kulim akan memastikan Cayenne yang dieksport ke pasaran serantau pertama itu memenuhi permintaan dan jangkaan pelanggan.
Porsche Cayenne S E-Hybrid dipasang secara tempatan itu akan dieksport ke Thailand, salah satu pasaran terbesar Porsche di rantau ASEAN, memenuhi permintaan yang semakin meningkat di sana.
"Ini juga menandakan potensi pertumbuhan dan inovasi yang besar di rantau ini, menggariskan kepentingannya untuk perniagaan global Porsche," kata syarikat itu.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Jul 24 2024

Jeffri Salim Davidson berkata peluasan itu merupakan satu pencapaian penting bagi Sime Darby dan Porsche untuk memanfaatkan peluang baharu. - Foto Bernama

Malaysia semakin popular sebagai destinasi acara korporat India
Segmen MICE merupakan antara bidang tumpuan utama Tourism Malaysia pada SATTE tahun ini di New Delhi.

Pemandu maut, nahas dua lori di Lebuhraya Utara Selatan
Mangsa yang berusia 43 tahun meninggal dunia di tempat kejadian.

PGA tumpas cubaan seludup 1,000 anak pokok Bromeliad
Anggota Batalion 8 PGA menahan sebuah lori yang dipandu dalam keadaan mencurigakan pada kira-kira 5.30 petang, dalam Op Taring Wawasan.

When Legend Rise: KO! Adli Hafidz tumbangkan peninju Indonesia dalam pusingan ketiga
Adli Hafidz Pauzi menumbangkan Sony Manakane secara knockout (KO) dalam pertarungan When Legend Rise, di Bangkok, malam tadi.

Sanggup bujang, kerja sambilan demi jaga bapa
Bagi Noraziana, bapanya adalah segala-galanya dan sudah menjadi tanggungjawabnya untuk menjaga dengan sebaiknya sebagai membalas jasa beliau.
JAWI panggil individu pakai seperti wanita dalam acara hiburan
Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) akan memanggil semua individu yang berpakaian menyerupai wanita dalam sebuah acara hiburan pada 16 Februari lalu.
Budak tercekik gula-gula kenyal meninggal dunia
Kanak-kanak berusia 10 tahun yang dipercayai tercekik gula-gula kenyal berbentuk mata meninggal dunia.
Warga asing ditahan jual tisu di lampu isyarat
Seorang lelaki warga asing berusia 49 tahun ditahan polis di lampu isyarat Puchong Jaya selepas didapati menjual tisu kepada pengguna jalan raya, sekali gus mengganggu kelancaran lalu lintas.
Pistol berkarat ditemukan di belakang medan selera Pantai Bersih
Sepucuk pistol berkarat dan tidak berfungsi ditemukan di kawasan belakang sebuah medan selera di Pantai Bersih Butterworth pada Rabu.
Protes: Pelajar anjur 'Indonesia Gelap', bantah potongan bajet
Ribuan pelajar di seluruh Indonesia mengadakan protes besar-besaran pada Khamis bagi membantah pemotongan bajet dan dasar-dasar Presiden Prabowo Subianto yang dikhuatiri akan menjejaskan sistem sokongan sosial serta masa depan mereka.

Bursa Malaysia ditutup rendah berikutan ketidaktentuan global
Bursa Malaysia ditutup rendah hari ini ketika hab kewangan global bersedia dengan pendirian bank pusat minggu ini.

Perjalanan lancar bermula dengan Pennzoil, minyak pelincir terunggul untuk prestasi unggul
Jenama premium yang dibawakan oleh UMW ini komited untuk terus menetapkan standard baharu yang lebih tinggi dalam penjagaan prestasi enjin.

Sime Darby dijenamakan semula sebagai 'Sime'
Selama lebih 100 tahun, kumpulan itu telah menyesuaikan diri dengan pasaran yang sentiasa berkembang, mempamerkan ketangkasan dan daya tahannya.

Bursa Malaysia ditutup tinggi susulan aktiviti membeli saham berharga rendah
Bursa Malaysia ditutup tinggi hari ini susulan aktiviti membeli saham berharga rendah selepas penurunan semalam, meskipun prestasi lemah di pasaran serantau, kata seorang penganalisis.

Pusat Data Google: Sime Darby Property pemaju tunggal pertama di Malaysia laksana pajakan bina ikut kesesuaian
Pengaturan pajakan unik ini menandakan yang pertama dan satu-satunya yang seumpamanya setakat ini oleh pemaju di Malaysia.

Isu tular Taman Kucing Klang, MBDK nafi abai, aniaya kucing
MBDK menafikan sebarang penindasan, pengabaian dan penganiayaan di Taman Kucing Klang seperti tular di media sosial.

Semakan gaji perkhidmatan awam menguntungkan sektor auto
Semakan gaji perkhidmatan awam akan datang bakal menguntungkan sektor automobil kerana 1.5 juta penjawat awam akan mempunyai kuasa beli.

Sime Darby perluaskan kilang pemasangan Porsche di Kulim
Kilang pemasangan Porsche terletak di Inokom, Kulim, Kedah, telah diperbesar dan kini seluas 11,000 meter persegi.

Bursa Malaysia ditutup rendah susulan aktiviti pengambilan untung
Pada 5 petang, Indeks FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) susut 3.86 mata atau 0.24 peratus kepada 1,625.96 daripada paras penutup 1,629.82. pada Isnin.

Penggunaan EV semakin meningkat, Sime Darby bakal terima manfaat utama
Konglomerat itu mempunyai barisan komprehensif EV hibrid merentasi spektrum jenama, daripada segmen premium dan peringkat pertengahan.