KUALA LUMPUR: SKS Airways Sdn Bhd, syarikat penerbangan komersial terbaharu di Malaysia, telah diberikan Lesen Perkhidmatan Udara (ASL) secara penuh oleh Suruhanjaya Penerbangan Malaysia (MAVCOM) berkuat kuasa 1 Januari 2022.
Dalam satu kenyataan hari ini, Pengarahnya Datuk Rohman Ahmad berkata dengan memiliki ASL, SKS Airways kini secara rasmi boleh memulakan perniagaan dan bersedia untuk melancarkan operasi penerbangan dalam masa terdekat.
"Dalam tempoh dua tahun kebelakangan ini, ia adalah masa yang sukar untuk industri penerbangan dan pelancongan akibat pandemik COVID-19. Walau bagaimanapun, kami menjangkakan bahawa peluang akan mula terbuka secara perlahan-lahan.
"Kami di SKS Airways telah bekerja keras dalam tempoh ini untuk memperkenalkan syarikat penerbangan komersial baharu yang memfokuskan kepada destinasi laluan yang tidak mendapat liputan dan kurang mendapat perkhidmatan," katanya.
Rohman berkata SKS Airways tidak sabar untuk memberi perkhidmatan kepada pelanggan sambil mengekalkan standard kebersihan dan keselamatan yang tertinggi.
Pelanggan boleh menempah penerbangan di www.sksairways.com kerana syarikat penerbangan itu akan mula menerima tempahan penerbangan.
SKS Airways, anak syarikat SKS Group, ialah syarikat penerbangan komersial berjadual terbaharu di Malaysia yang diberikan ASL penuh, yang mana ia diperlukan untuk membawa penumpang, mel atau kargo mengikut jadual tetap melalui udara di antara dua tempat, selagi ia dalam sempadan Malaysia.
ASL hanya akan dikeluarkan kepada pemohon yang memegang Sijil Operator Udara (AOC) yang sah oleh Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM), yang diterima oleh SKS Airways pada 1 Oktober 2021.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Jan 06 2022

Dengan memiliki ASL, SKS Airways kini secara rasmi boleh memulakan perniagaan dan bersedia untuk melancarkan operasi penerbangan dalam masa terdekat.- Gambar fail/SKS Airways
Fokus Minggu Depan: Permukiman peluang tingkatkan prestasi jemaah menteri
Ikuti ulasan Penganalisis Politik USM, Profesor Datuk Dr. Sivamurugan Pandian mengenai sesi permukiman jemaah menteri persekutuan yang berlangsung pada 21 dan 22 Februari lalu.

Akademi ASAS Penerangan Komuniti MADANI diperkasa seluruh negara - Fahmi
Program Akademi ASAS Penerangan bagi memperkasa Komuniti MADANI akan diperluas ke seluruh negara ter
Pembahagian kerusi DAP terletak kepada kepimpinan parti
DAP yakin akan bertanding di semua kawasan tradisi mereka di Sabah, namun keputusan muktamad akan dibuat Pengerusi DAP Sabah, Datuk Phoong Jin Zhe.

Dua platform jualan dalam talian diarah turunkan iklan gula-gula kenyal
Dr Dzulkefly berkata berdasarkan profiling yang dibuat, KKM mengenal pasti 86 pautan iklan di dua platform berkenaan mengiklankan produk itu.
Tiada siapa boleh lenyapkan UMNO di Sabah - Bung
Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin menegaskan bahawa tiada siapa yang boleh melenyapkan UMNO dari bumi Sabah sampai bila-bila.
UMNO terbuka kerjasama dengan parti lain
UMNO tidak pernah tutup pintu kerjasama dengan mana-mana parti menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah akan datang.
Kerajaan Persekutuan peruntuk RM454 juta naik taraf bekalan air di Labuan
Kerajaan Persekutuan memperuntukkan RM454.88 juta untuk membaikiĀ dan penambahbaikan sistem bekalan air sepanjang 106.7 kilometer (km) di Labuan yang menyaksikan 37 kmĀ atau 35 peratus daripada projek itu sudah pun siap.

Polis nafi dakwaan pekerja tapak binaan dipukul gengster
Polis menafikan dakwaan berhubung seorang pekerja tapak pembinaan dipukul oleh kumpulan gengster di sebuah tapak pembinaan di Subang Jaya, seperti yang tular di media sosial semalam.
Hujan lebat berterusan hingga Rabu di pantai barat Sabah
MetMalaysia mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap waspada di beberapa kawasan di pantai barat, Sabah mulai Selasa hingga Rabu depan.
Sokongan PIBG penting perkukuh sistem pendidikan negara
Keberhasilan sistem pendidikan negara bukan sahaja bergantung kepada usaha para guru tetapi juga sokongan padu daripada ibu bapa dan komuniti setempat.

Penerbangan terus dijangka lonjak industri pelancongan Pulau Redang
Industri pelancongan Pulau Redang dijangka bertambah rancak dengan adanya perkhidmatan penerbangan terus dari Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah ke Lapangan Terbang Pulau Redang menerusi kerjasam

SKS Airways mula penerbangan sulung ke Pulau Pangkor hari ini
Syarikat penerbangan komersial terbaharu Malaysia, SKS Air Airways melancarkan penerbangan sulungnya ke Pulau Pangkor, pada Rabu.

Penerbangan Subang-Pangkor lonjak kehadiran pelancong - MB Perak
SKS Airways menawarkan penerbangan setiap hari dari Subang ke Pulau Pangkor bermula esok (26 Januari).

SKS Airways terima lesen perkhidmatan udara penuh berkuat kuasa 1 Jan 2022
SKS Airways Sdn Bhd, syarikat penerbangan komersial terbaharu di Malaysia, telah diberikan Lesen Perkhidmatan Udara (ASL) secara penuh oleh Suruhanjaya Penerbangan Malaysia (MAVCOM).