KUCHING: Starbucks Malaysia melakar satu lagi kejayaan dengan melancarkan cawangannya di Vivacity Megamall di sini yang menggunakan bahasa isyarat sebagai cara untuk berkomunikasi.
Didedikasikan bagi menawarkan peluang pekerjaan dan pembangunan kepada orang kelainan upaya pendengaran serta memupuk hubungan bermakna di antara rakan kongsi dan pelanggan, ia merupakan "cawangan bahasa isyarat" yang pertama rangkaian kopi itu di wilayah Borneo dan yang ketiga selepas di Kuala Lumpur dan Pulau Pinang.
Ketua Pegawai Eksekutif Berjaya Food Bhd dan Pengarah Urusan Berjaya Starbucks Coffee Datuk Sydney Quays berkata syarikat itu berhasrat untuk mengembangkan inisiatif tersebut di setiap negeri.
"Selain menyediakan pekerjaan kepada komuniti (masalah pendengaran), kami juga berhasrat untuk meluaskan kesedaran orang ramai dan membina keyakinan dalam kalangan mereka kerana kadang-kadang mereka malu untuk melangkah ke hadapan kerana ketidakupayaan itu," katanya pada sidang media selepas pelancaran cawangan itu yang dirasmikan oleh Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak Datuk Seri Fatimah Abdullah.
Sokongan dan komitmen daripada kerajaan negeri dan Persatuan Orang-Orang Pekak Sarawak (SSD) telah memudahkan proses untuk membuka cawangan itu di sini, katanya.
Quays juga berkata Starbucks Malaysia juga bekerjasama dengan SSD untuk menyediakan perkhidmatan profesional mentafsir bahasa isyarat Malaysia dan menganjurkan aktiviti-aktiviti di cawangan itu.
Beliau berkata ini akan menyediakan platform untuk komuniti berkumpul dan saling berhubung di antara satu sama lain. Ia juga telah menerima sambutan yang menggalakkan daripada pelanggan sejak prapelancarannya pada 27 Julai.
Rangkaian kopi itu setakat ini telah mengambil 20 kakitangan masalah pendengaran untuk tiga "cawangan bahasa isyarat" dengan lapan daripadanya adalah di cawangan Vivacity Megamall.
Terdahulu, Fatimah dalam ucapan perasmiannya berkata cawangan itu "memperkasakan" komuniti masalah pendengaran dan bersyukur kerana badan korporat seperti Starbucks Malaysia "penuh bersemangat dengan kerajaan negeri bagi melakukan perubahan kepada masyarakat."
-- BERNAMA
Bernama
Fri Aug 18 2023
![Starbucks lancar 'cawangan bahasa isyarat' pertamanya di Kuching Starbucks lancar 'cawangan bahasa isyarat' pertamanya di Kuching](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-08/61692321071_TBFatimahAbdullah.jpg)
Fatimah menandatangani plak perasmian premis Starbucks terbaharu di kompleks membeli belah Vivacity di Kuching, 17 Ogos 2023. -- fotoBERNAMA
Kadar kebolehpasaran graduan TVET cecah 94.5 peratus - Ahmad Zahid
Kadar kebolehpasaran graduan Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) secara purata kini mencecah 94.5 peratus sekali gus membuktikan keperluan tenaga mahir terus meningkat.
NASA naikkan kemungkinan asteroid langgar bumi kepada 3.1 peratus
NASA meningkatkan kemungkinan asterod 2024 YR4 melanggar bumi kepada 3.1 peratus dan dijangka berlaku pada tahun 2032.
Agong berkenan terima menghadap Anwar di Bahrain
Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim berkenan menerima menghadap Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Bahrain hari ini.
![Jajaran Rel Selangor dibina berperingkat, dijangka sehingga 10 tahun Jajaran Rel Selangor dibina berperingkat, dijangka sehingga 10 tahun](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71739955408_NgSzeHan.jpg)
Jajaran Rel Selangor dibina berperingkat, dijangka sehingga 10 tahun
Pembinaan Jajaran Rel Selangor akan dilaksanakan secara berperingkat melibatkan pelbagai fasa dan dijangka mengambil tempoh sehingga 10 tahun.
![Sabah bakal perkenal program baharu bantu rakyat - Hajiji Sabah bakal perkenal program baharu bantu rakyat - Hajiji](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71739958065_HajijiNoor.jpg)
Sabah bakal perkenal program baharu bantu rakyat - Hajiji
Program itu dijangka dapat dilaksanakan tahun ini, sebagai tambahan kepada pelbagai program bantuan sedia ada.
![Giorgio Rossi bukan lagi CEO MFL? Giorgio Rossi bukan lagi CEO MFL?](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51739957201_giorgiorossi.jpg)
Giorgio Rossi bukan lagi CEO MFL?
Spekulasi bertiup kencang apabila hebahan mengenai jawatan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Liga Bolasepak Malaysia (MFL) yang disandang Giorgio Pompili Rossi hanya bertahan selama lima bulan.
![Kelantan sasar 100,000 pengunjung meriahkan Madinah Ramadan Kelantan sasar 100,000 pengunjung meriahkan Madinah Ramadan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81739957246_hilmiabdullah.jpg)
Kelantan sasar 100,000 pengunjung meriahkan Madinah Ramadan
Kelantan menjangkakan kira-kira 100,000 pengunjung hadir memeriahkan Madinah Ramadan di Dataran Warisan Stadium Sultan Muhammad IV yang beroperasi sepanjang bulan Ramadan ini.
AWANI Ringkas: Larangan kenderaan berat jadikan aliran trafik makin lancar
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
![Agong berkenan terima menghadap Anwar di Bahrain Agong berkenan terima menghadap Anwar di Bahrain](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81739955034_TBSULTANIBRAHIMANWAR.jpg)
Agong berkenan terima menghadap Anwar di Bahrain
Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim berkenan menerima menghadap Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Bahrain pada Rabu.
![Kadar kebolehpasaran graduan TVET cecah 94.5 peratus - Ahmad Zahid Kadar kebolehpasaran graduan TVET cecah 94.5 peratus - Ahmad Zahid](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739955331_ProgramPendidikand.jpg)
Kadar kebolehpasaran graduan TVET cecah 94.5 peratus - Ahmad Zahid
Kadar kebolehpasaran graduan Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) secara purata kini mencecah 94.5 peratus sekali gus membuktikan keperluan tenaga mahir terus meningkat.
![Empat maut dalam kemalangan di Jalan Stutong, Kuching Empat maut dalam kemalangan di Jalan Stutong, Kuching](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/71736850694_TBKEMALANGAN.jpg)
Empat maut dalam kemalangan di Jalan Stutong, Kuching
Empat maut dalam kemalangan melibatkan tiga kereta dan dua motosikal di Jalan Stutong, Kuching, tengah hari tadi.
![Bayi cedera digigit: Pemilik, pembantu taska ditahan Bayi cedera digigit: Pemilik, pembantu taska ditahan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/71721036680_bayigeneric.jpg)
Bayi cedera digigit: Pemilik, pembantu taska ditahan
Polis menahan tiga wanita bagi membantu siasatan berhubung kes seorang bayi yang cedera dipercayai digigit.
![Malaysia anjur Forum Zakat dan Wakaf Dunia 2025 di Sarawak Malaysia anjur Forum Zakat dan Wakaf Dunia 2025 di Sarawak](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-09/41726461564_DatukDrMohdNaim.jpg)
Malaysia anjur Forum Zakat dan Wakaf Dunia 2025 di Sarawak
Forum itu dijangka menjadi platform penting untuk menangani cabaran serantau dan meningkatkan kerjasama antara kerajaan.
![RWMF 2024: Kitaro, legenda yang tidak mahu berhenti belajar mencipta muzik RWMF 2024: Kitaro, legenda yang tidak mahu berhenti belajar mencipta muzik](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/41719647660_Kitaro.jpg)
RWMF 2024: Kitaro, legenda yang tidak mahu berhenti belajar mencipta muzik
Dengan lebih 24 album terhasil sejak 1977, legenda berusia 71 tahun itu merasakan proses pembelajaran itu tidak pernah terhenti.
![Sarawak rancang bangunkan lapangan terbang antarabangsa baharu di Kuching Sarawak rancang bangunkan lapangan terbang antarabangsa baharu di Kuching](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-11/61637736006_AbangJohariOpeng.jpg)
Sarawak rancang bangunkan lapangan terbang antarabangsa baharu di Kuching
Sarawak merancang untuk membangunkan lapangan terbang antarabangsa baharu di Kuching, kata Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg.
![Kuching tersenarai 13 bandar teratas mampu dinikmati pesara - Laporan Kuching tersenarai 13 bandar teratas mampu dinikmati pesara - Laporan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/81711519472_TBkuchingjpg.jpg)
Kuching tersenarai 13 bandar teratas mampu dinikmati pesara - Laporan
Walaupun banyak destinasi persaraan bernilai baik di seluruh dunia, International Living Magazine menonjolkan Kuching antara 13 tempat yang luar biasa.
![AirAsia tambah penerbangan laluan Jakarta-Kuching bermula 8 Februari AirAsia tambah penerbangan laluan Jakarta-Kuching bermula 8 Februari](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-02/61645031312_AirAsia.jpg)
AirAsia tambah penerbangan laluan Jakarta-Kuching bermula 8 Februari
AirAsia akan mempertingkatkan kekerapan penerbangan laluan Jakarta-Kuching bermula 8 Februari.
![PDRM tubuh pasukan khas siasat kematian pelajar berhampiran pusat hiburan PDRM tubuh pasukan khas siasat kematian pelajar berhampiran pusat hiburan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-10/61697875742_AzmanAhmadSapri.jpg)
PDRM tubuh pasukan khas siasat kematian pelajar berhampiran pusat hiburan
Sebuah pasukan siasatan khas ditubuhkan bagi menyiasat kes kematian pelajar wanita yang ditemukan berhampiran sebuah pusat hiburan di Kuching.
![Kuching pilihan Yuna untuk konsert jelajah Asia Kuching pilihan Yuna untuk konsert jelajah Asia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-07/41690081446_Yuna.jpg)
Kuching pilihan Yuna untuk konsert jelajah Asia
Penganjur yakin jelajah pada 27 Okt di Hikmah Exchange itu akan mendapat sambutan luar biasa susulan imej Yuna yang tidak asing lagi.
![Ada baiknya kerajaan terkebelakang dalam dasar teknologi - Pakar Dasar Teknologi Ada baiknya kerajaan terkebelakang dalam dasar teknologi - Pakar Dasar Teknologi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-10/41696485501_michaelnelson.jpg)
Ada baiknya kerajaan terkebelakang dalam dasar teknologi - Pakar Dasar Teknologi
"Kerajaan harus fahami bahawa persediaan dan mekanisme yang mereka ada tidak membolehkan mereka untuk bergerak sepantas keperluan pasaran."