TIKTOK Shop kini mengumumkan pengenalan ciri baharu, iaitu pemulangan barangan yang dibeli kerana “tidak lagi diperlukan”.
Dengan langkah ini, ia membolehkan seseorang pembeli mengembalikan produk dan menerima wang kembali kerana mereka mengubah fikiran daripada membeli produk tersebut.
Ciri baharu ini akan diaktifkan berkuat-kuasa 7 Julai 2024 kelak.
Pelanggan boleh memulangkan kembali produk yang “tidak lagi diperlukan” ini dalam tempoh 15 hari selepas produk dihantar penjual TikTok Shop Mall, dan 6 hari untuk yang bukan penjual TikTok Shop Mall.
Untuk memulangkannya, pembeli perlu terlebih dahulu melakukan permohonan pemulangan wang kembali dengan memilih pilihan “tidak lagi diperlukan”.
Penjual atau pekedai akan diberikan masa sehari untuk mengesahkannya, atau sistem TikTok Shop akan mengesahkan ia secara automatik sekiranya selepas tempoh sehari berkenaan.
Pembeli kemudiannya perlu melakukan penghantaran kembali produk kepada penjual, dan akan menerima pulangan wang kembali.
TikTok Shop turut menyatakan akan melindungi penjual, dan akan menghalang pengguna atau pelanggan yang menyalahguna ciri baharu ini.
TikTok juga mengehadkan kategori barangan yang boleh dipulangkan, dan ia tidak meliputi produk kecantikan, pakaian dalam, kategori bayi & mengandung, makanan & minuman, dan beberapa yang lain.
Untuk makluman, sebelum ini pihak Shopee turut telah memperkenalkan ciri lebih kurang sama pada platform mereka. - Amanz
Amanz
Sat Jun 08 2024

Ciri baharu ini akan diaktifkan berkuat-kuasa 7 Julai 2024 kelak. - Amanz
Kuda jatuh gaung berjaya diselamatkan
Anggota bomba di daerah Orange, California bertungkus lumus menyelamatkan seekor kuda yang terjatuh ke dalam gaung pada Jumaat.
Kuda berkenaan bagaimanapun berjaya diselamatkan dan dibawa naik menggunakan bantuan helikopter dari lokasi berbukit San Juan Capistrano.
Kuda berkenaan bagaimanapun berjaya diselamatkan dan dibawa naik menggunakan bantuan helikopter dari lokasi berbukit San Juan Capistrano.
Lebih 700,000 penyu mendarat di pantai Rushikulya India
Lebih 700,000 ekor penyu spesies Olive Ridley mendarat di pantai Rushikulya yang terletak di timur Odisha, India. Ia rekod terbaharu penetasan penyu atau digelar oleh masyarakat tempatan sebagai fenomena 'Arribada' di pantai itu.
'Indonesia gelap' cerminan tekanan pemerintahan Prabowo
Kepimpinan awal Presiden Prabowo Subianto dalam pentadbiran kerajaan Republik Indonesia menyaksikan penentangan dalam kalangan mahasiswa negara itu. Ia selepas pemotongan bajet terutama melibatkan sektor pendidikan dan kebajikan mahasiswa di negara itu. Salah seorang peserta yang terlibat dalam protes 'Indonesia Gelap' berkata Subianto melakukan keputusan yang buruk dalam pengenalan polisi-polisi kerajaannnya.
Pangkalan data salah laku polis Amerika ditutup
Pangkalan data di seluruh negara yang menjejaki salah laku pegawai polis Amerika Syarikat telah ditutup berikutan arahan Presiden Donald Trump. Menurut notis di laman web Jabatan Kehakiman Amerika, menyatakan Trump telah membatalkan perintah eksekutif yang ditandatangani bekas Presiden Joe Biden menyebabkan Pangkalan Data Akauntabiliti Penguatkuasaan Undang-undang Kebangsaan (NLEAD) dihentikan operasinya.
Pembinaan Gaza dibawah 'pengawasan penuh' negara-negara Arab
Arab Saudi menganjurkan sidang kemuncak peringkat tinggi pada Jumaat bagi membincangkan usaha pembinaan semula Semenanjung Gaza. Pemimpin dari Mesir, Jordan dan negara Teluk menghadiri mesyuarat di Riyadh itu.
Bekas pegawai 1MDB syor siasatan diteruskan
Seorang Pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengesyorkan siasatan lanjut diteruskan mengenai ketulenan empat surat derma US$681 juta kepada Datuk Seri Najib Tun Razak yang didakwa diterima daripada keluarga diraja Arab Saudi.
10 Berita Pilihan - (21 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Sabtu – 22 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Kerajaan kutip RM46 juta menerusi nombor pendaftaran istimewa
Kerajaan berjaya mengutip kira-kira RM46 juta menerusi jualan nombor pendaftaran istimewa (NPI) pada tahun lalu.
Kerajaan setuju kaji pemberian geran perkapitan berdasarkan bilangan penduduk
Kerajaan bersetuju untuk mengkaji semula pemberian geran perkapita kepada kerajaan negeri berdasarkan bilangan penduduk di setiap negeri

SDEC 2024: PayMate lancar aplikasi pemudah cara pembayaran, TikTok Shop adakan persidangan pendigitalan PKS
Hari ketiga SDEC 2024 pada Jumaat memberi tumpuan kepada pemerkasaan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) menerusi transformasi digital.

TikTok Shop catat pertumbuhan 2.2 kali pada separuh pertama 2024
Ini menggambarkan peralihan sikap pengguna dalam talian Malaysia, apabila pembeli mengenali jenama-jenama menerusi kandungan di TikTok Shop.

TikTok Shop tawar diskaun dan hadiah menarik sempena 9.9 Tawaran Hebat
TikTok Shop melancarkan kempen 9.9 Tawaran Hebat dengan pelbagai tawaran menarik termasuk diskaun besar-besaran, penghantaran percuma dan baucar eksklusif bermula 5 hingga 9 September ini.

TikTok Shop bolehkan pembeli pulang barangan yang dibeli kerana 'ubah fikiran'
TikTok Shop turut menyatakan akan melindungi penjual, dan akan menghalang pengguna atau pelanggan yang menyalahguna ciri baharu ini.

TikTok Shop umum kenaikan yuran komisyen platform mulai 1 Mac 2024
Caj baharu ini juga akan turut mengambil kira dan menyertakan caj SST 8% yang akan dikuatkuasakan di Malaysia bermula 1 Mac 2024.

Lebih 14,000 penjual, jenama sedia untuk Ramadan-Raya dengan TikTok Shop di #GRRRWM 2024
TikTok Shop terbukti efektif untuk memberi inspirasi dan mempengaruhi komuniti semasa musim perayaan penting seperti Ramadan dan Raya.

TikTok uji ciri kenal pasti objek dalam video, bawa pengguna beli di TikTok Shop
TikTok menguji ciri yang boleh mengenal pasti objek pada sesuatu video secara automatik, dan kemudian mencadangkan pengguna untuk mencari produk seumpamanya melalui TikTok Shop.

TikTok Shop jalin kerjasama dengan Yayasan Wilayah Persekutuan perkasa PMKS
30 orang usahawan dipilih untuk mendapat manfaat dalam bentuk bantuan modal, bimbingan perniagaan di platform TikTok Shop dan seliaan YWP.

KKD belum buat keputusan sama ada TikTok Shop wajib peroleh lesen e-dagang
Kementerian Komunikasi dan Digital masih belum membuat sebarang keputusan supaya TikTok Shop diwajibkan memperoleh lesen e-dagang.

MyIPO teliti keperluan tawar harga istimewa kepada peniaga TikTok Shop
MyIPO akan teliti keperluan untuk memberi tawaran harga istimewa kepada peniaga TikTok Shop yang berhasrat mendaftarkan hak cipta (copyright) dan cap dagangan perniagaan mereka.