KUALA LUMPUR: Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Capital A Bhd Tony Fernandes telah menandatangani kontrak perkhidmatan baharu untuk tempoh lima tahun akan datang, meneruskan peranannya untuk menumpukan kepada memacu pertumbuhan masa depan dan pulangan kewangan kumpulan.
Pengarah Bebas Bukan Eksekutif Capital A Datuk Fam Lee Ee berkata, lembaga pengarah telah meluluskan pakej insentif, yang dirancang untuk menyelaraskan kepentingan CEO dengan pemegang saham dan memastikan komitmen bersama untuk memacu kejayaan jangka panjang dan kemampanan kumpulan.
"Peranan beliau merangkumi mengemudi Capital A ke arah memanfaatkan potensi nilai pemegang saham yang dipertingkat melalui pelaksanaan urus niaga yang menguntungkan di segenap entiti kumpulan dalam Capital A," katanya pada taklimat media hari ini.
Menurutnya pakej insentif dan perinciannya akan dibentangkan kepada pemegang saham untuk kelulusan mereka pada mesyuarat agung luar biasa yang akan datang.
"Fernandes telah memperlihatkan kebolehan yang tiada tandingan untuk berjaya mentransformasi Capital A dalam memacu pertumbuhan dan memberikan pulangan kewangan, meraih reputasi sebagai antara CEO dunia yang cemerlang," katanya.
Fam berkata Fernandes telah menetapkan Capital A pada laluan strategik yang baik untuk penciptaan nilai yang berterusan, dan lembaga pengarah memutuskannya demi kepentingan pemegang saham untuk melanjutkan tempoh perkhidmatannya.
"Kami yakin, di bawah bimbingan beliau, kami akan mencapai kejayaan penting yang lebih besar pada tahun-tahun akan datang," katanya.
Sementara itu, Fernandes berkata beliau menjangka Teleport, MOVE Digital, Capital A Aviation Services Group (CAPAS) dan Capital A International berkembang sebagai syarikat awam tersenarai berasingan dalam tempoh lima tahun akan datang.
"Mereka akan berkongsi DNA asas AirAsia, dengan ciri kos rendah, kecekapan tinggi dan komitmen tanpa henti untuk menjadi pengganggu pasaran yang bebas dan berdaya tahan," katanya.
Beliau juga akan menumpukan kepada memberi semula nilai terhadap pemegang saham dalam tempoh barunya ini di samping menghasilkan strategi jangka terhad untuk kumpulan, meninggalkan status PN17 dan mengukuhkan lembaran imbangannya.
Selain memperbaharu tempoh itu, Tony juga dilantik selaku penasihat dan pengelola untuk CEO AirAsia Aviation Group memandangkan kumpulan syarikat penerbangan itu memulakan era baharu transformasi dan pertumbuhan.
Pengerusi AirAsia Aviation Group Tan Sri Jamaludin Ibrahim berkata Fernandes akan menawarkan pemerhatian strategik terhadap AirAsia Aviation Group, meliputi rancangan pengembangan dan penggantian serta menjadi saluran utama antara Capital A dan ekosistem perniagaan penerbangan untuk memastikan keseluruhan peluang bersama dimanfaatkan.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Apr 24 2024
![Tony Fernandes lanjut kontrak 5 tahun sebagai CEO Capital A Tony Fernandes lanjut kontrak 5 tahun sebagai CEO Capital A](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/71713953324_TonyFernandes.jpg)
Tony Fernandes meneruskan peranannya untuk menumpukan kepada memacu pertumbuhan masa depan dan pulangan kewangan kumpulan. - Gambar/ Reuters
![Kerajaan digesa segera haramkan penjualan vape di kedai serbaneka - Sivaraj Kerajaan digesa segera haramkan penjualan vape di kedai serbaneka - Sivaraj](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51739623455_SivarajChandran.jpg)
Kerajaan digesa segera haramkan penjualan vape di kedai serbaneka - Sivaraj
Kerajaan digesa untuk segera mengharamkan penjualan vape dan rokok elektronik di kedai serbaneka 24 jam, kedai runcit serta mana-mana premis yang memudahkan akses kepada golongan muda tanpa kawalan.
Agenda AWANI Asia: Potensi sukan ais dan salji
Diskusi dan analisis mengenai potensi dan manfaat penyertaan sukan musim sejuk seperti di temasya Sukan Musim Sejuk Asia ke-9 di Harbin dalam Agenda AWANI Asia jam 9 malam ini.
![Jangan perbesar isu pakar runding sambilan hospital digantung kerja - Zambry Jangan perbesar isu pakar runding sambilan hospital digantung kerja - Zambry](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-12/51734615702_ZambryAbdulKadir.jpg)
Jangan perbesar isu pakar runding sambilan hospital digantung kerja - Zambry
Zambry meminta semua pihak tidak memperbesarkan isu berkaitan penggantungan kerja seorang pakar runding sambilan di sebuah hospital universiti.
![Kerajaan Selangor bentang usul percepat siasatan kes Faisal Halim Kerajaan Selangor bentang usul percepat siasatan kes Faisal Halim](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-11/81698828303_NajwanHalimi.jpg)
Kerajaan Selangor bentang usul percepat siasatan kes Faisal Halim
Kerajaan negeri bersedia untuk sekali lagi membentangkan usul mempercepat siasatan kes membabitkan pemain Selangor FC Muhammad Faisal Halim pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor yang b
AWANI Ringkas 15 Februari 2025 | 9 PM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 malam, 15 Februari 2025
1️⃣ Pemandu kereta buat pusingan ratusan kali sah skizofrenia
2️⃣ Thailand hantar 10 suspek kes penculikan, penipuan ke China
3️⃣ Parti putuskan pertandingan dua jawatan tertinggi - Anwar
#awaniringkas
1️⃣ Pemandu kereta buat pusingan ratusan kali sah skizofrenia
2️⃣ Thailand hantar 10 suspek kes penculikan, penipuan ke China
3️⃣ Parti putuskan pertandingan dua jawatan tertinggi - Anwar
#awaniringkas
AWANI Ringkas: Pemandu kereta buat pusingan ratusan kali sah skizofrenia
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
![Penggubal undang-undang main peranan pastikan kawalan dana politik telus - Azam Baki Penggubal undang-undang main peranan pastikan kawalan dana politik telus - Azam Baki](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/51737449983_TanSriAzamBaki.jpg)
Penggubal undang-undang main peranan pastikan kawalan dana politik telus - Azam Baki
Azam berkata kawalan secara telus dan berintegriti itu perlu memandangkan politik wang boleh membawa kepada risiko penyalahgunaan kuasa dan penyelewengan.
RMHC Malaysia rasmi rumah RMH ketiga, bantu 4000 keluarga sejuak beroperasi
Persatuan Kebajikan Ronald McDonald Malaysia (RMHC Malaysia) merasmikan Rumah Ronald McDonald (RMH) di Hospital Tunku Azizah (HTA), sempena meraikan pencapaian empat tahun fasiliti itu.
Bakal haji diwajibkan suntik vaksin Meningococcal
Semua bakal haji diwajibkan menerima suntikan vaksin Meningococcal manakala vaksin COVID-19 dan influenza pula, diwajibkan kepada kumpulan sasar.
![MAIM siasat dakwaan wanita gagal dapat bantuan, terpaksa tidur di surau MAIM siasat dakwaan wanita gagal dapat bantuan, terpaksa tidur di surau](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739618148_RahmadMariman.jpg)
MAIM siasat dakwaan wanita gagal dapat bantuan, terpaksa tidur di surau
Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) akan menyiasat dakwaan berhubung seorang wanita gagal mendapatkan bantuan daripada agensi itu sehingga terpaksa berlindung di sebuah surau.
![22 termasuk CEO GISB mengaku tidak bersalah jadi ahli kumpulan jenayah terancang 22 termasuk CEO GISB mengaku tidak bersalah jadi ahli kumpulan jenayah terancang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71739343500_tbCEOGISBDatukNa.jpg)
22 termasuk CEO GISB mengaku tidak bersalah jadi ahli kumpulan jenayah terancang
Seramai 22 individu dikaitkan dengan GISB termasuk Ketua Pegawai Eksekutifnya Nasiruddin Mohd Ali mengaku tidak bersalah atas pertuduhan menjadi ahli kumpulan jenayah terancang.
![Op Ragada: Bekas Datuk Bandar disyaki lulus projek, 3 yang lain terima imbuhan Op Ragada: Bekas Datuk Bandar disyaki lulus projek, 3 yang lain terima imbuhan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/41737106629_IGPRazarudinGISB.jpg)
Op Ragada: Bekas Datuk Bandar disyaki lulus projek, 3 yang lain terima imbuhan
Bekas Datuk Bandar yang ditahan dalam Op Ragada bersama dua wanita dan seorang lelaki pada Rabu dan semalam disyaki antara individu yang bertanggungjawab meluluskan projek.
![Pengubahan wang haram: Bekas CEO syarikat penyiaran pula ditahan Pengubahan wang haram: Bekas CEO syarikat penyiaran pula ditahan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/71737012363_bekasCEOsyarikatp.jpg)
Pengubahan wang haram: Bekas CEO syarikat penyiaran pula ditahan
Kes pengubahan wang haram membabitkan seorang CEO syarikat penyiaran di Sarawak memasuki episod baharu apabila bekas CEO syarikat berkenaan turut ditahan.
![CEO Jeju Air dilarang keluar dari Korea Selatan CEO Jeju Air dilarang keluar dari Korea Selatan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/61735853664_JejuAirCEOKimE.jpg)
CEO Jeju Air dilarang keluar dari Korea Selatan
Polis di wilayah Jeolla Selatan mengesahkan larangan berkenaan terhadap dua individu termasuk CEO berkenaan.
![MEF lantik Sheikh Farouk sebagai CEO berkuat kuasa 1 Januari 2025 MEF lantik Sheikh Farouk sebagai CEO berkuat kuasa 1 Januari 2025](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-12/81735571022_SheikhFarouk.jpg)
MEF lantik Sheikh Farouk sebagai CEO berkuat kuasa 1 Januari 2025
Persekutuan Majikan-Majikan Malaysia (MEF) melantik Sheikh Farouk Sheik Mohamed sebagai ketua eksekutifnya berkuat kuasa 1 Jan 2025.
![Dipecat sebagai CEO TMC Life Sciences, Wan Nadiah tuntut penyelesaian adil Dipecat sebagai CEO TMC Life Sciences, Wan Nadiah tuntut penyelesaian adil](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-12/41733887211_WanNadiah.jpg)
Dipecat sebagai CEO TMC Life Sciences, Wan Nadiah tuntut penyelesaian adil
Beliau mengesahkan tidak pernah dituduh melakukan sebarang jenayah, pecah amanah jenayah, salah urus kewangan atau isu berkaitan integriti.
![Ketua Pegawai Operasi Dialog Mustaffa Kamal dinaikkan pangkat kepada CEO Ketua Pegawai Operasi Dialog Mustaffa Kamal dinaikkan pangkat kepada CEO](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-10/71728355823_MustaffaKamal.jpg)
Ketua Pegawai Operasi Dialog Mustaffa Kamal dinaikkan pangkat kepada CEO
Dialog turut mengumumkan Pengarah Urusan bagi Minyak dan Gas Huluan, Keith Collins, menyandang tanggungjawab sebagai Ketua Pegawai Operasi.
![CEO MDEC tamat perkhidmatan 31 Ogos CEO MDEC tamat perkhidmatan 31 Ogos](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/81724897339_TBMahadhirAziz.jpg)
CEO MDEC tamat perkhidmatan 31 Ogos
Mahadhir Aziz akan menamatkan perkhidmatan beliau pada 31 Ogos 2024 selepas tiga tahun menerajui MDEC.
![Seleweng dana: SPRM tahan CEO syarikat bergelar Profesor Seleweng dana: SPRM tahan CEO syarikat bergelar Profesor](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81721813711_SPRMkesseleweng.jpg)
Seleweng dana: SPRM tahan CEO syarikat bergelar Profesor
SPRM menahan reman individu bergelar Profesor yang juga Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) syarikat perkhidmatan pendidikan tinggi kerana dipercayai menyeleweng kira-kira RM270,000 dana syarikat
![KDNFC nafi peletakan jawatan Timbalan Presiden, CEO kerana isu gaji pemain KDNFC nafi peletakan jawatan Timbalan Presiden, CEO kerana isu gaji pemain](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/71716263557_tbKelantanDarulNai.jpg)
KDNFC nafi peletakan jawatan Timbalan Presiden, CEO kerana isu gaji pemain
Kelantan Darul Naim FC (KDNFC) menafikan peletakan jawatan Timbalan Presiden KDNFC Datuk Zamri Ismail dan Ketua Pegawai Eksekutif Wan Mohd Zul Ikman adalah disebabkan isu pembayaran gaji pemain.