KUALA LUMPUR: Inflasi Malaysia meningkat 1.8 peratus pada Julai 2026 berbanding 1.9 peratus pada bulan sebelumnya, dengan mata indeks meningkat kepada 137.1 daripada 134.7 (Julai 2025).
Menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM), ini didorong oleh kumpulan pengangkutan yang meningkat kepada 1.4 peratus berbanding 2.8 peratus pada Jun 2026.
Kenyataan DOSM turut menyebut, kumpulan penjagaan diri, perlindungan sosial dan pelbagai barangan dan perkhidmatan menyederhana 2.9 peratus pada Julai 2026 berbanding 3.4 peratus pada Jun 2026.
Ini diikuti oleh peningkatan perlahan minuman alkohol dan tembakau, 2.7 peratus (Jun 2026: 2.8 peratus), restoran dan perkhidmatan penginapan, 2.0 peratus (Jun 2026: 2.6 peratus) dan pendidikan, 2.0 peratus (Jun 2026: 2.1 peratus).
Kedua-dua kumpulan insurans dan perkhidmatan kewangan dan kesihatan masing-masing meningkat lebih rendah kepada 1.1 peratus pada Julai 2026 berbanding 5.7 peratus dan 1.2 peratus pada bulan sebelumnya.
Di samping itu, kumpulan hiasan, perkakasan dan penyelenggaraan isi rumah meningkat secara marginal, 0.3 peratus (Jun 2026: 0.4 peratus).
Dalam perkembangan sama, kumpulan maklumat dan komunikasi meningkat kepada 3.4 peratus pada Julai 2026 berbanding 2.4 peratus pada Jun 2026.
Sementara itu, kumpulan makanan dan minuman dan perumahan, air, elektrik, gas dan ahan api lain masing-masing meningkat lebih tinggi pada Julai 2026 kepada 1.8 peratus berbanding 1.4 peratus pada bulan sebelumnya.
Selain itu, kumpulan rekreasi, sukan dan kebudayaan dan pakaian dan kasut masing-masing meningkat kepada 1.2 peratus (Jun 2026: 1.1 peratus) dan 0.1 peratus (Jun 2026: 0.0 peratus).
Sebanyak 65.3 peratus item (374 daripada 573) merekodkan kenaikan harga.
Namun begitu, daripada jumlah tersebut, 367 item (98.1 peratus) mencatatkan peningkatan kurang atau sama dengan 10 peratus, manakala hanya 7 item merekodkan kenaikan melebihi 10 peratus pada Julai 2026.
Baki sebanyak 157 item (27.4 peratus) menunjukkan penurunan dan 42 item kekal tidak berubah.
Kumpulan makanan dan minuman yang menyumbang 29.8 peratus daripada keseluruhan wajaran IHP meningkat 1.8 peratus pada Julai 2026 berbanding 1.4 peratus yang direkodkan pada bulan sebelumnya.
Peningkatan ini didorong oleh kedua-dua subkumpulan makanan di luar rumah dan Makanan di rumah.
Subkumpulan makanan di luar rumah meningkat kepada 2.5 peratus berbanding 2.4 peratus pada Jun 2026, manakala, subkumpulan makanan di rumah mencatatkan peningkatan sebanyak 1.2 peratus pada Julai 2026 (Jun 2026: 0.5 peratus).
Inflasi kumpulan pengangkutan menyederhana pada Julai 2026 kepada 1.4 peratus berbanding 2.8 peratus pada Jun 2026.
Ini disebabkan oleh subkumpulan pengurusan peralatan pengangkutan persendirian, yang merekodkan peningkatan perlahan pada 1.3 peratus (Jun 2026: 3.1 peratus).
Subkumpulan perkhidmatan pengangkutan awam kekal pada 6.5 peratus, kadar yang sama seperti bulan sebelumnya.
Namun begitu, subkumpulan perkhidmatan pengangkutan barangan dan Pembelian kenderaan masing-masing masih merekodkan penurunan pada Julai 2026 dengan negatif 1.3 peratus dan negatif 0.2 peratus.
Purata harga Petrol tanpa plumbum RON97 pada Julai 2026 menurun kepada RM4.07 seliter berbanding RM4.33 seliter pada Jun 2026.
Purata harga pasaran Diesel mencatatkan pada RM4.14 seliter berbanding RM4.50 seliter pada bulan sebelumnya.
Purata harga pasaran Petrol tanpa plumbum RON95 merekodkan RM3.47 seliter pada Julai 2026 (Jun 2026: RM3.69 seliter) berbanding harga subsidi sebanyak RM1.99 seliter.
Selain itu, kerajaan telah melaksanakan mekanisme BUDI Diesel bermula 1 Julai 2026 dengan membolehkan pemilik kenderaan diesel persendirian yang layak membeli diesel bersubsidi pada harga RM2.10 seliter melalui sistem pengesahan MyKad.
Pelaksanaan ini dijangka memanfaatkan kira-kira 400,000 pemilik kenderaan diesel persendirian di Semenanjung Malaysia serta 300,000 pemilik di Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan Labuan.
Mekanisme subsidi bersasar ini membolehkan penerima yang layak membeli diesel pada harga bersubsidi berbanding harga pasaran semasa.
Sehubungan itu, pelaksanaan BUDI Diesel telah menyumbang kepada peningkatan yang lebih perlahan dalam kumpulan pengangkutan pada Julai 2026.
Tujuh negeri merekodkan peningkatan melebihi paras inflasi nasional, 1.8 peratus iaitu Negeri Sembilan (2.5 peratus), Kedah (2.3 peratus), Pahang (2.3 peratus), Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (2.2 peratus), Johor (2.1 peratus), Wilayah Persekutuan Labuan (2.0 peratus) dan Sabah (1.9 peratus).
Kesemua negeri mencatatkan peningkatan inflasi makanan dan minuman kecuali Kelantan dan Wilayah Persekutuan Labuan, yang tidak merekodkan sebarang peningkatan.