KUALA LUMPUR: Tindakan Korea Utara memutuskan hubungan diplomatik dengan Malaysia tidak akan menjejaskan pelaburan asing ke dalam negara, kata Menteri Kanan Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.
Beliau yang juga Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri berkata ini adalah kerana apa yang telah negara ini lakukan iaitu mengekstradisi seorang rakyat Korea Utara ke Amerika Syarikat adalah berlandaskan undang-undang termasuk undang-undang antarabangsa.
"Ia turut diperhatikan pelabur-pelabur asing sama ada Malaysia ambil tindakan selari dengan peruntukan perlembagaan dan peruntukan undang-undang.
"Jadi kalau kita berpegang pada Keluhuran Perlembagaan dan undang-undang negara serta antarabangsa, saya tidak melihat ia akan menjejaskan (pelaburan asing), malahan Malaysia masih lagi menjadi destinasi pelaburan yang amat popular dalam kalangan pelabur asing," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Majlis Penyerahan Sumbangan Khas COVID-19 Untuk Sekolah-Sekolah Parlimen Gombak sumbangan Texas Instruments Malaysia Sdn Bhd di sini, hari ini.
Mengulas lanjut, Azmin berkata sebagai bukti bahawa Malaysia kekal menjadi destinasi pillihan pelabur asing, negara ini bakal menerima pelaburan asing baharu dari sebuah syarikat Korea Selatan bernilai RM2.3 bilion bagi membina kilang pengeluaran bateri kenderaan elektrik di Sabah.
"Esok saya akan ke Sabah bersama Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yasin yang akan menyaksikan perjanjian pelaburan baharu syarikat dari Seoul ini.
"Ini merupakan kemudahan pertama syarikat berkenaan di luar Korea dan mereka memilih Malaysia untuk bangunkan kilang mereka yang menggunakan teknologi hijau," jelas beliau.
Selain itu, Azmin berkata baru-baru ini, syarikat pengeluar kertas dan 'paperboard' terbesar di Asia, Nine Dragons Paper (Holdings) Ltd juga akan menambah pelaburan sebanyak RM5.4 bilion di Malaysia.
"Ini akan beri kesan positif kepada sektor tenaga kerja di Malaysia dimana rakyat akan mendapat pekerjaan berkualiti dengan pendapatan lebih baik.
"Ini semua bukti yang cukup menyakinkan bahawa Malaysia masih menjadi destinasi pelaburan asing sebab kestabilan dan kemakmuran negara serta tenaga kerja yang mahir dan mampu menguasai beberapa bahasa, antara faktor pelabur asing datang ke Malaysia," katanya.
Menurut laporan media, Pyongyang pada Jumaat mengumumkan akan memutuskan hubungan diplomatik dengan Malaysia selepas mahkamah awal bulan ini memutuskan seorang ahli perniagaan dari Korea Utara diekstradisi ke Amerika Syarikat (AS) atas tuduhan pengubahan wang haram.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Mar 20 2021

Azmin berkata, tindakan Malaysia mengekstradisi seorang rakyat Korea Utara ke Amerika Syarikat adalah berlandaskan undang-undang termasuk undang-undang antarabangsa. - Gambar fail

Amaran hujan berterusan tahap waspada beberapa kawasan di Sabah - MetMalaysia
Kawasan terlibat termasuk Ranau dan Kota Belud, Sanadakan, Telupid, Kinabatangan, Beluran serta Kudat.
AWANI Ringkas: PM tegur pihak 'riuh-rendah' isu remeh
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Angka kematian rakyat Palestin meningkat kepada hampir 50,000
Jumlah kematian rakyat Palestin akibat serangan Israel di Gaza sejak Oktober 2023 telah meningkat kepada 48,329, menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa kesihatan yang berpangkalan di Gaza pada hari Sabtu.
Rentak cemerlang diteruskan, menang 2-0 ke atas Shieldz FC
Pasukan bola sepak AWANI FC meneruskan rentak cemerlang bagi tahun 2025 dengan merekodkan kemenangan ke atas pasukan Shieldz FC dalam aksi persahabatan. Lebih manis AWANI FC merekodkan kemenangan itu ketika menyarung jersi baharu tajan Brentt Gard Sdn Bhd.
Geran RM3.174 buat 453 usahawan mikro di Sabah
Kira-kira 453 usahawan mikro, kecil dan sederhana di negeri Sabah bakal menerima geran sebanyak RM3.174 juta menerusi program pembangunan usahawan RISDA.

Jangan bekerja secara silo dalam usaha bangunkan usahawan - Ahmad Zahid
Kerjasama strategik semua pihak termasuk kerajaan negeri dan agensi keusahawanan penting dalam melaksanakan program keusahawanan desa yang berkesan.

Kerajaan tak campur urusan badan penguat kuasa ambil tindakan - PM Anwar
Anwar menjelaskan beliau dan barisan Kabinet tidak mencampuri urusan tindakan pihak berkuasa dalam menjalankan tugas masing-masing.

Yayasan Rizalman Ibrahim biaya dana RM1.2 juta bina surau di Sungai Dua
Rizalman laksana amanah penderma dengan memanjangkan rezeki mereka membiayai pembinaan Surau Ar Rijal.
UK akan umum pakej sekatan baharu, terbesar ke atas Rusia
Kerajaan Britain akan mengumumkan pakej sekatan baharu bagi terus menekan Rusia sempena tahun ketiga pencerobohan Moscow ke atas Ukraine.

Kerajaan Sarawak sedia bincang skop kerjasama Petros-Petronas - Abang Johari
Menyifatkan langkah itu sebagai kolaborasi baik antara kedua-dua pihak, katanya beliau belum menerima sebarang makluman berkaitan tarikh perbincangan tersebut.

Korea Utara sahkan ujian peluru berpandu hipersonik jarak sederhana baharu
Peluru berpandu itu terbang sejauh kira-kira 1,500 kilometer pada kelajuan 12 kali ganda kelajuan bunyi pada hari sebelumnya.

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Donald Trump lantik bekas ketua perisikan jadi utusan presiden
Jawatan itu dijangka akan memacu dasar-dasar terhadap beberapa musuh AS termasuk Korea Utara.

Presiden Yoon Suk Yeol 'terselamat', usul pecat ditolak
Usul memecat Presiden Korea Selatan, Yoon Suk Yeol selepas cubaannya untuk menguatkuasakan undang-undang tentera, ditolak pada Sabtu kerana tidak cukup kuorum, lapor agensi berita Yonhap.

Trump mahu jumpa, Kim Jong Un tegaskan tidak akan berlaku
Presiden Terpilih Amerika Syarikat (AS) Donald Trump mahu bertemu dengan pemimpin Korea Utara, Kim Jong Un untuk meredakan ketegangan di Korea.

Kim Jong Un arah pengeluaran besar-besaran dron 'bunuh diri'
Pemimpin Korea Utara Kim Jong Un dilaporkan memantau ujian sistem senjata dron 'bunuh diri' dan mengarahkan pengeluaran besar-besaran senjata itu.

Korea Utara tandatangan perjanjian kerjasama ketenteraan dengan Rusia
Korea Utara menandatangani perjanjian dengan Rusia dengan mewujudkan "perkongsian strategik yang komprehensif", dpa memetik agensi berita Pyongyang, KCNA.

Korea Utara lancar peluru berpandu jarak dekat ke arah Laut Timur
Korea Utara melancarkan beberapa peluru berpandu balistik jarak dekat ke arah Laut Timur pada pagi Selasa.

Menteri Korea Utara janji sokong penuh Rusia dalam perang di Ukraine
Menteri Luar Korea Utara Choe Son Hui berjanji untuk membantu Rusia dalam perang melawan Ukraine "sehingga hari kemenangan" semasa perbincangan dengan rakan sejawatnya Sergei Lavrov di Moscow.

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.