KUALA LUMPUR: Boustead Holdings Bhd (BHB) telah menetapkan 22 Mei 2023 sebagai tarikh tutup pertama tawaran pengambilalihan sukarela bersyarat oleh Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) bagi mengambil alih baki saham dalam BHB.
Dalam pekeliling nasihat bebas yang difailkan dengan Bursa Malaysia hari ini, BHB berkata tempoh tawaran itu akan kekal dibuka untuk penerimaan sehingga 5 petang pada Isnin, 22 Mei depan, sebagai tarikh tutup pertama.
Jika tawaran itu telah menjadi atau diisytiharkan tanpa syarat sebelum tarikh tutup pertama, pemberi tawaran (LTAT) akan memastikan tawaran dibuka untuk penerimaan tidak kurang daripada 14 hari selepas itu, yang tidak akan lewat daripada hari ke-74 dari tarikh siaran.
"Dalam apa jua keadaan, pemberi tawaran tidak akan menutup tawaran sebelum tarikh tutup pertama. Sekiranya tawaran kekal bersyarat menjelang tarikh tutup pertama, syarat Bank Negara Malaysia (BNM) yang disemak semula mesti dipenuhi dalam tempoh 21 hari selepas tarikh tutup pertama.
"Sekiranya syarat BNM yang disemak semula dipenuhi selepas tarikh tutup pertama, tawaran akan tetap dibuka untuk penerimaan sehingga 5 petang pada 26 Jun 2023, iaitu hari ke-95 dari tarikh siaran.
"Bagaimanapun, jika syarat BNM yang disemak semula tidak dipenuhi pada 12 Jun depan, tawaran itu akan luput dan tidak lagi boleh diterima," katanya.
Tawaran oleh LTAT ini adalah sebahagian daripada langkah untuk mengambil BHB secara persendirian.
LTAT secara langsung memegang 1.5 bilion saham BHB yang mewakili 74.92 peratus daripada jumlah saham terbitan dalam syarikat itu setakat tarikh praktik terkini.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Apr 17 2023

BHB berkata tempoh tawaran itu akan kekal dibuka untuk penerimaan sehingga 5 petang pada Isnin, 22 Mei depan, sebagai tarikh tutup pertama. - Gambar fail/dagangnews.com
AWANI Ringkas: Gegaran di Butterworth berpunca latihan TUDM
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Usaha basmi miskin tegar akan dilipat ganda, lebih agresif - PM Anwar
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan bahawa usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.
AWANI Ringkas: Aspek keselamatan stesen tren untuk OKU dikaji semula
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

PBB suarakan kebimbangan mendalam terhadap serangan berterusan Israel di Tebing Barat
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menyuarakan kebimbangan mendalam terhadap serangan berterusan Israel ke atas bandar-bandar di Tebing Barat.
#AWANIRingkas 22 Februari 2025 | 9 PM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 malam, 22 Februari 2025
1️⃣ ADUN Ayer Kuning meninggal dunia
2️⃣ Ismail Sabri dimasukkan ke hospital
3️⃣ Aspek keselamatan stesen tren untuk OKU dikaji semula
#awaniringkas
1️⃣ ADUN Ayer Kuning meninggal dunia
2️⃣ Ismail Sabri dimasukkan ke hospital
3️⃣ Aspek keselamatan stesen tren untuk OKU dikaji semula
#awaniringkas
AWANI 7:45 [22/2/2025] – Perlu Tambah Baik | Tingkat Keselamatan OKU | Taktik Unik | Ajal Di Padang Bola Sepak
Laporan berita padat dan ringkas #AWANI745 bersama Syaff Shukri
Tumpuan #AWANI745 malam ini
- PM akui menteri Kabinet tidak sempurna
- Kaji semua keselamatan OKU di LRT
- Sindiket seludup rokok beroperasi di tanah kubur
- Adun Ayer Kuning meninggal dunia
Saksikan #AWANI745 di saluran 501 Astro AWANI, Astro AWANI apps dan astroawani.com/live-tv
#AWANInews
Tumpuan #AWANI745 malam ini
- PM akui menteri Kabinet tidak sempurna
- Kaji semua keselamatan OKU di LRT
- Sindiket seludup rokok beroperasi di tanah kubur
- Adun Ayer Kuning meninggal dunia
Saksikan #AWANI745 di saluran 501 Astro AWANI, Astro AWANI apps dan astroawani.com/live-tv
#AWANInews

AS akan kemukakan resolusi mengenai konflik Ukraine kepada Perhimpunan Agung PBB pada 24 Feb
Amerika Syarikat (AS) akan membentangkan resolusi "bersejarah" mengenai penyelesaian konflik di Ukraine kepada Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada 24 Feb.

Pihak berkuasa, pengurusan masjid diseru ambil tindakan proaktif jaga keselamatan jemaah
Pihak berkuasa dan pengurusan masjid perlu segera mengambil tindakan proaktif bagi menjaga keselamatan jemaah, terutama kanak-kanak.
Agenda AWANI Asia: Pembangunan AI untuk kebaikan manusia
Sejauh mana pembangunan teknologi AI seperti ChatGPT, DeepSeek dan terkini Grok-3 membantu kehidupan manusia dan memacu perkembangan industri?
Diskusi dan analisis mengenai pembangunan teknologi dan penggunaan AI serta impak kepada perkembangan industri dalam Agenda AWANI Asia jam 9malam ini.
Diskusi dan analisis mengenai pembangunan teknologi dan penggunaan AI serta impak kepada perkembangan industri dalam Agenda AWANI Asia jam 9malam ini.

Thailand tegas banteras sindiket penipuan pusat panggilan dengan kerjasama serantau
Kerajaan Thailand kini memperkukuh kerjasama dengan negara jiran bagi menghapuskan operasi sindiket penipuan pusat panggilan rentas sempadan yang mengeksploitasi kelemahan sistem sedia ada.

Kerajaan Sarawak tingkat pegangan enam kali ganda untuk kuasai Affin Bank Berhad
Sarawak kini muncul sebagai pemegang saham terbesar dalam Affin Bank apabila ia meningkatkan kepentingannya daripada 4.81 peratus sebelum ini kepada 31.25 peratus.

LTAT tempelak kenyataan ‘pengunduran’ Ahmad Nazim
LTAT memaklumkan, dakwaan itu tidak tepat kerana pada masa ini masih tiada keputusan akhir tentang pengunduran Ahmad Nazim.

BHB nafi beli saham daripada pemegang saham BHPetrol lain
Boustead Holdings Bhd (BHB) menjelaskan bahawa ia tidak membuat sebarang pembelian saham daripada pemegang saham Boustead Petroleum Marketing Sdn Bhd, juga dikenali sebagai BHPetrol yang lain.

Tarikh tutup pertama untuk pengambilalihan baki saham Boustead pada 22 Mei
BHB berkata tempoh tawaran itu akan kekal dibuka untuk penerimaan sehingga 5 petang pada Isnin, 22 Mei depan, sebagai tarikh tutup pertama.

Mohd Redzuan letak jawatan pengerusi Boustead Holdings
Datuk Seri Mohd Redzuan Md Yusof telah meletakkan jawatannya sebagai pengerusi bebas bukan eksekutif Boustead Holdings Bhd untuk meneruskan minat lain berkuat kuasa hari ini.

Boustead jual Hotel Royale Chulan Bukit Bintang pada RM197 juta
Dalam makluman kepada Bursa Malaysia pada Jumaat, BHB berkata ini menyumbang kepada 4.5 sen sesaham.