IPOH: Berkat kesungguhan mahu melihat lebih ramai rakyat memiliki komputer riba supaya tiada yang tertinggal daripada arus kemajuan teknologi maklumat, Imika Malaysia berjaya membuka 20 cawangan di Sabah dan Sarawak, dalam masa hanya beberapa bulan.
Dengan 30 cawangan di Semenanjung setakat ini, syarikat itu optimis mampu mencapai sasaran mewujudkan 100 cawangan menjelang hujung tahun ini.
Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif Imika Malaysia, Abdul Rahim Tahir berkata, sejak membuka cawangan di Sabah dan Sarawak, sambutan orang ramai terhadap syarikat mereka di luar jangkaan.
“Ada yang kami buka di kawasan seperti Keningau dengan Mukah, kami dikira antara kedai komputer yang pertama di kawasan tu.
“Jadi matlamat kita adalah hendak menyediakan lebih pilihan untuk masyarakat Borneo, jadi kita jual harga yang sama, baik di Semenanjung, Sabah dan Sarawak.
“Malah di pedalaman dan bandar, kita beri harga yang sama bagi memastikan rakyat Malaysia dapat peluang dan pilihan yang sama,” katanya ketika di temui di ibu pejabat Imika Malaysia di Ipoh.
Imika Malaysia menawarkan komputer riba diperbaharui pada harga mampu milik sejak 13 tahun lalu, di samping menawarkan khidmat yang berkaitan.
Abdul Rahim berkata, mengambil sempena nama Menu Rahmah, syarikat menjenamakan semula komputer riba mampu milik sebagai mereka Laptop Rahmah.
“Laptop Rahmah berharga di bawah RM1,000 dan diberi jaminan selama satu tahun.
“Bukan itu sahaja, kita juga ada beri percuma telefon pintar ataupun pencetak (printer) dan jadi pelanggan boleh pilih mana satu yang diperlukan,” ujarnya.
Menurutnya, untuk pembelajaran, Laptop Rahmah sangat membantu, baik bagi keluarga yang kurang berkemampuan, mahupun yang berkemampuan.
Mengenai sasaran jangka panjang, Abdul Rahim berkata, sayarikat mahu terus menyediakan peralatan digital yang mudah diperolehi dan mampu milik.
Dalam masa sama, katanya syarikat juga mahu menyediakan 500 peluang pekerjaan, di samping memberi latihan kemahiran untuk menjadi usahawan IT.
Disebabkan harga yang ditawarkan mampu milik, Imika Malaysia semakin menjadi pilihan ramai, termasuk di kalangan kakitangan swasta.
Seorang kakitangan swasta, Muhammad Khairul Aiman Abdullah berkata, ramai rakan sekerjanya mencadangkan agar membeli komputer riba di Imika Malaysia kerana harga mampu milik dan berkualiti.
“Kegunaan saya untuk sementara ini adalah untuk menyediakan kertas kerja, jadi di sini, banyak spesifikasi komputer riba yang mudah diperolehi,” katanya.
Seorang lagi kakitangan swasta, Azhar Adnan dari Rawang, Selangor berkata, dia memilih Imika kerana percaya dengan produk yang dijual selepas membelinya di Sungai Petani, Kedah, sebelum ini.
“Sebelum ini saya mengenali Imika dari Facebook dan juga rakan-rakan, harganya saya dapati memang murah, ditambah pula ada jaminan. Memang boleh dipercayai dan perkhidmatannya terbaik,” ujarnya.
Abd Razak Mohd Ali
Wed Jun 14 2023

Dari kiri: Abdul Rahim, Azhar dan Muhammad Khairul.
Agenda AWANI: Pindaan Akta perlindungan Pemberi Maklumat 2010
Apa rasional utama pindaan Akta Perlindungan Pemberi Maklumat 2010? Kenapa ia perlu dilakukan segera? Diskusi 8.30 malam

RUU Pekerja Gig 2025 bakal dibentang Mac ini
Malaysia bakal menjadi antara negara terawal di dunia yang memperkenalkan undang-undang khusus bagi melindungi pekerja gig sekiranya Rang Undang-Undang (RUU) Pekerja GIG 2025 diluluskan.
MTDC, UMS meterai MoU perkasa penyelidikan dan keusahawanan teknologi
Malaysian Technology Development Corporation (MTDC) menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) dengan Universiti Malaysia Sabah (UMS) pada Selasa di Menara Yayasan Tun Razak, Kuala Lumpur bagi memperkukuh ekosistem pembangunan teknologi negara.
Malaysia di trajektori tepat jadi pusat teknologi serantau
Ekosistem sedia ada yang kukuh membolehkan sasaran sumbangan sektor itu kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) meningkat kepada 25.5 peratus atau RM382 bilion pada 2025.
Prabowo rombak Menteri Pendidikan Tinggi, Sains & Teknologi diganti
Presiden Indonesia, Prabowo Subianto melakukan rombakan Kabinet menterinya dengan menggantikan Satryo Soemantri Brodjonegoro dengan Brian Yuliarto sebagai Menteri Pendidikan Tinggi, Sains dan Teknologi.
Cadangan bina sekolah 17 tingkat perlu diteliti
Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek berkata, cadangan pembinaan sekolah 17 tingkat perlu diteliti meliputi aspek keselamatan dan kesesuaiannya.
Petra, ST sedang muktamad cadangan jadual tarif baharu elektrik
Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA) bersama Suruhanjaya Tenaga (ST) sedang memuktamadkan cadangan jadual tarif baharu elektrik yang akan dilaksanakan bermula Julai depan.

PDRM terima 482 laporan sindiket "job scam" libatkan 628 rakyat Malaysia
Dripada jumlah itu, 14 daripada 15 mangsa dari Sabah berjaya diselamatkan manakala seorang lagi masih terkandas di luar negara.
Aduan di WP perlu selesai dalam masa 12 jam - Dr Zaliha
Aduan mengenai jalan berlubang di Wilayah Persekutuan perlu diselesaikan dalam tempoh 12 jam berbanding 24 jam sebelum ini.

PETRA komited teroka kaedah kurang pelepasan karbon dalam penghasilan elektrik
Kementerian Peralihan Tenaga Dan Transformasi Air (PETRA) komited memastikan negara terus meneroka kaedah untuk mengurangkan pelepasan karbon dalam penghasilan elektrik.

Tidak mahu rakyat ketinggalan, Imika buka 20 cawangan di Sabah, Sarawak
Dengan 30 cawangan di Semenanjung setakat ini, syarikat itu optimis mampu mencapai sasaran mewujudkan 100 cawangan menjelang hujung tahun ini.