Selepas mengharungi tahun yang mencabar, yang menyaksikan sahamnya merosot, Felda Global Ventures Holdings Berhad (FGV) optimis muncul sebagai organisasi yang lebih kukuh dan efisyen hasil daripada penambahbaikan prestasi perladangan dan harga komoditi yang tinggi.
"Kami meletakkan keyakinan yang tinggi terhadap pasaran komoditi yang lebih baik, selari dengan paras inventori minyak sawit yang lebih rendah, permintaan eksport yang meninkat, pemberhentian sementara perladangan baharu di Indonesia selain pemulihan harga minyak mentah," kata Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan FGV, Datuk Zakaria Arshad.
Bagi 2017, strategi FGV akan melibatkan tiga teras utama iaitu rasionalisasi perniagaan bagi menjadikan organisasi lebih cekap, memacu ke arah keberkesanan operasi dan pertumbuhan luar yang selektif, tanpa berkompromi terhadap tadbir urus yang baik dan penuh ketelusan, katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Zakaria berkata rasionalisasi secara menyeluruh dalam Kumpulan FGV akan menjadikan kumpulan itu lebih esfisyen dan kompetitif pada 2017 menerusi penstrukturan, pelupusan atau kerjasama dengan rakan lain bagi aset yang menyebabkan keuntungannya merosot.
FGV juga menyusun semula struktur organisai dan model perniagaan bagi mencapai keseragaman dan kebolehtangungjawaban, kebergantungan terhadap ketidaktentuan komoditi dan mata wang dan juga memantau lebih mendalam perniagaan syarikat sekutu, katanya.
Beliau berkata bagi bahagian hiliran, kami akan membangunkan penerokaan pasaran, sama ada secara organik, ejen pemasaran atau kerjasama strategik dengan penggiat tempatan.
Selain itu, FGV yang beroperasi dengan kos pentadbiran yang cukup tinggi sebelum ini, kini berjaya dikurangkan sebanyak lebih RM100 juta, tertakluk kepada pengauditan.
"Kos pentadbiran yang kini lebih cekap, sudah menjadi budaya dan regim pengurusan dalam FGV, dengan dapat melaksanakan lebih banyak perkara pada kos yang lebih rendah," katanya.
Zakaria berkata Pelan Strategik 2017-2020 FGV, yang akan dilaksanakan tidak lama lagi, menyediakan hala tuju yang lebih jelas dan kaedah untuk memacu pertumbuhan mampan dalam keseluruhan organisasi.
Beliau juga berkata semakan menyeluruh terma kerjasama dengan rakan kerjasama strategik dilaksanakan bagi mencapai aspirasi kerjasama yang sebenar, yang secara langsung memberi nilai yang lebih baik kepada FGV.
"Semakan ini juga antara lain bagi memastikan kuasa bersama dalam operasi dan bahagian korporat, produk bersama, pembangunan pasaran, hala tuju dalam pemindahan teknologi dan pendedahan modal insan ke dalam persekitaran perniagaan dunia."
Selain itu, kriteria pemilihan untuk sebarang kerjasama pada masa depan juga telah diketatkan dengan mekanisma sama-sama menang perlu diperjelas sebelum sebarang perjanjian kerjasama dimeterai.
Lembaga Pengarah juga telah meluluskan beberapa polisi dalaman bagi memastikan integriti, ketelusan dan kebertanggungjawaban yang lebih tinggi dalam kalangan kakitangan dalam kumpulan itu.
Antaranya, polisi Hadiah, Hiburan dan Hospitaliti (GEH) dan Pengisytiharan Harta Peribadi (APID), kedua-duanya dirangka bagi mencegah Pengarah atau kakitangan daripada sebarang situasi konflik kepentingan, kata Zakaria.
Dalam perkembangan lain, beliau berkata FGV juga mahu memastikan sekurang-kurangnya 16 komplek kilangnya menerima pensijilan RSPO (rundingan meja bulat mengenai Minyak Sawit Lestari) pada 2017, yang membolehkan kami meneroka pasaran yang memerlukan standard berkenaan.
Sehingga 28 Dis lepas, RSPO memberikan FGV dan FELDA pendaftaran keahlian berasingan.
"Kami menjangkakan lebih banyak premium daripada minyak sawit mampan terutama daripada produk berkaitan minyak isirung sawit mentah (CPKO) yang menjana lebih nilai ketika ini. Kami juga menyediakan 22 lagi komplek kilang untuk diaudit pada 2017," kata Zakaria.
Akhirnya Zakaria yakin bahawa segala kesulitan telah berlalu, dan beliau telah bersedia untuk membawa FGV ke tahap yang lebih tinggi dan memberi pulangan kepada pemegang saham pada 2017.
Melihat Cabaran 2016, beliau berkata 2016 ternyata tahun yang sangat mengujakan apabila harga sahamnya kembali meningkat daripada paras terendah RM1.33 ke paras tertinggi RM2.50 sebelum stabil pada nilai RM1.55 pada penghujung tahun.
Berakhirnya tahun 2016 memperlihatkan genap sembilan bulan Zakaria menerajui FGV.
Menurutnya ini berlaku meskipun pelbagai usaha dilakukan seperti yang ditetapkan dalam pelan peralihan yang secara umumnya melibatkan pengukuhan perniagaan teras, memperkukuh aset sedia ada dan menangguhkan aktiviti penggabungan dan pengambilalihan.
Cabaran utama yang dihadapinya dalam tempoh berkenaan yang dilihat mempengaruhi prestasi syarikat dan harga saham termasuk Fenomena El Nino terburuk dan berlanjutan dan memberi impak negatif ke atas hasil ladang FGV, selari dengan kejatuhan hasil peringkat negara yang mendorong kenaikan harga minyak sawit mentah (MSM).
Mengenai Eagle High Plantation (EHP), Zakaria berkata keyakinan pasaran terhadap pengurusan beliau pada peringkat awal mula terjejas ekoran ketidaktentuan terhadap perancangan pengambilalihan EHP yang belanjutan sejak Jun 2015.
"Namun kini FGV telah pun menandatangani Perjanjian Penamatan dengan Kumpulan Rajawali pada 23 Dis 2016, sekali gus menamatkan isu berkenaan.
"Pelaburan itu kini diambil alih oleh FIC Properties Sdn Bhd, sebuah entiti di bawah FELDA," katanya.
Bagi Felda Iffco Gida Sanayi (FIG), Turki, beliau berkata FGV kini menunggu laporan audit forensik terhadap kerugian sebelum mengambil tindakan selanjutnya.
"Kami juga sedang merangka kertas kerja berkaitan untuk tuntutan perlindungan insurans membabitkan kes berkaitan penipuan yang membolehkan ganti rugi untuk sebahagian besar kerugian yang direkodkan," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Jan 02 2017
ZAKARIA: Kami meletakkan keyakinan yang tinggi terhadap pasaran komoditi yang lebih baik. - Gambar fail
Skuad hoki dalam dewan berdepan kumpulan maut di Piala Dunia
Skuad hoki dalam dewan lelaki berdepan tugas getir pada penampilan sulung Piala Dunia 2025 di Porec, Croatia, dari 3 hingga 9 Februari depan.
Nigeria sertai BRICS sebagai negara rakan - Kementerian Luar Brazil
Nigeria kini secara rasmi menjadi negara kesembilan yang menyertai BRICS sebagai negara rakan, menurut kenyataan Kementerian Luar Brazil.
Fokus Minggu Depan: ASEAN Tourism Forum, platform keterangkuman serantau
Bersama Siti Nuraqila Omar membincangkan tentang ASEAN Tourism Forum, platform keterangkuman serantau.
ASEAN 2025: Malaysia, Thailand dan Brunei kongsi kebimbangan situasi di Myanmar
Kementerian Luar Negeri berkata situasi di Myanmar menjadi antara isu yang berbangkit dalam kedua-dua mesyuarat bilateral melibatkan Malaysia hari ini.
JIM Terengganu tahan 15 pendatang tanpa izin
Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Terengganu menahan 15 pendatang tanpa izin dalam Operasi Sapu dan Selera di sekitar tapak pembinaan kawasan industri Kertih, Kemaman semalam.
Jurulatih selam wanita rugi lebih RM300,000 terperdaya pelaburan saham di Facebook
Seorang jurulatih selam di sini kerugian RM304,422 setelah terperdaya dengan pelaburan tidak wujud yang diiklankan di Facebook.
Ahli akademik disaran bertanggungjawab atas pandangan yang diutarakan
Ahli akademik perlu lebih bertanggungjawab dalam melontarkan kata-kata meskipun kebebasan bersuara dijamin oleh kerajaan.
Suspek lari dari IPD Tangkak ditahan semula
Polis menahan semula penjenayah yang melarikan diri dari tahanan IPD Tangkak, di sebuah rumah di Kluang pagi tadi.
Polis tembak mati 3 suspek jenayah samun, curi kenderaan
Polis menembak mati tiga individu dipercayai terlibat dalam kegiatan samun dan curi kenderaan di Persiaran Kota Emerald, Rawang, Selangor pada Sabtu.
Penduduk masih belum dibenarkan pulang
Puluhan ribu penduduk Los Angeles yang terpaksa berpindah akibat kebakaran dahsyat, masih tidak dibenarkan pulang ke kediaman mereka sekurang-kurangnya untuk tempoh seminggu.
FGV serah kepada kerajaan putuskan kedudukan tiga lantikan utama Lembaga Pengarah
Walaupun kerajaan baharu mempunyai kuasa menukar lantikan terbabit, ia sewajarnya memastikan tadbir urus korporat yang baik.
Larangan EU ke atas minyak sawit tidak jejaskan FGV
Parlimen EU mengundi pada 17 Jan 2018 untuk melarang biofuel berasaskan minyak kelapa sawit menjelang 2021.
Keuntungan sebelum cukai FGV meningkat 60 peratus
FGV berkata, peningkatan ini didorong oleh prestasi baik sektor perladangan dan logistik dan lain-lain (LO).
FGV: Zakaria Arshad kembali bertugas berkuat kuasa 16 Oktober
FGV dalam satu kenyataan berkata keputusan tersebut dibuat oleh Kementerian Kewangan Diperbadankan (KKD).
Kerajaan perlu benarkan pemandu teksi tubuh kesatuan - Perjiwa
Pemandu teksi menuntut kerajaan membenarkan penubuhan sebuah kesatuan bagi membela nasib mereka seperti pekerja-pekerja sektor lain di negara ini.
Isa Samad sudah jumpa PM, Sulaiman Mahbob akan dilantik Pengerusi FGV baharu - Sumber
Tan Sri Sulaiman Mahbob dikatakan bakal mengambil alih jawatan Pengerusi Felda Global Ventures Holdings Bhd (FGV) dari Tan Sri Isa Samad.
Tahun paling mencabar berakhir, muncul lebih kukuh pada 2017 - FGV
Selepas mengharungi tahun yang mencabar, yang menyaksikan sahamnya merosot, Felda Global Ventures Holdings Berhad (FGV) optimis muncul sebagai organisasi yang lebih kukuh.