KUALA LUMPUR: Tiga syarikat perusahaan kecil dan sederhana (PKS) Malaysia memeterai memorandum persefahaman (MoU) bernilai RM100 juta dengan tiga rakan niaga antarabangsa berpotensi pada acara Ekspo 2020 Dubai, semalam.
Pemeteraian itu membabitkan Propeasy Sdn Bhd dan Mahaley Marketing, Fario Holdings Sdn Bhd dan Miko Koffie NV dari Belgium selain Govicle Sdn Bhd dan Six Day Company LLC, menurut kenyataan SME Corp Malaysia (SME Corp) yang juga agensi di bawah Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (MEDAC).
Syarikat tempatan terbabit adalah sebahagian daripada 17 syarikat permulaan dan PKS berprestasi tinggi yang menyertai delegasi Malaysia ke Ekspo 2020 Dubai - Minggu PKS Malaysia yang diketuai oleh MEDAC menerusi SME Corp sebagai agensi pelaksananya.
Ketua Setiausaha MEDAC Datuk Suriani Ahmad berkata penglibatan kementerian di acara perdagangan itu adalah sebahagian daripada usaha kerajaan untuk membangkitkan semula peranan syarikat permulaan dan PKS sebagai enjin pertumbuhan ekonomi negara menerusi sokongan serta kerjasama dengan pelabur dan rakan perniagaan yang berpotensi.
"Ini akan membantu di dalam mempertingkatkan ekosistem permulaan bagi memenuhi keperluan industri global," katanya.
Menurut MEDAC, fokus industri yang diketengahkan melalui syarikat permulaan dan PKS pada kali ini adalah teknologi kecerdasan buatan (AI) dan Inovasi, perubatan dan kesihatan serta perkhidmatan berkaitan dron.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Feb 15 2022

Suriani berkata, penglibatan kementerian dalam Ekspo 2020 Dubai itu adalah sebahagian usaha kerajaan membangkitkan semula peranan syarikat permulaan dan PKS sebagai enjin pertumbuhan ekonomi negara. - Gambar fail BERNAMA

Melaka FC rangkul kejuaraaan Liga A1 Semi Pro
Fuseini Issah tampil cemerlang dengan jaringan hatrik bagi membantu Melaka FC meraih kemenangan besar ke atas Machan FC.

THT & PDRM Blue Warriors lengkapkan kejuaraan treble MHL 2025
THT mengungguli perlawanan akhir menerusi penentuan penalti, selepas kedudukan terikat 1-1 dalam masa permainan sebenar.

Manchester United bangkit ketinggalan dua gol ikat Everton di Goodison Park
Keputusan itu meneruskan persembahan tidak konsisten Manchester United nyaris dijinakkan Everton yang tampil lebih dominan.

Miki Ghazali tumbangkan lawan 10 tahun lebih tua
Adik kepada Mohammad Johan Ghazali itu menewaskan Said El Matador dari Maghribi yang berusia 25 tahun dengan aksi dominan.

ACC: Selamat datang! Azizulhasni Awang kini pengulas Astro Arena
Ia merupakan perasaan berbeza ketika beraksi sebagai atlet di dalam trek berbanding ketika melakukan ulasan di tempat duduk penonton.

Pemergian Ishsam kehilangan besar buat arena bola sepak negara - PBMM
Mohd Firdaus turut menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga Ishsam.

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

BIT: Pernas peruntuk RM2.5 juta, lahir ramai usahawan tempatan
Peruntukan tersebut adalah bagi mencapai sasaran melahirkan 24 prafrancaisor dan 240 prafrancaisi bumiputera.

Kenduri trak makanan percuma AKM Selangor
Sebanyak 40 trak makanan pelbagai jenis juadah akan beroperasi Jumaat ini di pekarangan Stadium Shah Alam pada Jelajah Aspirasi Keluarga Malaysia.

Tiga syarikat Malaysia meterai MoU bernilai RM100 juta di Ekspo 2020 Dubai
Fokus industri yang diketengahkan kali ini adalah teknologi AI dan Inovasi, perubatan dan kesihatan serta perkhidmatan berkaitan dron.

Pasukan Respon Pantas KKMM semak berita tular antara 30 minit hingga tiga jam - KSU
Ketua Setiausaha KKMM Datuk Suriani Ahmad berkata kecekapan dan kepantasan pasukan itu menyemak kesahihan sesuatu berita dapat dicapai melalui kerjasama erat dengan agensi-agensi kerajaan.

Semak kesahihan laman web sebelum jadikan sumber rujukan
Orang ramai dinasihatkan agar membuat semakan terlebih dahulu mengenai kesahihan maklumat di sesebuah laman web berkaitan dengan kerajaan dan agensi di bawahnya sebelum menjadikannya sebagai sumber.

Sambutan Bulan Kebangsaan tahun ini amat bermakna kerana bermula di Melaka - Gobind
Menteri Komunikasi dan Multimedia Gobind Singh Deo berkata sambutan Bulan Kebangsaan dan Kibar Jalur Gemilang menjadi amat bermakna pada tahun ini kerana ia bermula di Melaka.

Maklum balas segera terhadap isu hangat antara misi Suriani
Beliau melihat pada masa ini 'reponse time' terhadap isu yang dibangkitkan agak perlahan sedangkan permasalahan itu memerlukan penjelasan pada kadar segera.

Suriani Ahmad mula tugas sebagai KSU KKMM
Datuk Suriani Ahmad memulakan tugas sebagai Ketua Setiausaha Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKMM) yang baharu berkuat kuasa hari ini.